”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

6/28/2022

Kuala Sepetang | Penang

25 Jun 2022

Pagi tu aku lepak dengan Suami dekat dangau belakang rumah Mak sambil makan rambutan, Suami bakar sampah dan kami bersembang. Dah sejam kat situ, pacat pun dah berjaya hisap darah dekat luka kaki Laki aku, Mak ajak pergi lunch ke Kuala Sepetang makan shell out. Ajommm.

4/5. Ni untuk sorang makan tapi kami makan berlima haha. Tambah lagi 2 nasi putih. Merepek apa nak makan sorang banyak ni. RM35. Semua binatang freshh! Sedappp sebab fresh. Kuah dia okay la berasa, aku pernah makan yang lagi sedap.

4/5. Bagi aku sedap tapi cousin aku cakap Mak Jah lagi sedap. Kedai ni nama Kak Long Seafood Kuala Sepetang, atas sikit je dari kedah Mak Jah Mee Udang. Aku tak pernah try Mak Jah punya Mee Udang.

Dah habis makan kat sini, pergi solat bagai then singgah pulak ke Pasar Sabtu Changkat Jering haha. That's why tadi makan sikit sebab nak sambung melantak satay, laksa dan pecal dekat sini. Nyummm.

26 Jun 2022

Pagi ni aku dengan Suami ke Penang. Mula Mak Ayah nak ikut then tak jadi. Destinasi pertama kami ke Design Village, nak cari kasut running Husband, hadiah hari jadi dia dari aku yang dia cintai 😚 hahaha . Pusing punya pusing takde yang dia berkenan. Laki aku bab kasut memang serewet.

Tak jumpa yang dicari kami pergi lunch dulu. Ingat nak pekena Nasi Kandaq Kg. Melayu sekali nak tutup daa. Time tu dah 130pm, kedai tu tutup 200pm. Sedih takde rezeki. So kami try Nasi Kandar Ali IPD Corner. Dia bukak stall depan shoplot je and meja kerusi susun dekat kaki lima shoplot. 

Ayam besar, padu, rangup dan surrr. RM14. 4/5 - kuah sedap tapi cair sikit. Yang penting tak beratur lama. Tapi panas la, berpeluh makan, ayam baru lepas goreng pulakk tuu. 

Dah selesai makan kitorang menuju ke Gurney Plaza, Suami nak ke butik Asics


Akhirnya jumpa kasut idaman dia. Alhamdulillah tak payah pusing mall lain haha. Dengan aku sekali terjebak. Ceitttt. Ok la, kasut lama pun dah haus tapaknya, beli 2 tahun lepas, dah boleh pencen hehe *justified*.

Ok selesai hadiah birthday dia *Hadiah birthday aku belum dituntut (friendly reminder)* haha. Aku memang suka beli terus macam ni, takde nak suprise2, koserr. Karang tak ikut taste la apa la (Suamiku cerewet) haha. Then kami pusing mall kejap sebelum ke hotel.

Sedappp. 5/5. Tiger Sugar signature drink. Nama ada Milo, nama penuh tak ingat haha

Kami checked-in Masson Hotel Butterworth. Hotel 3 bintang, dekat shoplot bebetul seberang Sunway Carnival Mall, Penang *Mall yang tengah viral tapi Adik aku cakap banyak shoplot yang tak bukak lagi*, memang boleh jalan kaki je. Selesa hotel tu untuk 3 bintang. Malas nak ambil hotel mahal sebab nak tidur je, bukan niat nak bercuti pun. Esoknya pagi2 dah nak check-out. RM140 lebih kurang untuk 1 malam.

Korang kalau cari hotel bajet boleh la try hotel ni. Bilik selesa, bersih, paling penting air laju ibarat pakai water pump 2 horse power haha. Turun je ada kedai makan, bank 7E. Cons: Iron dekat luar (guna sama), parking kongsi dengan orang awam (bayar ke Majlis), kalau parking bawah pokok habis kereta kena taik burung *death stare to birds*

Malam tu kami ke AEON Bukit Mertajam nak tengok Mat Kilauuuuu Kebangkitan Pahlawan. Jauh rupanya AEON BM dari hotel tu, campur traffic dalam 30mins. Hadoii layan je la. Mall yang depan mata tiket semua dah habis.


Best cerita ni. 4/5. Bagi aku 1st half biasa je, start 2nd half memang rasa nak berdiri nak join jadi pendekar haha. Memang boleh menaikkan semangat patriotik. Syabas SY! Pelakon2 dia pun mantap. My fav of course Beto and Adi Putra. Paling slack Johan As'ari haha, expressions muka dia fake gila, macam nak mintak penyepak haha. Watak paling dibenci adalah Toga, ee rasa nak tikam berkali kali haha *emo*. Go and watch pipol, worth it!

12 comments:

  1. Eh..kita pun tengok la Mat Kilau. GSC IOI City Mall full house. Dari budak umur 5 tahun sampai pakcik and makcik umur 70 tahun..bertongkat dan berkerusi roda. Semangatttt...
    Emo sikit pasal Toga tu..sampai terkutuk laki sendiri..(well husband teman orang Indon..hehehehehe)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, semalam pun ada tengok dekat tiktok orang bawak atok dia. Comel jee.

      Eee annoyingkan toga. puas dia mati! haha

      Delete
  2. OK, uncle pun nak tengok mat kilau juga lah... Klau aunty taya kenapa berminat nak tengok? Uncle cakap Nad rekomen...

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergi Uncle. Mana tau lepas ni Uncle bertanjak je pulak. Kot2 nanti auntie ajak repeat! Haha

      Delete
  3. Teringin nak tengok Mat Kilau tapi, mengenangkan ade baby 8bulan ni, ku pendam je keinginan. Kang nnt mami pulak yg bersilat kat dalam panggung tu 🤣🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha tunggu keluar dekat Astro First la gitu

      Delete
  4. Anonymous6/29/2022

    disebabkan masa kecil suka tengok drama pendekar2 kat tv rtm. and bagi akak ia mengimbau kenangan drama2 tersebut.memang betul best filem Mat Kilau. gandingan pelakon pelakon pendekar yang mantap.
    malam tadi baru repeat yg kedua kali selepas kali yang pertama 3 hari lepas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah dah repeat kali kedua, memang minat betul tu :) jarang genre cerita macam ni keluar, sekali keluar memang syok layan sebab jalan cerita pun paduu.

      Delete
  5. Bilik selesa, bersih, paling penting air laju ibarat pakai water pump 2 horse power <-- ini memang penting. Okay masuk dalam list.. bhahahhaa.. uit.. kasut biru tu lawwooo..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha try la. but dont expect more, untuk tidur semata memang boleh sangat. haha lawa kann? tapi amek patern lain :'D

      Delete
  6. Masuk sini pagi2 dah kecur air liur...best la rumah kampung dekat Kuala Sepetang, sure tiap kali balik memang makan mee udang ( stare jealousy to Nadia Beron)bestnyaaaa.....dah la kita takde selera makan skrg ni....sedihhhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. dekat pun jarang pergi kak. Meh la datang sini kot boleh kembalikan selera :D

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!