Semalam ada seorang cousin lelaki aku yang duduk di asrama decided untuk keluar asrama sebab tak tahan rindu pada family. Memang kena ejek la dengan aku haha. Berani ejek sebab aku adalah real testimoni yang berjaya duduk asrama dari F1-F5. Dalam family besar kami, aku dengan pakcik aku je yang berjaya duduk asrama. Yang lain semua bertahan seminggu dua je, ada siap lari asrama bawak baldi haha. Kau dah kenapa sayang sangat dekat baldi tu?
Aku duduk asrama yang lebih kurang 30km je dari rumah. Memula masuk memang cranky nak keluar jugak. Ayah aku lembut hati bagi keluar tapi dihalang keras oleh Mak aku, jangan dilayan sangat, kata Mak aku kepada Ayah. *sigh*.
Mak Ayah memang setiap hujung minggu wajib datang melawat aku or bawak aku keluar. Datang bawak makanan yang aku akan kongsi dengan kawan2. Memang setiap Isnin akan looking forward for weekend. Hehe. Berbeza dengan pakcik aku yang asrama 2 jam dari rumah. Plus keluarga tak berkemampuan waktu tu so memang Opah and Atok tak pernah melawat dia sepanjang 5 tahun kat sana. Sedih pulak aku dengar. So kalau dia claim dia lagi hero dari aku pun aku tak kisah hehe.
Duduk asrama ni not bad sebenarnya kalau jumpa kawan yang best2. Rasa homesick tu kejap je. Kami boleh overnight sebulan sekali, lepas balik overnight memang rasa nak berhenti je sekolah. Tapi rasa tu muncul hari Isnin je la, Selasa dah lupa dah rumah haha. Dulu aku hari2 call Mak guna public phone, memang Mak bekalkan duit syiling untuk call. Tak cakap apa pun kadang2, nak dengar suara je. Macam terpisah benua je gayanya haha.
Duduk asrama ni ada rutin. Pagi kena solat jemaah, then pergi assembly, then masuk kelas sampai tengah hari. Dalam 3.15pm pulak kena pergi prep. Balik prep kena turun riadah sampai nak Maghrib. Lepas jemaah Maghrib kena pergi kelas untuk prep malam. Habis prep malam dalam 10.30pm kena jemaah Isya'. Habis jemaah dah kena siap2 untuk tidur sebab lights off pukul 11.30pm. Begitulah rutin setiap hari.
Aku ni bukan la pelajar yang nakal, just suka memonteng je hahahhaa (tak nakal ke tu?). Aku rasa dalam 5 waktu solat berjemaah, aku selalu datang yang Maghrib je, yang lain aku memang solat kat bilik. Kalau kantoi apa lagi alasan yang boleh bagi selain period? Untung jadi perempuan kekeke.
Aku jarang la kantoi ponteng surau ni tapi walaupun jarang ada sorang Ustaz ni suka gila aim aku. Ada sekali tu aku solat Maghrib dekat bilik then terus nak ke blok akademik untuk prep. Nak ke blok akademik kena lalu sebelah surau and surau tu memang pasang loudspeaker 1 sekolah boleh dengar. Tengah elok aku lalu tepi surau sambil dengar tazkirah maghrib melalui jarak jauh hehe tetiba nama aku kena sebut weh dengan Ustaz tu. 'Hari ni Nurul Nadiah Ahmad Roslan ada tak kat belakang tuuu (saf perempuan)?' Terkujat aku yang tengah berjalan gembira sambil menghayun beg. Nama penuh kau dia sebut. Hampeh betul, tak pasal2 famous haha.
Lepas semua budak2 yang baru balik surau sampai kelas memang kecoh la, semua tegur aku 'Nad nama kau kene petik lagi!'. Haha petik lagi yeee, nampak sangat selalu kena. Aku gelak je la. Beberapa minit kemudian suasana sepi sebab prep malam memang adalah silent hours, semua buat homework or study sendiri. Kalau nak discussion hanya dibenarkan time prep petang.
