Ya Allah lamanya aku tak bukak blog. Banyak sangat benda nak cerita, nak share tapi hidup sekarang cacamarba sikit dengan kerja. Too many workloads buat aku takde nafsu nak bercerita tentang hal peribadi haha. Nak log in baca cerita kawan2 pun tak sempat. But this shall pass.
Nanti aku cari masa luang cerita pasal trips aku ke sana sini lately. Ni curi masa sikit sebab otak aku tengah jammed buat paperworks. Dah 4 minggu hidup aku diselubungi paperworks non stop. Ada yang mintak pukul 5pm, nak pukul 10am esoknya. Wallaaaa. Terpaksa la aku stay back dekat office padahal aku dah angkat handbeg nak balik dah time tu.
As for now, ada 2 paperworks yang aku pending, pending otak nak start macam mana haha. With non stop meetings some more. Dah meeting pagi petang, bila aku nak buat kerja lain? Haha. Bukan merungut, syukur ada kerja takde la rasa makan gaji buta. Tapi selalunya kerja aku semua under control, sekarang out of control sikit sebab 3-4 kerja major datang serentak. Sungguh nak menguji kebijaksanaan aku haha.
Semoga semuanya baik-baik saja untuk kita semua.
Siapa2 nak nak suruh siap cepat tu tengking je sikit... (hehehe)
ReplyDeletebig boss. nak tengking boleh tapi esok dapat surat tukar hahaha
Deletesemoga semuanya baik-baik sahaja. Amiin
ReplyDeleteAmeen. Tq IQ hehe
ReplyDelete