Hari tu aku ikut Suami pergi meeting dekat Kuantan. Mertua ikut sekali. Aku yang suruh Suami ajak sebab Suami anak tunggal, kalau bukan kitorang yang bawak, siapa lagi kan? Mama risau nak ikut sebab risau ganggu kami. Lah mengganggu apanya? Tapi Suami tak cerita aku yang suruh ajak sebab dia yang nak jadi anak soleh kononya idea dia haha podaaaa. Haha. Memula Abah taknak ikut tapi selepas aku hasut dengan bakal hidangan makanan yang menyelerakan, terus dia setuju nak pergi haha.
Kami gerak dalam pukul 9am dari Ayer Tawar (rumah mertua). Singgah makan pagi di Bota dan meneruskan perjalanan ke Temerloh melalui Gombak.
Singgah Temerloh untuk lunch |
Konsep Ikea |
Gobang Maju ni antara kedai patin tempoyak yang popular tapi time kami pergi menghampakann ye. Tempoyak tak rasa apa, tak kick langsung. Hoho.
Maka kami meneruskan perjalanan ke Hotel Swiss Bell, Kuantan. 3rd times we're here. Sekali pergi dengan family, 2x sebab kerja. 1st experience was worst tapi dah 3x pagi, ok la. Dia dekat Tanjung Lumpur bukan dekat pekan, so less crowded but near to the town.
Sampai je hujan. Hujan itu rahmat. Alhamdulillah. Pemandangan dari bilik. |
Kami sampai dalam pukul 5pm. Checked in and rehat kejap then aku bawak Mertua pergi makan Maggi Telur Sotong Pantai Sepat. Port wajib setiap kali pergi Kuantan. Suami tak ikut sebab dia nak prep untuk mesyuarat malam tu tapi sempat pesan bungkus untuk dia. Mama geleng kepala je dengan perangai anak dia sebab bukannya dekat hotel tak sediakan makanan haha.
Dekat pukul 8pm balik ke hotel tapi singgah kedai gunting rambut, Abah nak gunting rambut. Aku cakap 'Abah, boleh la berlagak dengan kawan-kawan nanti kalau dorang tanya buat apa pergi Kuantan? Abah jawab je, takde apa saja nak gunting rambut' Hahaha mengekek Abah gelak dengan cadangan bernas menantu hantu dia haha.
Dah balik tu aku prep diri nak tidur. Entah pukul berapa Suami balik bilik. Esoknya pergi breakfast dekat hotel je and Suami teruskan dengan meeting. Aku balik bilik, kemas beg semua nak check out dah. Memang semalam je dekat sana. Takde niat nak extend sebab selalu dah ke sana haha.
Bangun pagi dengan pemandangan ni. Subhanallah |
Menara Kuantan. |
Sebelum balik kami singgah lunch di Jaman Tori, port wajib singgah jugak. Kali ni lunch dengan officemates husband. Dah kenyang kami gerak ke KL, Suami nak ke Decathlon cari baju kerja. Apa ke peliknya dia ni cari baju kerja dekat kedai sukan haha.
Memula kami ke Decathlon KL East Mall tapi takde yang dicari. Aku je sempat beli watershoes (to more water activities), sports bra and panties hehe. Then kami ke Decathlon Damansara pulak. Jumpa pun baju yang Husband cari. Baju hiking sebenarnya tapi bentuk kemeja yang boleh pakai pergi kerja. Sedap kain dia, murah pun murah. RM49 kot. Kat sini aku selitkan jugak hat untuk aku haha.
Dah jumpa barang yang dicari kami pun pulang tapi sempat singgah dinner di Warung Che Bunga, Sg. Buloh hasil dari men google. Alhamdulillah sedap-sedap makanan dia. Boleh singgah lagi nanti. Tak jauh dari exit tol.
Hari Sabtu Husband aku bawak ke pekan Ayer Tawar nak beli pakaian berkebun haha. Dia cakap kayangan sangat nak pakai selipar Crocs pergi membaja sawit haha. Aku tak pernah beli baju dekat kedai shop lot selain dari dekat mall. Bukan nak riak sebab dekat Mall pun beli yang ada sale haha. Tapi tu la, best jugak eh shopping dekat kedai macam kedai Pasarayaku, Hari-hari, Sakan ni haha.
Cheaper untuk pakai berkebun, baju pun jenis kain sejukk. Aku beli kasut phuachukang color hijau. Haha loveee. Suami gelak je tengok aku pakai kasut tu. Haha. Beli track suit, beli tudung, beli tshirt haha. Sepersalinan aku beli. Esoknya kena kerah tenaga membaja 200 pokok sawit Mama. Enjoy la buat benda yang jarang dapat buat, cuaca sejuk pulak time tu. Alhamdulillah.
Kasut Crocs baja sawit?
ReplyDeleteGila ahh....
haha tak tak. pakai kasut pua chu kang
DeleteKami nak gi Kuantan ahad sok. Boleh la jadikan rujukan tempat makan tu. Hihihi
ReplyDeleteWarung che bunga tu kalau siang, tak pernah tak ramai..kedai sentiasa penuh. Tapi makanan dia memang sedap² semua kan.
Okay nanti counter review k? haha. aah sedap2, memang my fav semua makanan2 dia hehe
Deletetrip and makan berpisah tiada.hehe
ReplyDeletehehe tepat sekali!
Delete