”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

12/28/2021

Kelantan 17-19 Disember 2021 #1

Kelantan memang negeri yang wajib family aku lawat setiap tahun walaupun kitorang takde saudara pun kat sana. Kitorang suka suasana kekampungan dia, rasa pergi Thai pun ada. Tapi selalunya kitorang pergi sebelum musim tengkujuh, entah kenapa kali ni hilang akal pergi time hujan haha. 

17/12/2021

Dengan semangat yang berkobar, kitorang gerak seawal 5.30 pagi dan singgah Subuh di Masjid Kati, Kilo tak pakai (get it? get it? haha). Time ni dah start hujan. Nak mandi pagi tu pun uishhh seremm, sejukk macam ais. Kitorang konvoi 4 bijik kereta.

Aku pernah satu ketika dulu solat Subuh jemaah dekat masjid ni dengan jahil sekali. Aku tak tahu imam tengah baca surah As-Sajadah, 2nd Allahuakhbar dia dengan yakin aku rukuk dan pejam mata *tanda kusyuk (ngantuk) hahaha. Sekali dia cakap Allahuakhbar balik, bukan samiAllahulimanhamidah. Aikk? Tengok semua orang dah diri tegak balik. Aku ngantuk ke Imam yang ngantuk? Sekali baru perasan dorang sujud sejadah daa hahaha. Adoiiii. So aku jadikan pengajaran untuk lebih alert. So kali ni aku tak terpinga-pinga lagi. Syabas Nadia! Haha.

Sepanjang perjalanan hujan turun, ada kala renyai ada kala lebat sampai tak nampak jalan. Risau pulak banjir, kalau banjir terpaksa la patah balik dan pergi bercuti ke tempat lain *tak serik haha.

Kami berhenti makan bekal dekat Hentian Perah. Time nak mulakan perjalanan Mak perasan tayar kereta aku belah belakang lembik macam bocor. Alhamdulillah ada rezeki kedai tayar baru tarik pintu. Kitorang tunggu kejap dia setup kedai, hampir aku nak tolong golekkan tayar ke depan kedai sebagai hiasan yang menandakan itu kedai tayar. Tak sangka dekat pinggir hutan ada kedai tayar bukak.


Puncaaa

So dalam setengah jam jugak baru settle. Kami teruskan perjalanan dalam keadaan sejuk yakmat. Mengigil, Mak siap keluarkan kain pelekat jadikan selimut. Next stop is Banjaran Titiwangsa tapi tak dapat turun untuk bergambar seperti biasa sebab hujan. Tanpa melengahkan masa kami meneruskan perjalanan ke Rantau Panjang.

Sampai di RP, hujan masih turun tapi disebabkan mempunyai jiwa shopping yang tebal, kami turun jugak meredahi hujan. Siap beli payung sebab payung dalam kereta aku dah macam payung pasar malam besarnya. Sebelum menghabiskan duit yang tak seberapa, kami mengisi perut dulu dengan mee celup, nasi goreng pattaya dan kerabu maggi. Kami agak fobia makan di Kelantan sebab pernah order kari, rasa gula. WTH. Hahaha. 

Sempat aku beli 2 pasang baju tidur, 1 blouse, 2 peket kerepek untuk krukk krapp dalam kereta sebelum pergi checkin dekat homestay. Kami sewa Aiman Homestay di area Pengkalan Chepa. Bersih rumahnya, suasana mendamaikan walaupun ke dalam perkampungan sikit. 2km from main road. Siap ada schmoll swimming pool. Aku ada niat nak terjun tiruk tapi hujan manjang, maleh aku.

Malam tu kami makan segala binatang laut celup tepung di area PCB. Uiii angin boleh bikin terbang. Nasib aku dah gemuk kalau tak mesti diterbangkan angin ke Negeri Cina haha. Kami ke Warung Acu Tera, yang kami pergi ni cawangan, main dia dekat PC. I'd like to recommend you guys untuk pergi yang dekat PC sebab PCB ni tak sesedap PC. Too oily. Kenapa eh selalu nya franchise memang kureng sikit rasanya. Sebab tukang goreng lain la tu. Betul la masakan ni based on air tangan jugak. 

Fun Fact: Acu Tera membawa maksud Cuba Try. Aku mati2 ingat Acu is Maksu, Tera is nama orang. Bahahhaha. Kena gelak dek orang Kelantan je. Harga dia reasonable la, tapi makan dekat cawangan utama is more worth it.

To be continued.....

2 comments:

  1. Buat hal yer travel dalam hujan..tapi takpe la..pengalaman yang berharga kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe betul tu. Alhamdulillah Allah permudahkan :D

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!