”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

9/21/2022

Pengalaman pakai braces

Aku dah lama rasa nak pakai braces sebab gigi aku tak elok sangat walaupun tak kritikal, saja gatei orang cakap haha. Lepas aku pakai braces ramai orang tanya kenapa aku pakai sebab dorang tak nampak pun apa masalahnya gigi aku. Itulah kawan2, kadang2 tak semua masalah kita perlu bagitau dekat orang hahaha.

Aku cakap dekat Husband, memula dia tak approved, then tetiba dia approved! Yeayy. Haha. Dia cakap dia mimpi aku pakai braces, comel katanya. Eh eh kau ni, aku macam mana pun memang comel hahahah. 

Sebelum dia tarik balik kebenaran tu, aku cepat2 survey sana sini, tak banyak pun klinik yang aku survey, 2 je haha. Malas aku nak survey banyak2 haha.

Pemilihan Klinik dan Kos

1 Dentabay dekat Ipoh, lagi 1 LS dekat Sg Siput. Dua2 klinik baru and nama dah established sebab banyak cawangan dekat tempat lain. 

Dentabay punya pakej RM4.5k ++ tak termasuk xray dan retainer.

LS RM3.5k termasuk xray dan retainer.

Of course la pilih yang cheaper kan walaupun bayaran bulanan LS tinggi lagi tapi cepat la habis bayarnya. 

LS 4 appointments pertama kena bayar RM500/ each and  each following check-up RM200 sampai la habis bayar RM3.5k tu.

Dentabay pulak deposit semua dalam RM250 je, bulan2 RM165 tak silap.

Tapi total up, lagi untung LS.

Consultation

1st appointment aku pergi consultation je, free. Aku buat scaling sekali time tu, RM50. Dr dia perempuan India, cantik Dr nya, macam pelakon tamil haha berdasarkan mata je la sebab dia pakai mask. Tapi bagi aku cara dia scaling kasar sikit. 20% more kasar dari dentist yang aku pernah pergi sebelum ni. Yang sebelum ni aku pergi tak sakit langsung time scaling, ngilu je. Benci gila rasa ngilu, better sakit than ngilu huhu. 

X-ray Gigi

Then Dr suruh buat xray gigi dekat LS Station 18 sebab situ je ada mesin xray gigi. Aku pun pergi buat. Kejap je buat benda tu, dah mintak LS Sg Siput set kan appointement siap2. Then dorang yang akan e-melkan film ke LS Sg Siput.

Acuan Gigi

Then aku set next appointment untuk buat acuan gigi. Tak sakit pun. Dr masukkan macam plastesin yang mint dalam mulut, tunggu dia keras then keluarkan, siap! Dr cakap gigi bawah aku maybe ada yang kena cabut sebab penuh sangat. Patutla selama ni laju je aku makan, ada support sytem yang memberangsangkan rupanya haha. Cabut gigi, tampal gigi lain kos. Time ni bayar RM500.

Pasang Braces (Gigi Atas)

Next appointment adalah pasang braces! Haha. Kawan tanya nervous ke tak, aku cakap tak sebab aku memang tak takut dentist dari kecik. Hehe.

Untuk 1st ni Dr pasangkan atas dulu sebab dia takut aku tak boleh bear the pain kalau pasang atas bawah sekali. Aku pun okay je. Pasang dia tak lama pun, less than 30minutes and tak sakit langsung. Dr cakap ada nak tampal gigi aku sikit tapi dia tak caj pun. Still bayar RM500 je time ni. Aku pilih getah warna kelabu, 1st timer tak boleh nak kebabom sangat warnanya. Tunggu next kita amek shocking pink diselangi hijau florescent haha. Kalau ada glow in the dark lagi ngammm! Hahaha

Sakit ke tak?

Orang cakap akan sakit lepas 3-4 jam tapi sumpah aku tak sakit. Tegang tu rasa la tapi nak kata sakit sampai tak boleh makan tu tak. Kawan aku pasang braces dia punya sakit sampai dia kurus la sebab berbulan makan sup and susu je haha. Aku inginkan begitu tapi nampaknya aku boleh makan macam biasa, balak pun aku boleh gigit haha. So punahlah la nampaknya harapan nak kurus haha. 

