Aku bangun 5.45am pagi tadi, turun bawah siapkan bekal kami suami isteri, then 6.15am naik untuk mandi ke pejabat. Lepas aku siap mandi, kejut Suami pulak untuk mandi dan bersiap. Kemudian kami solat jemaah bersama.
Sementara kami berdua bersiap, aku bersiap di depan cermin solek, Suami sedang bersiap di dalam bilik air, shave dan pakai minyak rambut agaknya.
Kami bersembang tentang issue yang tetiba viral, video seorang pensyarah UiTM khabarnya yang seolah-olah menghina golongan yang kurang berkemampuan. Antara ayat panas dia,
'Pasal itu aku tak boleh duduk dengan golongan B40 ye, dia lebih memikirkan benda lain selain pelajaran'
Ye Prof, takde siapa kata pelajaran tu tak penting. Ayah aku pernah cakap,
'Ayah takde harta nak tinggalkan, Ayah boleh sediakan keperluan untuk korang belajar je. Nak hidup senang, belajar, taknak hidup senang tak payah belajar. Korang dah tua nanti Ayah pun dah takde, pandai2 la hidup'
Begitu ye tuan2, sedas Ayah aku bagi. Alhamdulillah aku and adik perempuan aku ada degree, adik laki aku ada diploma sebab dia pemalas haha.
Tapi Prof kena ingat, tak semua orang ada privilege tu, Prof kena ingat semua orang ada struggle masing2 yang kita tak tahu, so just be kind, can't you?
Ok back to our morning, aku pun tanya Suami aku,
'Abang, Abang dah tengok video viral pensyarah UiTM tu?'
'Dah', then dia berdiri depan pintu bilik air
'Tapi Abang setuju dengan pensyarah tu yang pelajaran tu penting'
'Ye, Ayang pun setuju bab tu, tapi cara dia tuuu. Tak boleh ke cakap elok2? Dia nak suruh kakak budak tu jual gelang, ada ke pun gelangnya? Entah2 kakaknya pun takde, yang ada adik2 kecik je. Why not dia sebagai orang berpengaruh, adukan masalah kebajikan ni dekat pihak universiti. Buat sewaan laptop ke, contribute laptop lama dia ke, or belikan ke. Apa2 la yang bermanfaat, bukan menghina. Elok la jugak budak yang pakai handphone yang layan kelas dia, budak2 yang pakai laptop diam seribu bahasa'
Ha tak pasal2 aku bebel dekat Laki aku pagi tadi
'Betul apa Ayang cakap tu', Laki aku menyokong. Berani dia tak sokong bini dia tengah emo. Hahaha
Siapa pun kau, tinggi mana pun martabat kau, banyak mana pun harta kau, kalau kau takde adab, kau la orang paling hina sekali.
Aku faham pensyarah2 oldies ni memang 'kasaq' sikit sebab dorang pun bukan senang nak naik sampai jadi profesor lah. Nak kasar, nak bertegas, bolehh, takkan tak boleh sebab budak2 zaman sekarang memang macam tu pun nak ajar. Tapi jangan sampai menghina membabi buta. Kita tak tau apa keluarga dia tengah hadap.
Be humane, instill more empathy in you, you'll regret nothing. In whatever situation, always, always choose to be kind. Tinggi tu martabat profesor, gaji puluh ribu tapi what a shame bila tak dapat tunjukkan adab dan tauladan yang baik.
Tak semestinya kau profesor, kau tau semua benda, kau paling pandai dalam dunia, tak semestinya makcik, tak semestinya.
Satu komen yang i bole cakap.. Pensyarah lama2 atau otai2 ni most of them dapat privilage tu atas dasar kerajaan pada masa tersebut nak memartabatkan org melayu untuk duduk di post/golongan kelas atasan demi nak menaikkan status bangsa melayu pada ketika itu. Tu sebb ada je prof/ pendidik atau golongan profesional ni duduk di tempat mana dia berada skang.
ReplyDeleteKalo nak tau prof yang terlibat tu pon ikutkan degree dia pon second class lower je.. adakah itu conclussion bahawa B40(taraf dia ketika itu) juga tidak mementingkan pelajaran. so dapat la keputusan yg teruk. ntah laa.. tetapi bab adab ni mmg mengatasi segalanya.. even imam syafie ada gak menjelaskan kepentingan adab berbanding benda2 lain. sekian terima kasih....
Wah panjangnya komen hehe
Deletehmmm kalau betul seperti yang dikatakan, memang lupa daratan la prof tu. Adakah gelaran prof tu buatkan dia lupa semua? Ya Allah moga kita dijauhkan dari bersikap sombong dan takbur.
yes, manners maketh man. Gitu awak petik Imam Syafie, saya petik Kingsman haha
Feed kat twitter penuh dengan topik ni je.... pudar habis cerita lain!
ReplyDeleteHaha betul tu. Meletopp! Apa tweet handle Uncle? Hehe
DeleteApa lagi... @unclegedek la... ;)
Deletedone follow hehe
Delete