”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

6/07/2022

Durian and River Hunting @ Lenggong, Perak

Sabtu lepas hari aku dimulakan dengan pergi makan roti canai di Sauk selepas solat Subuh. Kemain awal kan? Lately aku macam tak boleh dah nak tidur lepas Subuh, faktor usia mungkin haha.

Lepas siap sarapan, kami pergi beli durian dekat kawan pakcik aku, memang cakap siap2 suruh simpan untuk kami.

Aku bukan hantu durian tapi saja join the hype cari durian di awal musim

Dah beli dekat sini aku meneruskan perjalanan ke Lenggong, nak jumpa kawan. Dah jumpa kami decide nak cari durian jugak haha. Yang beli dekat Sauk tu Mak aku dah bawak balik, pusingan yang ni kami decide nak pergi makan dekat rumah kawan aku.

Kami beli dekat traffic light MRSM Lenggong (sekolah lama aku). RM16 sekilo. Mahal la sebab baru 1st batch yang luruh. Tapi beli jugak, 3 biji RM50 gitu. Isi semua elok sebab owner bukak sikit nak tengok isi dalam, kalau busuk dia tukar bagi buah lain.

Nyumm. Makan dekat pondok depan rumah kawan aku dengan parents dia sekali. Habis 2 biji je

Suami aku pergi cerita dekat Mama aku pergi makan durian, then Mama call aku tanya haha serba salah den pergi makan tak bawak dia haha. Nanti la carikan untuk Mama pulak.

Dah makan durian, dah solat Zohor, dah makan tengah hari dekat rumah kawan aku (buat macam rumah sendiri kau ek?), kami decide nak pergi ngopi dekat Sumpitan Glamping. Korang boleh search IG dia. Tempat dia cantik, kopi dia sedap! Tapi time tu kami tak boleh nak turun ke sungai sebab ada event. Sedih. Tapi aku dah bertindak pantas dengan terus book 1 khemah untuk masa hadapan haha tak sabar nak tunggu our glamping date 😉




Nak book boleh ambil no whatsapp dekat IG dia. Sampai September ni dah fully booked haha


Sebab kempunan tak dapat celup kaki dalam sungai, aku pun ajak kawan aku pergi Lata Felda Lawin Selatan, 20min dari Sumpitan Glamping. Kawasan perkelahan dalam felda, menarik! Tempat bersih, air jernih, kawasan parking luas, ada campsite,  ada disediakan surau, toilets dan changing rooms. 1 kereta masuk kena bayar RM3 and kalau nak sewa pondok RM15 tak silap tapi kami tak sewa pun pondok sebab bukan nak lama and tak mandi pun, celup kaki je 😞



Banyak rupanya tarikan dekat Lenggong sekarang. Dulu aku belajar sana 5 tahun hidup aku sampai pekan Lenggong je la haha. Pekan Lenggong sekarang pun dah maju, dah ada Econsave, Tealive, Watsons! Wahh I'm impressed. Will explore Lenggong more next time, siap ambil peta Lenggong. Lol

6 comments:

  1. Siap suruh tauke simpan durain tu... mesti kabel besar ni...

    ReplyDelete
  2. Wahhh..menarik.. suami aku dah lama ajak berjalan pi lenggong. Tapi duk fikir ape yg ade kat sana tuuu 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha sila datang. dah banyak tempat menarik. pergi pejabat majlis daerah lenggong and ambil pamplet tarikan di lenggong. U'll be impressed hehe.

      Delete
  3. Okey..sis is jeles tgok dia makan Durian....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe dekat sana tak banyak lagi ke? pergi area bentong kak :D

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!