18 Mac 2022
Kami (aku, Suami, Mak dan Ayah) bergerak dari rumah dalam pukul 4.15am. Wahh kemain awal kalau bab berjalan. Bukan apa, nak kejar check-in ferry pukul 9am. Kali ni kami bawak kereta sekali ke sana. First experience ever. Kami pergi berempat je, memula adik aku ikut sekali tapi sehari sebelum dia positif Covid pulak. Huahuahua. kesian dia dah berangan nak ke Langkawi tapi takde rezeki. So tiket dia burn la.
Sampai RnR Semanggol, Suami suruh aku take over drive sebab mata dia melekat mengantuk katanya. Mana tak mengantuk, malam semalamnya main bola sampai pukul 12am baru sampai rumah. Komited mengalahkan Ronaldo haha. Geram je aku bukan sebab dia akan mengantuk sebab nanti sakit sana sini, turun tangga macam orang tua padahal nak kena berjalan banyak. Ha kan dah bebel haha.
Kami singgah RnR Gurun untuk Subuh. Lepas tu Husband pulak drive lepas dapat 'nap' sejam lebih haha. Kami sampai jeti Kuala Perlis dalam pukul 8.45am, sempat makan pagi depan jeti sebelum check-in dekat kaunter dalam pukul 9am. Jeti roro berdekatan je dengan jeti biasa tu.
|
Sementara menunggu, parking dalam kawasan masjid ni. Jeti untuk roro sebelah masjid ni je. Masjid Terapung Kuala Perlis |
|
Kaunter check in. Load masuk roro pukul 10.30am, check-in pukul 9am. Kaunter ni betul2 sebelah pintu masjid tadi |
|
Feri / Roro |
Prosedur check-in smooth je janji kau sediakan dokumen (hard copy) yang sepatutnya seperti e-ticket, salinan IC penumpang dan salinan gran kereta.
Kos (returns):
Kereta CC 1.0: RM262
Penumpang/ orang: RM27
Tax penumpang: RM33.80 (untuk semua)
Tax kereta: RM42
Total: RM472.80 (Kereta + 5 penumpang)
Bagi aku harga lebih kurang kalau nak dibandingkan kita kena sewa parking dekat Kuala Perlis and sewa kereta dekat Langkawi. Pros dia kau jimat tenaga sebab tak payah gigih nak mengangkut segala macam barang nak ke jeti, lepas shopping boleh letak terus dalam bonet kereta sendiri.
Penumpang persendirian pun boleh naik roro ni. Pros dia harga murah sikit, ferry luas (ada leg room yang besar, ada mini cafe, ada meja untuk makan). Cons dia, perjalanan ambil masa panjang sikit, dah sampai jeti jauh sikit nak menapak keluar. Jeti untuk roro dekat Langkawi bukan dekat Pekan Kuah tu tapi dekat Tanjung Lembong Port.
Dalam pukul 10am semua kereta dah beratur masuk roro. Nanti dia bagi borang kastam untuk paparkan dekat cermin depan kereta. On the way pergi, company insured kereta kitorang RM40,000 je tapi on the way balik RM60, 000. Mengapakah begitu?
|
Bahagian penumpang. Nak duduk dalam kereta pun boleh tapi kena bukak aircond la kalau taknak kena panggang haha.
|
Kami sampai Port dalam pukul 12pm. Perjalanan 1 jam setengah - 2 jam, tengok pada kapten tu nak merempit ke nak menikmati pemandangan.
|
Subhanallah |
Sampai2 terus pergi makan dekat Restoran Kak Yan Nasi Campur. Sangat2 recommended. Murah and sedap gila weii. Buktinya dua hari kami lunch dekat sini.
|
Self-service, kedai luas. Kelemahan: Kena bayar sendiri dekat kaunter hence beratur panjang kalau peak hour. Kalau ramai baru dia datang kira dekat meja. |
Tujuan pergi Langkawi kali ni memang nak makan dengan teman Bonda kami shopping je haha. Sian laki aku nak buat aktiviti air tak kesampaian haha. Kita pergi berdua lepas ni k? Thank you Sayang sudi layan kerenah Mak hahaha.
Sebelum check-in singgah Toko Batik and Rams untuk shopping. Dalam pukul 3pm check in. Kami pilih Seaview Apartment, Pekan Kuah. Check in dekat Seaview Hotel and kena naik kereta, dalam 1km baru masuk Seaview Apartment.
Review? Not recommended. Apartment macam kuarters kerajaan je haha. 1 malam RM275 which aku boleh dapat apartment yang way better with a cheaper price. Apartment ni adik aku yang kena tinggal tu yang pilih, dia memang lemahhh bab2 ni haha. Apartment lain RM230 boleh dapat swimming pool siap, ni apa pun takde haha. Fasiliti dalam rumah ok la ada mesin basuh, TV dengan microwave. Tapi bilik utama je ada cermin, bilik lain ada katil and penyangkut baju semata-mata.
Lepas Asar kami keluar sambung shopping dekat Rams (again) and Kompleks HIG. Kompleks HIG sekarang sendu betul, dah tak banyak pilihan, masuk pun suram je and pinggan mangkok pun outdated.
Lepas shopping pergi makan malam dekat Restoran Desa Permata. Reccomended jugak. Harga sangat berbaloi dengan rasa masakan. Sebab malas nak cari kedai lain and takut menghampakan, 2 kali jugak kami dinner kat sini haha.
|
ahhh laparr |
To be continued...
Bila gambar Dataran Lang nak muncul ni? Episod ke ? Ke tiga?
ReplyDelete#TempatWajib
inshaAllah episod kedua :D
Delete