10/6/2022
6.30pm - Suami called aku sembang2, teman dia balik dari office, jalan jem menuju ke Ipoh katanya. Kami plan nak makan dekat Gate Cafe, Kuale time on the way balik ke rumah Mak nanti. Tak sabar! Lapar! Haha. Kami pun ada cakap yang tak sabar nak makan kambing bakar esok sebab ada kenduri akikah anak sepupu aku dekat kampung.
Tetiba Suami cakap Abah called. Beberapa minit kemudian Suami called balik bagitau yang Mak Lang (Husband's Aunt) baru meninggal.
Maka kenalah tukar plan, instead balik Kuale, kami akan ke Pendang Kedah to pay a last respect to arwah Mak Lang. Takde rezeki nak makan kambing bakar.
8.30pm - Kami gerak ke Ayer Tawar, rumah mertua.
10.30pm - Kami sampai di rumah Mama. Ikutkan Suami nak balik terus tapi Mama cakap tidur dulu, rehat, gerak lambat sikit sebab Mak Lang akan disimpan jam 10pagi esoknya.
Aku dengan Suami tertidur depan TV je.
11/6/2022
3.30am - Bangun bersiap
4.00am - Bertolak ke Pendang lalu Pantai Remis dan masuk tol Changkat Jering. Suami drive.
6.00am - Singgah solat di Petronas Juru. Aku ambil alih drive, Suami pulak nak tidur.
7.00am - Alhamdulillah sampai kampung Suami di Padang Pusing, Pendang, Kedah. Sampai2 terus makan depan rumah Mak Lang. Alhamdulillah ada kedai makan, kedai sedara Mama jugak.
9.00am - Jenazah mula disiap-siapkan. Time mandi aku masuk tengok, niat nak belajar. Risau jugak generasi akan datang takde siapa tahu nak mandikan jenazah. Suami pesan, diam dan tengok je.
Tengok proses mandikan jenazah memang amat menginsafkan. Rasa kerdil sangat diri ni, nak gerakkan jari pun tak boleh, semua orang yang akan buatkan. 1st time aku tengok mandi jenazah depan2, time arwah Pah Mummy pergi, orang masjid panggil family bila dah siap je, tinggal nak jirus sebagai penghormatan terakhir.
Anak sulung Mak Lang cerita yang di akhir hayat Mak Lang, dia memang akan kendong 1 beg ni ke mana je dia pergi. Sampai anak dia tegur, apa berat sangat beg ni. Bila dia dah meninggal baru anak-anak bukak beg tu and baru tahu dalam beg tu dah siap kelengkapan menguruskan jenazah. Allahu. Mak Lang macam dah ready je.
Al- Fatihah |
Mak Lang selamat dikebumikan jam 11pagi. Rezeki Mak Lang meninggal hari Jumaat. Time ni panas terik tapi kawasan kubur redup je, macam ada awan tutup, ada angin sepoi2 bahasa.
3.00pm - Kami bergerak pulang. Sempat singgah makan di Barokah Bihun Sup.
Sedap tapi ni bukan bihun sup Utaqha. Takde sambal merah. Sad. Bihun Sup Kak Mah Daging Segenggam tetap di hati. |
5.00pm - Kami sampai Seberang Jaya, nak singgah rumah Makcik. Sebelum tu sempat singgah Lotus Seberang Jaya cari Kunafa. Teringin nak rasa. Siap beli candy Turki lagi. Sedapp, boleh repeat, tak manis sangat seperti yang dijangka. Korang boleh try, stall dia dekat area food court je.
6.30pm - Kami gerak pulang ke Ayer Tawar. Aku drive, hujan lebat yakmat.
8.30pm - Sampai di Masjid Trong berhenti untuk solat.
9.30pm - Singgah makan malam di Restoran Rasa Razak, Pantai Remis. Kami makan Seafood Platter je. Boleh la. Spoil sos dia je, dia bagi sos biasa. Kalau dapat sos celop tepung Terengganu memang surrr.
10.30pm - Alhamdulillah sampai rumah. Aku ngantuk gila dah waktu ni. Sampai terus mandi, terus tidur.
12/6/2022
11.30am - Brunch dekat kedai Mama. Mama masak ayam masak merah, nasi goreng dengan sup sayur. Nyummm.
12.00pm - Kami gerak ke Ipoh, Suami ada task jadi referee rugby.
2.00pm - Sampai di padang. Aku gerak ke Aeon nak lepak. Malas tunggu kat padang berpanas, kalau dia main baru aku teman.
Lepak di Coffee Bean pekena Ice Blended Double Choc + Bagel Jalapeno Cheese. Sedap gila. |
5.30pm - Aku gerak ke padang nak pick up Suami
6.30pm - gerak balik rumah. Drive thru McD, Suami nak burger. Sampai je rumah basuh kain etc. Time nak tidur Suami ngigau, tetiba sebut 'Ayaq Nyoq' hahahha aku pun melayan la sampai dia berdengkur balik. Penat sangat lettuww.
Bangun pagi tadi ejek dia buat2 blur pulak haha.
Salam takziah nadia n family
ReplyDeleteThank you Jaja :)
DeleteSalam takziah.. arwah Mak Lang dah siapkan beg kelengkapan ye :'(
ReplyDeleteThank you. Tu la, dia dah macam tau2 je, prepare siap2 :(
DeleteDari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali....
ReplyDeleteIndeed :')
DeleteSalam takziah Nadia...
ReplyDeleteThank You Kak SA
Delete