”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

3/16/2022

Whatsapp vs Telegram

Aku mula berjinak dengan whatsapp sejak tahun 2014, memula pakai smartphone. Tak ingat smartphone pertama aku, samsung atau sony. Sebelum aku join keluarga Apple, aku pakai android antara Samsung or Sony je sebab time tu mana ada la ada jenama Oppo, Xiaomi, Vio bagai ni. 

Time memula guna whatsapp excited kemain sebab boleh type satu satu perkataan terus hantar, tak payah nak muatkan dalam satu pharagraph sebab takut extra charge haha what a good old days. Whatsapp is a astounding innovation for me. 

Then tetiba Telegram muncul, memula tak berminat then Husband ajak download and dia buat group kami berdua kat situ. Dia suka benda yang rare, dia cakap guna Telegram baru rare haha. Paling tak tahan group tu wehh. Motif buat group berdua je? Haha. Kawan aku ada ternampak group kitorang, dia punya gelak, dia cakap dm je la nak group buat apa? Haha. Entah la Laki aku tu, aku layankan je. Time tu tahun 2017 tak silap, ramai lagi tak guna Telegram. 

Makin lama aku tengok ramai mula download Telegram. Menyebok je hahahha. Bagi aku ada features Telegram yang buatkan dia dapat extra credit berbanding Whatsapp. Antaranya?

1. Hantar gambar dekat Telegram quality akan lebih better berbanding Whatsapp.

2. Boleh join bermacam-macam channel. Aku of course banyak join channel racun Shopee (lepas tu kau bising duit habis) hahaha dan channel travelling. Suami aku banyak join channel trading and movies kot. 

Apa channel ni? Channel ni kau boleh create untuk sebarkan apa2 contents. Dulu MKN pernah buat untuk info Covid. Aku dah left sebab maleh akuu dengan Covid ni, annoying hahaha.

Aku pun ada channel tapi untuk kegunaan peribadi je la and subscribers dia aku dengan Husband je and I make it private of course. Aku just buat channel financial tracking. Ada 3 channel; perbelanjaan harian, rumah dan kereta. Semua resit dan spending aku dumb dalam tu sebagai rekod. 

So senang bila aku nak tengok no bil air ke, details cukai taksiran ke, nak tengok 1st service kereta aku berapa haribulan dan berapa kos, nak tengok graph perbelanjaan aku samada berhemah atau boros haha. Aku memang jenis manusia suka plan dan rekod, rasa aman hidup haha.

3. Sticker. Sticker dia comel2 weh hahaha. Cousin aku (3 tahun) kadang main handphone aku sebab dia excited tengok sticker lepas tu dia spam banyak2 dekat no adik aku, bengang je member sekali dapat message beratus, ingat boyfren bagi sekali spam stickers haha. Aku kadang2 communicate dengan Husband guna sticker je. 


4. Privacy. Dulu aku pernah pergi lab bahagian risikan. Pegawai sana cakap telegram memang susah gila nak hack berbanding whatsapp (2019). Dorang pernah nak hack telegram, tak keluar pun text, keluar wombs je (tulisan macam cacing). Tapi aku rasa whatsapp pun dah improve bahagian tu. 

5. Storage. Aku punya banyak benda simpan dekat Tele tapi makan storage aku tak sampai 5gb. Husband aku cakap tele ada cloud dia sendiri, so dia tak makan sangat space hp kita. Entah la aku tak faham sangat bab2 teknologi ni, enlightens me please. 

Tu je kot but overall aku rasa whatsapp is more formal la. 



2 comments:

  1. Kawan uncle ketua polis daerah rahsia...

    Telegram dia kena hack...

    memang sampai ke lubang cacing a hacker tu kena cari....

    kah kah kah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha memang nahas la cari pasal dengan KPD. salah orang laa.

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!