Aku tengah buat homework time tu tetiba rasa ada lembaga diri depan aku. Aku angkat muka sekali Ustaz tu weh terpacak depan aku pegang rotan. Tapi aku tak cuak sebab aku tau dia macam mana, acah je pegang rotan tu haha.
'Nad nape hang tak datang surau tadi?'
*sengih* 'Saya period Ustaz'
'Pelik aku hang ni, period sepanjang tahun ke?'
Aku gelak. Dia berlalu pergi sambil geleng kepala. Then 1 kelas gelakkan aku haha. Perempuan memang selalu malu kan nak mengaku period depan orang? Aku tak sebab bagi aku period tu normal untuk perempuan and nak selamatkan diri. Tipu sunattt hahahha.
Lepas beberapa bulan, Ramadhan menjelma. Sekolah aku buat tadarus al Quran, kena baca selepas jemaah Asar. 1 kumpulan 10 orang then akan ada 1 ketua. Aku dengar cerita tu bagai angin belalu pergi sementara kawan2 lain kecoh ke papan kenyataan nak tengok pembahagian kumpulan. Aku malas la nak bersesak sesak, time tu puasa lagi beberapa hari, malam puasa pertama pun boleh tengok lagi senarai tu. Ye dak?
Tetiba beberapa orang classmates aku datang dekat aku 'Naddddddd! Kau jadi ketua tadarus!'. Terus tegak aku duduk. 'Ha? Kenapa aku? Kau salah tengok nii. Aku tak pernah volunteer pun!'. Tapi bila dah dekat 10 orang cakap benda yang sama, sah la tu. Kawan aku cakap ni mesti kerja Ustaz yang dendam dengan aku tu. Ceitt.
Aku pergi bilik guru untuk confront dia untuk batalkan nama aku tapi dia takde. So aku biarkan dulu. Petang tu time riadah aku nampak dia naik motor pegang rotan. Dah kenapa Ustaz ni time riadah pun bawak rotan? Aku kejar dia and dia perasan dia berhenti.
'Ustaz kenapa nama saya jadi ketua tadarus pulak ni? Saya tak volunteer pun!'
'Hang pandai ngaji tak?'
'Pandai la Ustaz. Issh soalan pun'
'Ha pandai hang jadi ketua. Saja aku letak nama hang sebab nak pastikan hang datang surau'
Then dia berlalu pergi dengan tersenyum bangga dan sempat libas belakang aku dengan rotan tu tapi tak la sakit dia lalukan je. Ceittttt!
Maka jadilah aku ketua tadarus di bulan yang penuh mulia tu. Memang aku perasan ada yang senyum2 sinis kat aku bila nampak muka aku kat surau hahahha kuangjaq naaa perli.
Ustaz yang sama jugak pernah paksa aku isi borang pencalonan pengawas. Oh memang tak la. Setiap kali dia terserempak dengan aku dia tanya dah isi belum dan aku cakap akan isi. Sampailah tarikh luput and borang tu selamat dalam tong sampah. Bila dia tanya aku cakap la dah terlepas tarikh. Haishhh hang ni, dia mengeluh haha. Time tu dia cikgu penasihat pengawas. So memang nak pekena aku la tu haha. Sorry but no sorry.
Nanti aku sambung lagi pengalaman duduk asrama. Time duduk rasa neraka, bila flashback balik alahai bestnya! Haha
hehehe...dapat akak bayanagkan Nad nyer kisah ni...seronok kan zaman belajar...kalau la boleh balik semula ke zaman tu kan best...
ReplyDeletehehe kalau ingat balik memang best. Kenangan kan. Makin tua ni makin bosan pulak kehidupan haha
DeleteBetul.... homesick tu bukan permanent.... lama2 taknak balik pun....
ReplyDeleteHa? Nad suka ponteng? Gimifai..!
hehe kan. yang pernah rasa je faham
Deletehaha gimifai!
Tak pernah duk asrama tapi bila flash back zaman sekolah dulu memang kelakar..
ReplyDeletehehe kan? zaman2 baru nak up. ingat balik kelakar ada, malu pun ada hahaha
Delete