Minggu ni aku busy sikit dengan kerja sebab ada program. Selasa dan Rabu aku balik kerja lewat malam. Sampai rumah, siapkan diri, solat, sembang sekejap dengan Suami then tidur. Aku rasa rindu Suami sebab kebelakangan ni berapa jam je kami bertemu dalam keadaan sedar haha. So semalam aku cakap dekat dia,
'Jom dating malam ni Abang'
'Jommmm'
Laju dan bersemangat dia reply haha. Lepas Maghrib kitorang keluar pergi makan, dekat kedai area kawasan rumah je, makan charkotiau. Dah tua pun aku tak tahu ejaan sebenar kotiau lagi haha. Lepak sampai pukul 10pm gitu then balik. Dah nak masuk simpang rumah, aku gurau dengan dia 'ala kenapa balik? Nak dating lagi', terus dia uturn hahahha. Kitorang pusing pekan sampai pukul 11pm gitu.
Takde kerja cari kerja namanya. Lepas tu tidur lewat sebab bila sampai rumah nak siapkan rumah sikit, then sebelum tidur sembang lagi walaupun mata dah separuh tertutup, rasanya dekat pukul 1am jugak kami tidur. Aku tersedar Suami bangun beberapa kali ke tandas. Mesti sakit perut sebab ada makan yongtaufoo yang masam semalam. Nasib perut aku kebal haha.
Pagi tadi dedua ngantuk tapi terpaksa bangun pergi kerja. Lepas jemaah Subuh, dua2 terbaring atas sejadah malas pergi kerja tapi kena pergi jugak! Haha. Hari ni 7.30am baru keluar rumah, selalu pukul 7am. Nasib boleh masuk kerja sebelum 9am hehe.
Dalam hubungan, our time is important for me. Tak perlu fancy dinner, tak perlu percutian mewah, cukup sekadar we're there for each other. I'm lucky (Alhamdulillah) to have a husband that I can talk, share and discuss about literally everything. My views, my works, my days, my angers, my happy moments and so on.
Ikutkan, Suami aku lebih banyak bercakap/ bercerita berbanding aku sebab dia rajin tengok video ceramah, politik, lagho dekat youtube. Haha. Dia yang selalunya initiate cerita then dari situ la topik berkembang, dari cerita politik ke cerita alam pekerjaan ke cerita dunia akhir zaman dan diakhiri dengan gossip video viral akak emo serang 7e dekat Terengganu haha.
I can say that we're on the same boat. We understand each other language. I think since Sept 2016, we never stop talking to each other even when we argued, we never ghosted each other because the old saying goes, communication is the key.
Sebelum kahwin, kami hari2 akan call bila masa free sampai ada tanya aku 'korang cakap apa duh?'. Everything, anything.
'Abang, abang tau tak tadi time nak pergi lunch kaki ayang terpeleot masuk lubang haha'
'Ayang, tau tak Rusia nak serang Ukraine, kejap Abang share link, Ayang baca dulu, nanti kita sembang'
'Abang rasa kan, booster ni perlu ke?'
'Ayang nak tau tak tadi dalam meeting Abang je yang cakap, dah macam pengerusi mesyuarat haha'
'Abang nanti ada rezeki jom pergi Kashmir nak?'
Share moments, thoughts, dreams, jokes, ask opinions, views etc.
Some even said, jangan sebelum kahwin je beria, lepas kahwin suram. Alhamdulillah, he's still the same man I knew since 2016.
Akan ada masa bebila dedua penat, exhausted with outside matters, akan rasa hubungan tu dull. Kalau sedar, Alhamdulillah coz we can always turn on the spark again. Communicate. Open to discussion, take into consideration all the spouse's comments and views on us, about us.
'Ayang rasa Abang dah berubah lah'
'Ha? Nape? Apa yang berubah?'
'Abang dah lama tak kiss and wish goodnight sebelum tidur'
'Alaa sorry, ngantuk betul lately, baring je lena. Malam ni janji buat balik hehe'
*padahal aku pun sama, baring terus lena, saja nak cari gaduh*
And he fulfills his promise 😻. Nanti jadi lagi, ingatkan lagi. Begitulah hidup, saling menyayangi, saling mengingati. Dont bottle up your feeling, express it. Jangan simpan, nanti meletop. Time tu mula la ngungkit cerita2 tak best dari lepas akad nikah sampai anak dah baligh pun haha.
Kita tak tahu bila one of us akan 'pergi', so fulfill all the opportunity with a great moments. Shall we? Panjang dah aku melalut ni. Bye.
Amboi.... Ayang-ayang tuuuuu....
ReplyDelete(Kenapa ponpuan suka cari gaduh tanpa sebab eh?)
hehe kasi can la Uncle
Deletehaha saja. Best woo, cuba Uncle try (HAHA) sebab gaduh ni sihat kalau kita pandai manage and akan lebih mengeratkan silaturahim gitu haha