Sebab aku pasang atas je kot so tak rasa lagi sakitnya. Tak selesa tu yes. Memula aku suka rasa dia, rasa tegang or tarik gigi tu. Tak tahu kenapa aku suka, rasa macam relief. Makin lama rasa tu makin hilang, aku kecewa. Haha. Ke Dr tu salah pasang? Bahahaha.

Pemakanan dan penjagaan lepas pasang

Nak makan susah sikit la, kuasa mengigit tu dah menurun. Tapi kawan aku cakap, lama-lama boleh makan macam biasa. Aku macam nak ke arah tu dah ni haha.

Paling leceh makanan suka tersekat dekat besi2 tu. Sekarang pergi mana memang bawak floss gigi and kalau kat rumah/office, lepas je makan terus kumur guna listerine and floss gigi. Bagus jugak, bersih gigi haha. Selama ni gosok gigi pagi and sebelum tidur je, and listerine lepas makan heavy. Ni kadang2 makan keropok pun kena cuci gigi hihi.

Dr cakap elak makan makanan keras, takut tercabut agaknya. Setakat ni aku try la, mana yang aku mampu nak gigit aku bedal je kacang semua, mana yang aku tak mampu aku let it go. And makan sekarang aku banyak potong kecik2 supaya senang kunyah hihi.

Next appointement aku 2 Okt untuk pasang bawah pulak. Nanti aku sambung journey aku pakai braces. Nak tunjuk gigi malu, nanti gigi dah cantik macam Fazura aku tayang eh haha. 

12 comments:

  1. Mahalnya!

    Pakai la yang bling2 tu... macam artis rapper....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada ye bling2? Woahh. Nanti nak tanya Doktor haha

      Delete
  2. Dania ada mintak pakai braces...kalau mama eh gaji 15k Sebulan bleh la nak request macam2 kan...ni kereta dia pun amik masa 12 bulan baru dapat...paling cepat 8 bulan...apoooo.....yihhh..dah kerja nanti ko nak pakai apa pakai la...itu je yg SA jawab..bukan apa tau...kita tgh debar nak daftar dia sambung belajar ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi sama la, dulu Mak memang tak layan. sekarang ada duit sendiri baru merasa. Betul la cara SA tu, biar anak2 usaha sendiri untuk benda yang bukan keperluan semasa hehe.

      Delete
  3. sumpah salute dengan org yang pakai braces. sbb kena berani, kuat semangat tahan sakit, hadap kesusahan harian nak makan sehingga la dah biasa, pastu duit pun banyak nk spend. semoga dipermudahkan semua urusan dan dapat hasil yang diinginkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe ameen. Thank you for your kind words.

      Delete
  4. kawan- kawan opis akak kan..mana yang gemuk tu sibuk pakai braces..ada yang kurus dan ada yang makin gemuk adalah...hehehhe...Dania dah berzikir kat telinga akak nak pakai braces..memang la ada gigi dia berlapis...tapi tu la..maheiiii...x mampu temannnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe depends pada orang. memang ada orang pakai brace kurus sebab sakit gigi tak boleh makan. Saya elok je makan macam takde apa haha adoi hancus harapan nak kurus.

      Hehe suruh dia kumpul duit sikit2 kak sebab braces bayar bulan so tak rasa sangat.

      Delete
  5. doktor gigi pernah suruh teman pakai crown. Teman balas kata teman bukan queen nak bercrown-crown..rupa-rupanya untuk tak bagi gigi lain jadi jarang2 sbb salah satu gigi dalam susunan dah kena cabut...maluuu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi. Crown mahal kan? Buat crown gigi takkan cabut katanya. Tapi beli gigi palsu lagi murah rasanya haha.

      Delete
  6. mujur arwah mak & ayah jaga gigi kitorang masa kecik. sorang je adik yg pakai braces masa sekolah rendah sbb gigi dia berterabur ke depan ke belakang lepas accident dilanggar kereta. Tapi sebab dia budak jadi percuma je under goverment

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, gigi memang kena jaga dari kecik tapi ada yang memang semula jadi tak berapa elok, kena pakai braces jugak, bukan sebab tak jaga hihi.

      Under government memang percuma tapi memang utk special cases je kan.

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!