”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

4/14/2022

Pengalaman duduk asrama #tandas

Aku akan cerita pengalaman yang aku betul2 ingat sebab macam korang sedia maklum aku ni pelupa yakmat. So setakat aktiviti rutin tu memang aku tak ingat details, yang rare je aku ingat (yang memalukan diri).

Dalam 1 tingkatan standard ada 5 kelas, Alpha, Beta, Delta, Epsilon, Gamma. Batch aku je ada 7 kelas sebab ada pengambilan khas guna kuota YB Dun time tu. So batch aku ada kelas tambahan iaitu kelas Kappa dengan Lambda. Aku dimasukkan dalam kelas Kappa.

Time tu kelas kami bawah sekali sebab terpinggir or baru wujud ke tak tau la. And kelas tu memang tersorok sikit. Ground floor memang takde kelas selain kelas aku. Row tu semuanya pejabat dengan bilik aktiviti la bilik kaunseling la. Sebelah kelas ada tandas tapi tandas lelaki. Nak guna tandas perempuan kena naik ke Aras 1.

Being me, aku ni pemalas haha. So aku selalu guna je tandas laki tu tapi sebelum pergi tu aku akan annouce dalam kelas aku nak masuk tandas tu supaya classmates laki aku aware and tak masuk. Tandas tu memang budak kelas kami je guna.

Kadang2 ada je laki lepak dalam tandas tu aku masuk je nak basuh tangan. Bukan nak guna tandas pun. Kalau ada tengah lepak depan sinki dorang jerit la oiii, hahahha ada yang dah biasa dengan kehadiran aku yang suka basuh tangan kat situ. Koser la nak naik tangga semata nak basuh tangan. Ada masa tu aku tengah cuci tangan tetiba ada classmate aku keluar sambil zip seluar Hahahahahaha. Sumpah aku tak perasan ada orang sebab sunyi je takde bunyi air. Kalau ada bunyi air memang aku akan tunggu dia keluar baru masuk. 

Lepas masuk kelas aku nampak dia cerita dekat kawan2 laki yang lain sambil pandang2 aku, aku senyum angkat2 kening kat dia hahahaha. Bukan nampak apa pun, aku tengok muka dia je dari imbasan cermin tapi nampak la tangan tengah betul zip hahahahaha. 

Ada satu hari tu lepas rehat ada kelas Agama Islam. Aku makan kuih time tu and sebelum Ustaz masuk aku pergi ke tandas laki tu untuk basuh tangan. Lepas basuh tangan aku main curah2 air dekat cermin singki. Tak tau kenapa aku main air time tu. 

Curahan ketiga, bila air dekat cermin turun secara perlahan-lahan, baru aku perasan dari imbasan cermin tu Ustaz tengah berdiri tegak depan pintu utama tandas, nak masuk ke tandas. Dia tengok aku, dia tengok signage tandas dekat pintu secara bergilir-gilir haha. Aku senyum dekat dia sambil sapa, Ustaz dengan penuh sopan haha. Aku nak lalu keluar dia tetap berdiri tengah2 pintu tu sambil tangan dia depangkan pegang frame pintu tu seolah-olah taknak bagi aku keluar. So aku lalu je la bawah ketiak dia hahaha. Time tu aku form 1, badan aku memang kecik time tu haha.

Masuk je kelas, aku kena tazkirah depan 1 kelas hahahahha. Tapi dia cakap cara baik lah. Tapi aku defend *melawan* cakap yang aku tumpang basuh tangan je. *Nasib bukan kantoi masa baru keluar toilet buang air* haha. Sebenarnya ada je kawan perempuan aku yang masuk tandas tu tapi tak kantoi je haha. Nak jadikan cerita, aku pulak yang kantoi. Ustaz cakap apa pun reason, tak elok sebab macam2 benda boleh jadi. Haha betul la tu, sorry aku memang tak matang lagi waktu tu, tak mumayiz lagi aku rasa hahaha. 

Sejak hari tu memang Ustaz tu kenal aku. Tapi ni bukan Ustaz yang suka cari aku dekat surau tu, ni Ustaz lain haha. Sejak hari tu aku jarang la masuk tandas tu unless terpaksa. And tetiba depan kelas tu ada terpacak 1 batang paip. Mungkin Ustaz tu suruh pentadbiran buat untuk mudahkan kami. Haha. Ada hikmah apa aku masuk tandas laki, dapat paip air untuk kemudahan semua *senyum bangga*

6 comments:

  1. gelak akak baca...sebb akak pun sama macam awak...masa form 1 akak dalam 1 group ada 5 orang..mmg terkenal dengan nakal dan jenis selamba je...tapi kami nakal yang baik...cikgu2 sayang kami

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe zaman sekolah memang nakal sikit kan, kerja nak main je tapi time belajar belajar betul2 hehe

      Delete
  2. All I can say is you are funny..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha kenangan lama memang kalau dikenang lawak je. kadang2 malu pun ada dengan perangai tak senonoh dulu2 haha

      Delete
  3. Uncle agak suka la progress blog ni... makin banyak unsur humor! hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. cerita zaman dulu kalau dikenang memang kelako Uncle hehe

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!