”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

3/08/2022

Hormati suami, sayangi isteri

This is just my humble opinion.

Aku dibesarkan dengan fahaman suami perlu dihormati selayaknya kita menghormati ibu bapa kerana selepas sahnya akad nikah, kita akan menjadi tanggungjawab suami dan syurga kita terletak padanya. Personally aku tak senang dengan ayat 'syurga terletak di bawah tapak kaki'. Bukan ke syurga tu mulia? Kenapa tapak kaki? Hiperbola atau metafora? Ayat ni berdasarkan hadis ke? If yes, maafkan kekhilafan aku. 

Aku tak nafikan memang suami perlu dihormati because he's a leader in our family. Ketua yang tak dihormati akan menyebabkan runtuhnya satu institusi. 

Tapi ada beza cara hormat suami berbanding ibu bapa (I dont mean any mala fide here). Dalam Quran ada menyatakan yang dengan mak, nak sebut 'eh' pun berdosa, tapi ayat tu tak apply untuk para suami kan?

Ibu bapa kita hormati atas dasar mereka yang membesarkan kita dengan penuh kasih, mendidik kita, membentuk kita menjadi manusia yang mampu membuatkan suami jatuh cinta pada kita dan ingin mengahwini kita. 

Suami pula kita hormati sebagai orang yang dipertanggungjawabkan untuk terus memimpin kita ke jalan yang Allah redhai selepas ibu bapa kita menyerahkan kita secara suci kepada suami.

I dont know how to describe it tapi aku harap korang faham apa yang aku cuba sampaikan haha. Gurau kasar dengan parents tetap dianggap tak hormat tapi gurau kasar dengan suami tak semestinya kita tak hormat dia. Ada faham?

Bagi aku word hormat dan sayang cant live without one another. Perkataan hormat digunakan untuk para suami sejajar dengan sifat semulajadi mereka yang ego. Perkataan itu perlu untuk membuatkan mereka rasa berkuasa. Tapi hormat kepada suami susah nak timbul kalau tak sayang. Kan? Atas dasar sayang, cinta, kasih, isteri akan hormatkan suami sebab isteri faham kedudukan suami dalam keluarga.

Manakala, word sayang untuk isteri pulak sesuai dengan perwatakan wanita yang penuh dengan emosi. Perempuan perlu disayangi bagi memastikan dia terus function sebagai manusia normal haha. Then, kalau sayang automatik kita akan hormat isteri selayaknya dia dihormati.

Aku tak nafikan kedudukan suami lagi tinggi dari isteri sebab tanggungjawab dorang amat2 berat sebenarnya, antara nampak dengan tak nampak je. Tapi tak salah suami turunkan ego untuk turut hormat isteri. Definisi hormat isteri bagi aku; dalam apa2 urusan keluarga involve kan isteri, dengar pendapat dia, raikan perbezaan pendapat, toleransi, etc. Hormat pada isteri mungkin tak setinggi isteri hormatkan suami, but the element must be there.

Kapten kapal waktu laut bergelora memang dia perlu berada paling hadapan sekali untuk mengemudi, duduk dekat deck yang paling tinggi untuk menafsir situasi semasa dan persekitaran. Time tu semua arahan dia wajar dipatuhi sebab ketika itu dia lebih arif dah faham keadaan. Tiada emosi dan ego yang terlibat sebab saat tu tujuan utama hanyalah nak selamatkan kapal daripada karam. Selepas tu, bila laut dah tenang tak salah dia turun bawah, post mortem kejadian yang baru jadi, foresee risiko akan datang, brainstorm penyelesaian yang lebih baik, bermesra dengan anak kapal, bertanya khabar, karoake, etc.

So marilah kita salin menghormati dan menyayangi antara satu sama lain. Shall we?

2 comments:

  1. tell u the truth... uncle pun question pasal ayat 'syurga terletak di bawah tapak kaki' tu...

    macam tak kena je kan?

    Ok pasal satu lagi... uncle ni orang yg terima kalau perempuan jadi perdana menteri... So Nad boleh agak kan level hormat tu level mana kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Uncle? tak tahu la apa maksud tersiratnya huhu

      Wow, bagus Uncle! Open minded. Jangan lupa undi saya! Eh? Hahaha

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!