”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

4/27/2022

Hamba Gadjet #suamisteri

Hari tu aku ada tertengok video tiktok yang perempuan tu mengadu yang suami dia asyik dengan HP je, tak hiraukan dia. Then aku baca komen and most of the commenters comment that they also encounter the same problem and they're really hurt of this.

Gajet memang boleh merosakkan banyak benda walaupun dia hanyalah seketul benda petak yang keras, yang tiada perasaan. Akal ada sebab dah di install dengan pelbagai jenis software. Kita sebagai yang berperasaan yang kena bijak mengawalnya, bukan dikawal.

Kami (aku dan Suami) pun boleh dikatakan dah jadi hamba gadjet. Selalu sebelum ni kami selalu tengok Netflix sama2 tapi sekarang ni wifi tak pasang lagi so TV pun dah lama tak on. TV kami takde subsribed astro, just smart TV yang bergantung pada Netflix and Youtube. Kadang2 tengok movie dekat Ipad je, tu pun bila dekat rumah Mak sebab ada wifi.

So sebelum tidur memang kami akan pegang gadjet. Applikasi kegemaran sekarang adalah tiktok haha sebab dekat sana kalau kau follow orang yang betul, banyak ilmu kau akan dapat. Tapi tu lah, masing2 asyik dengan setiap video yang muncul di FYP. Suami aku pulak lately aku tengok dia rajin bukak Youtube dengar pasal politik / ceramah agama. Kadang2 dia biar je HP on atas perut *uuu perut boleh jadi meja hahaha*, rupanya dia dah lena haha. 

Aku faham je sebab time tu nak relax2 sikit. Sebelum tu kami dah bersembang bagai, dia just macam phase akhir sebelum tidur. Time office memang busy sampai tak sempat nak cek media sosial sangat. 

Tapi kalau korang rasa terabai, boleh cuba tips ni.

Menyendeng

Kau tengok sama2 dengan suami dekat hp dia. Aku selalu buat camtu, share bantal, share screen. Kadang2 Suami aku yang panggil ajak tengok sama2. Tapi kadang2 content dia bosan (bola, rugby) so aku pun decide untuk tidur je lah haha. 

Komunikasi

Bagitau dia apa kau rasa. Dengan manja dan lembut. 

Abang ni dari tadi pegang HP, dapat pahala ke pegang HP tu? Baik pegang saya, dapat jugak pahala. Dah la kita ni dalam sehari beberapa jam je boleh sembang depan2, pegang2. Kalau Abang pegang HP je, baik saya tidur dengan bolster je. Sama je.

Berbual/ Pillow Talk

Time dia tengah tengok HP tu, kau cuba bukak 1 topik berbual. Abang, tau tak tadikann ......... If he's a good listener, dia akan letak off HP and tumpukan perhatian dekat kau sampai dua2 tertidur.

Bermanja

Time dia tengah ralit dengan HP tu, kau peluk la or buat la apa2 yang boleh tarik perhatian dia. Suami isteri kan, takkan tu pun nak ajar haha. Ajak dia tidur sama2.

Tidur

Kalau kau ngantuk kau tidur je la haha. Biarlah dia dengan HP dia tu. Aku kalau aku ngantuk sangat aku tak peduli apa dah. Biar dia leka dengan HP dari dia kacau tidur aku nanti haha. Tapi aku bagitau la nak tidur. Aku baru tau dalam Islam, seorang isteri kalau nak tidur pun kena mintak kebenaran suami. Aku sebelum ni kadang mintak, kadang tak sedar tertidur sendiri.

Sekarang aku akan try my best untuk bagitau aku nak tidur sebab aku sejenis mudah lena haha. Goodnight Abang, tidur dulu, love you *kish sikit mmuah haha*. Eh baru ingat sebelum ni sebelum tidur aku rajin jugak salam dia tapi lately dah jarang. Mesti sebab tangan dia tengah pegang HP 😏

Ada masa dia hmmm kan je wish aku. Memang aku jerit la haaha. Eeee tak balas pun apa Ayang cakap. Ha baru la dia buat. Okay2 Sayang, tidurlah, goodnight, love you *sambung tengok HP* πŸ˜‘. Kadang2 aku buli dia suruh tepuk aku sampai tidur. Redho je dia buat sebelah tangan sambil sebelah tangan lagi still scrolling media sosial *gigih*. Dapat la dalam 10 tepukan je 😀Then aku pun tidur je dengan tenang. Tapi aku perasan, beberapa minit lepas tu mesti dia off hp, join tidur sama2. 

Tapi kalau ada masa dia nak tidur dulu and aku tengah tengok HP mula la suruh garu belakang la garu kepala la sampai dia lena. Sabar je la haha. πŸ˜’

#janganjadihambagadjet

6 comments:

  1. instagram baru : zhicooper
    hehehe... tp annoying sikit lah sbb tgh upload balik gambar2 travel.. senang nak tengok bila rindu.

    ReplyDelete
  2. Uncle dan aunty nak bercakap guna wasap... padahal sama2 atas katil tu! Boleh? Baahahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha ni lawak. comelnya! kenapa begitu? sayang suara ke? hahaha

      Delete
  3. Bab tido tu sama la mcm nadia.. Kadang saje kaco suami ms dia tgh belek fon.. pastu kita dah ngantuk sgt kita tdo dulu la.. pastu tau2 suami pun tdo gak..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe kannn. Kadang2 dorang tengok HP tu memang dah ngantuk, tau2 HP jatuh atas muka hahah padan muka. Lagipun mana tahan godaan tengok kita lena dengan begitu nyenyaknya haha

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!