”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

4/29/2022

Sedikit sumbangan kepada yang memerlukan

Semalam aku diberi kesempatan untuk mewakilkan kelab ofis aku untuk serahkan sumbangan kewangan kepada asnaf di satu kawasan perkampungan. Semua 17 rumah aku cover dengan bantuan seorang lagi pegawai dan seorang driver.

Dalam 17 rumah tu macam-macam jenis manusia aku jumpa yang buat aku menginsafi diri dan patut tambahkan rasa syukur atas nikmat yang Allah dah berikan kepada aku sekeluarga.

Sebelum bertolak, kami telah diberi taklimat ringkas untuk menjaga kelakuan dan tutur kata bagi menjaga hati si penerima sebab ada penerima yang sangat malu dengan nasib diri mereka. Aku pun tak cakap banyak, just perkenalkan diri dari mana dan bagitau tujuan datang. And mohon izin nak bergambar (bagi tujuan laporan sahaja bukan untuk di muat naik ke platform sosial media), kalau dorang tak izinkan kami pun takkan paksa. Hanya ada 1 penerima menolak untuk bergambar dan 1 penerima kami tak sempat nak tanya. Nanti aku cerita. 

Selepas menerima ramai yang mendoakan kami sebagai tanda syukur. Aameen. Semoga doa mereka dimakbulkan dan dipalingkan kepada mereka jugak. Semoga bantuan yang tak seberapa tu dapat memberi sedikit sinar kepada mereka untuk merasa menyambut hari raya dengan gembira.

Nak dibandingkan hidup aku dengan mereka memang jauh sangat beza, kalau tak reti lagi bersyukur tak tahulah aku ni, apa nak jadi! 

Ada 3 situasi yang buat aku betul2 terkesan di hati.

Situasi 1 

Aku sampaikan sumbangan kepada si suami. Isteri ada sekali. Sebelum masuk kereta, isteri cakap dengan kami

'Ada tak sumbangan baju raya? Kalau ada boleh ke makcik nak sepasang, dengan tudung sehelai dua jadi la. Makcik tau boleh ambil dekat XXXX tapi kaki makcik tak kuat nak ke sana, kenderaan pun takde, nak diri lama pun tak boleh' 😔

Terkedu kejap aku. Dibesarkan dalam keluarga yang cukup pakai (ke terlebih?), yang setiap kali raya mesti beli baju baru, aku lupa ada orang yang tak mampu nak miliki semua tu.

Aku cakap aku akan cuba sampaikan kepada yang berkenaan, my teammate pun cakap dia ada baju dan akan hantarkan kepada makcik tu. Dia tak mintak baju baru pun, baju terpakai memadai. Semoga impian makcik tu untuk dapat baju raya dimakbulkan. 

Situasi 2

Kami bagi salam pada satu rumah, kalau ikutkan senarai nama, muda lagi orangnya, sebaya aku, lelaki. Eh muda ke kau tu nya pun adoi? Haha.

Jenuh jugak bagi salam, tekak dah perit sebab dah banyak rumah pergi, dah terbayang nak minum satu jug air ais berbuka nanti.

Setelah beberapa minit, kami dengar suara dari dalam. Kami pun approcah ke pintu sliding door sebab dia bukak sikit je, tak nampak pun siapa orangnya. Then aku perkenalkan diri. 

Kemudian dia bukak pintu kayu. Baru la nampak 1/3 sosok tubuhnya. Berkerusi roda sumbangan Perkeso. Aku ternampak peha dia, peha dia sebesar pergelangan tangan aku je weh! Tangan aku memang kecik. Dia bercakap tak pandang muka kami dan cakap acuh tak acuh tapi tetap berterima kasih.

On the way nak ke kereta, teammate aku cakap

'Garangnya dia puan, takut saya nak mintak izin dia nak bergambar'

'Takpe, kita tak rasa apa dia rasa. Saya rasa dia demotivated tu sebab muda lagi tapi terpaksa berkerusi roda. And saya ternampak kerusi roda dia tajaan Perkeso. Selalunya kalau Perkeso bagi ni sebab dia kemalangan dalam waktu berkerja. Mana tau dia tengah bina kerjaya tapi tanpa disangka Allah takdirkan dia lumpuh seumur hidup. Kalau saya pun akan down'

Teammate aku mengangguk setuju. 

Situasi 3

Kami berpusing-pusing cari rumah No. 30, tak jumpa. Kemudian aku ternampak rumah yang sedeikit terpencil dan dari jauh aku tahu tu rumah bantuan kerajaan (bentuk rumah bantuan kan sama 1 Malaysia). Aku mintak driver masuk ke dalam. Sah! Itu rumah No. 30 yang kami cari.

Kami pun bagi salam, namun tiada sahutan. Kebetulan ada orang kampung situ pun datang nak bagi sumbangan zakat. Sebab dia orang kampung tu, dia dah kenal penghuni tu sampai ke belakang rumah dia cari haha terima kasih pakcik kerana gigih membantu.

Selang beberapa minit pintu dibukak. Keluar seorang budak perempuan (sekolah rendah) diikuti dua orang adik lelaki (umur bawah 6 tahun).

Aku tanya mana mak, dia cakap mak dia pergi kerja. Aku tanya lagi ni rumah siapa, dia cakap rumah nenek dia and nenek dia pun takde dekat rumah.

Budak2 umur macam tu sepatutnya ada di sekolah dan di rumah pengasuh bila mak ayah kerja or bila tiada orang dewasa di rumah. Ni tinggal budak bertiga tu je, mengharapkan kakak yang masih tak matang menjaga adik yang masih ingusan.

Saat budak sebaya dia sibuk dengan gadjet dengan PUBG, Mobile Legend etc, dia dah dipertanggungjawabkan menjaga adik2 yang masih berpampers.

Semoga dipermudahkan semua, semoga dimurahkan rezeki semua, semoga mendapat ganjaran berlipat kali ganda bila di syurga. 

4 comments:

  1. amin, amin... semoga dimurahkkan rezeki...

    ReplyDelete
  2. Aminnn..teman kadang ambil pendekatan..jika kita tiada modal besar untuk menyumbang..sumbang tenaga pun alhamdulillah..mana tau tempias doa mereka dapat bawak kita masuk syurga juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, setuju! Sedekah boleh bermacam cara :)

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!