25 - 27 July hari tu aku ke Cairo atas urusan kerja. Jadual memang packed gila, sepatutnya pergi sampai 29hb tapi disebabkan hal yang tak dapat dielakkan, terpaksa balik 27hb. Mereng rasanya otak sebab baru nak tune dengan masa kat sana, dah berubah balik masa. Beza waktu Malaysia dengan Cairo adalah 6 jam.
Flight aku pukul 2.45am, 25 July, tapi aku dah pergi KL 22 July sebab Suami aku ada game rugby on Saturday and saja nak spent masa together sebelum kena tinggal. Beli jiwaaa beb haha walaupun kejap je perginya pun adoi.
Naik flight Qatar Airways. Lama uii tak pergi airport, rindu betul suasana tu. Husband aku hantar sampai KLIA. Lepas kahwin ni 1st time tinggal dia jauh. Lain macam betul perasaanya, rasa berat je, rupanya dia pun rasa yang sama. Anyonyo. Haha.
Aku transit dekat Doha. Sampai Doha 5am lebih. Wah macam kejap je kan? Ok sila tambah 6 jam hahaha. Dah la naik ekonomi, sakit sendi2 aku. Nasib boleh lena. Makanan atas flight pun sedap, movie2 pun menarik tapi aku tidur lebih dari tengok movie haha.
Terkejut aku 5 pagi dah terang macam ni. Sekarang musim summer so siang panjang. Masuk Subuh pukul 3 pagi 😆 |
Desert |
Ok sambung bebel. Memang kelam kabut betul hidup time tu, dengan kepala tak betul, sampai je terus kena pergi site visit.
Majoriti rumah dekat sini semua strata, memang susah nak jumpa rumah landed. And majoriti memang ni keadaannya nampak kusam sebab dorang selalu kena ribut pasir. |
Pemandangan dari bilik aku |
Matahari atas kepala ye. Terik nak mampus. 36°c - 38°c |
Malam tu aku ada formal dinner pukul 8pm aka pukul 2am waktu Malaysia. Mana tak biol wehhh hahaha. Ada orang tanya aku okay ke tak maybe sebab muka aku koyak gila time tu. Aku cakap je tak, I need my sleep. Gitu sleeping beauty punya perangai haha.
Ceritanya tak panjang pun tapi aku malas pulak nak sambung. Till then! Haha
Patut la lama hilaaaannggggg...!
ReplyDeletehaha pergi nya tak lama, paperworks banyak tu yang lama hilang.
DeleteDone baca..
ReplyDeletehehe tq for spending your precious time here
Deletenadia, lamanya tak komen blog nadia ni...okay, nak baca mana yang tertinggal. this post will be the first pot i will comment!!
ReplyDeletewahhh..gi cairo, mesti best tapi tak best sbb sekejap, kepala mesti tingtong sebab jetlag terukkk
haha pergi negara lain memang best tapi betulll pergi kejap sangat tintong jadinya. yela pergi sebab kerja kan, melawat ni yang mana sempat selit je dah alang2 ke sana.
Delete