”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

8/10/2022

Makan makan di Penang, again

Di satu Ahad yang memenatkan, bagi mengelakkan jet lagged yang berterusan, aku decide nak ke Penang, jalan2 buang masa haha. Penang dengan rumah aku tak jauh mana, less than 2 hours, tu kejenya ke Penang je tu. Tau sesak tetap nak pergi haha.

1st stop adalah kedai makan milik family kawan aku. Pak Mid Cafe terletak depan Hotel Hard Rock Penang. 1st time try, aku order asam laksa. Not bad!


Sebenarnya memang takde tujuan pun ke Penang hari tu, randomly googled at that moment. Then rasa nak pergi Penang Street Art. Panas weh tapi tetap gigih ye nak merasa. Dah berapa kali ke Penang, 1st time nak merasa ke sini.


Bookmark untuk diri sendiri. Love it! RM5 tak silap

Menarik jugak sini, ada barang2 rare. Harga standard untuk tourist la, ada yang murah ada yang pricey. Boleh la nak layan, kalau redup lagi layan kot. Banyak port bergambar, instagramable! 

Then teringin pulak nak makan aiskrim. Dah lama teringin tapi la baru rajin nak jelajah.

Sedapppp aiskrim dia, lawa pulak tu. Urban Artisan. Worth it! RM12 kot tak silap. Sea salt + Caramel. Puas hati makan, tak manis sangat, boleh repeat *bab gemokkan diri lajuuu haha*

Walaupun dah kenyang, tetap meneruskan perjalanan ke Kapitan nak pekena Nasi Milani dan Nan Cheese. Apa benda la hidup kau asyik makan je. Gemok bising *sigh*. Banyak penyakit nanti baru tau. Ayohhh bersenammm! *Tberr haha.

Tak mengecewakan

Tak pernah mengecewakan. Pergi yang Chulia Street sedap, hari tu makan Kapitan QB tak berapa sangat

Time aku pergi tu ada robot penghantar makanan dekat Kapitan tu. Lawak gila robot tu oi hahaha. Kalau jalan dia terhalang dia cakap 'sila beri laluan, saya sedang bertugas, jangan menganggu laluan saya' hahahha berdekah aku dengar suara dia, dengan ayat skema dia, rasa nak tolak je bagi jatuh dalam longkang haha.

Dah kenyang, dalam pukul 4.30pm bertolak balik. Haha sesimple tu je hidup kau? On the way balik jem pulak, terpaksa lalu jalan lama yang turut jem tapi dah waze suggest, kita ikut je. Sampai rumah around 9pm, sebelum tu sempat ke Gate Cafe Kuala Kangsar untuk dinner pulak. Kau tak reti kenyang ehh? Bela saka ke apa haha. 

6 comments:

  1. makan dulu, exercise kemudian haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kemudian tu yang tak kunjung tiba >< haha

      Delete
  2. Robot cakap melayu? Wah!

    ReplyDelete
  3. datang Penang tak roger. roger la skli skale kot2 boleh jumpa..hahahah! IQ dah duk Penang tapi baru je la laginya. tak jalan2 sangat lagi sebab cuti sehari seminggu jer. sobs

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh IQ dah kt penang ke? Pulau la ye? Ok nnt boleh roger. Last tau IQ dekat ganu hoho

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!