Degup jantungku berdebar terasa indahnya dunia ini kita yang punya *ni lirik lagu yang aku terdengar time type entri ni haha sedap jugak lagunya.
Lama betul tak dengar word passport, rasa dah terputus hubungan, rasa akan awkward kalau bertemu kembali haha. Mana entah aku letak passport aku yang dah expired lebih setahun tu.
Aku kena renew paspport sebab ada urusan kerja di negara luar. Nak ke mana tuuu? Tungguuu hahaha.
I was told by Twitter (kawan kau ke tu? haha) yang sekarang renew passport kena buat online unless untuk certain kes macam untuk dapatkan pengurangan bayaran (warga emas, students, OKU, pergi haji). And tak applicable jugak kepada passport yang dah rosak.
Aku dengan yakinnya renew online tanpa tahu khabar passport lama aku. Sekali dah kena gigit tikus ha nayaa pak karim hahaha.
Renew guna link ni. Baca elok2 na syarat2 dia sebelum proceed sebab once dah buat payment, no refund.
8 Julai 2022 - Aku pergi ambil gambar. Lama gila dah aku tak pergi studio ambil gambar, last was on 2010 kot haha. Terkejut la aku bila mintak soft copy je dia caj RM17. Bapak mahallll. Dulu tak silap aku RM8 siap dapat printed gambar lagi. Dunia apa yang aku duduk ni? *pack barang nak pindah Mars.
Cakap je dekat orang kedai nak ambil gambar untuk renew passport, dorang dah tau dah nak ambil macam mana. Pastikan pakai baju and tudung gelap ye.
Balik je dapat gambar aku terus renew paspport online. Aku pilih lokasi pick up dekat UTC Perak sebab dekat dengan office aku.
Punyalah payah nak upload gambar dalam tu. Seteghess makkk. Berpuluh kali adjust baru boleh. Korang try and error je la sampai berjaya. Sambil tu zikir2 sikit semoga dipermudahkan hehe. After several attempts, Alhamdulillah berjaya.
Aku pun buat bayaran dan tunggu e-mel kutipan.
12 Julai 2022 - Aku dapat e-mel suruh collect. Aku terus ke lokasi yang aku dah pilih time mohon online tu. Sampai2 je mashaAllah ramainya manusia. Korang nak ke mana tu oi? Kaya la negara tahun ni haha.
But worry not, yang buat online and datang untuk kutip je ada lane khas. Tak lama pun menunggu, dalam 15 minit. Kena bawa resit, IC, passport lama. Ambil nombor, tunggu nama dipanggil, then sign, thumb print, siap la. Mudah la jugak. Tapi dengar cerita kalau kat KL nak ambil sahaja pun makan berjam. So meh la ambil kat Perak boleh terus pergi jalan2 haha.
nak gi studi sistem bas kat indonesia ke?
ReplyDeletehaha tu dah buat sebelum pandemik
Delete