Jumaat lepas aku dan Husband cuti sempena menuju endemik haha. Tak lah, Mama ajak pergi ziarah adik beradik dia dekat Kedah and Perlis sebelum Ramadhan. Ayuh kita.
Gerak dari rumah dalam pukul 11.30am. Sebelum tu dah siap2 pergi breakfast murtabak daging dekat Sg. Wangi, Ayer Tawar. Perghh selera kau pepagi haha. Sampai sana Mama Abah dah habis makan pun, kitorang datang merempit so lambat sikit. Tengok2 Mama dah orderkan siap2, sorang 1 pulak tuu haha. Nasib nak puasa dah *cover haha
Destinasi pertama kami singgah makan Nasi Daging dekat Sg. Petani. Hari Jumaat tak banyak kedai yang bukak dekat Kedah.
Nasi Daging yang Suami order |
Nasi + Sup Daging yang Aku, Mama dan Abah order |
Ni nama kedainya |
Rasa? Bagi aku sedapp haha tapi bagi Laki aku sekeluarga, dorang cakap kureng sebab dorang pernah rasa yang lagi sedap. So aku kena percayalah orang pure Kedah punya lidah.
Dah kenyang kami singgah rumah sepupu Husband dekat Padang Pusing, Pendang. Nak tumpang solat tapi tetap dijamu dengan kuih muih, padahal dah kenyang gila. Tapi orang dah hidang, kita makan jugak haha. Nak balik siap dapat buah tangan, satu plastik besar buah pelam wehhh! 5kg ada aku rasa. Haha.
Kemudian teruskan destinasi ke Aloq Staq, singgah rumah sepupu Husband jugak. Dorang hidang pulak laksa. Aku tak tau tu laksa kedah ke laksa siam ke apa tapi lain la dengan laksa kuale. Dia ada tambahan ulam apa aku tak tau dengan sambal kelapa. Kena campur semua tu baru rasa lemak2 laksa, kalau tak rasa plain. Kuah dia takde elemen masam. Laksa dia halus2 je, ni aku suka hehe.
Husband suruh aku rating haha. Aku rating 3/5 sebab 1st time rasa and tak tahu nak compare dengan apa. Nak compare dengan laksa kuale macam tak adil sebab dari kumpulan yang berbeza. Apa2 pun laksa kuale tetap di hati. Kahhh.
Dah 7.30pm gitu kami gerak pulak ke Beseri, Perlis, rumah sepupu Suami jugak. Nama je pergi rumah sepupu Suami tapi Suami aku bukan rapat sangat pun dengan dorang, Mama yang rapat dengan anak2 saudara dia sebab umur lebih kurang. Mama anak bongsu, so nak dekat sebaya dengan anak penakan.
Sampai sana dihidang pulak dengan nasi daging pure punya! Suami kepada sepupu Husband yang masak. Ya Allah sedap gila. 2nd time aku makan nasi daging yang sedap. Kau bayangkan perut aku dah sendat, aku boleh makan 2 tambah lagi. Huaaaaa! Perut nak meletop tapi ya Allah nikmat mana yang aku dustakan lagi?
Boleh tak nak datang lagi sebab nak suruh masak nasi daging je? Gambar takde, malu la oi nak tangkap gambar kat rumah orang haha. Disulami pulak dengan pelam harum manis. Memang bukan Perlis la kalau takde harum manis. Memang suami sepupu Husband ada ladang harum manis oi. Langkah kanan betul kami. Alhamdulillah.
Malam tu kami tumpang tidur sana. Pagi esok dihidangkan dengan nasi lemak bungkus daun pisang yang sedap yakmat jugak. Tapi tu dorang beli la tapi sedappp! Jarang dah jumpa nasi lemak sedap. Nasi lemak is my fav! Nak makan 2 tapi segan walaupun dorang offer. Sekarang menyesal! Kahhhh.
Dalam 9.30am kami pun gerak pulang. Sepupu husband bekalkan kami macam2, pelam harum manis, pulut, kuih muih. Allah, moga dimurahkan rezeki. Mama ajak pusing2 Perlis dulu. Kami ke arah Wang Kelian.
Singgah view point. Orang datang lepas Subuh nak tengok awan carpet. Kami datang pukul 10am Subhanallah panas litlit |
but worth the scenery. Macam cameron kan view ni? |
apa la Abah teropong tu haha |
Sedap! Reccommended. |
Ya Allah, apa ni? Apa ni? Daging lagi banyak dari bihun! Haha. RM7 je please. Kalau yang biasa RM5. Aku rasa lepas ni memang order yang biasa je sebab yang ni daging dia memang banyak gila. |
Apa motif ni...?
ReplyDeleteMula-mula dah gambar nasi daging.
Bila baca, cerita pasal makan je sampai abis...
Kan kita tengah puasa ni....?
(emosi pulak)
motifnya adalah untuk menguji keimanan kahkahkah
Deletenasi daging?????
ReplyDeletekenapa duduk di paling atas? kenapa?