”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

10/21/2022

3rd weekend of October

Jumaat lepas balik rumah Mama, sampai pun dah pukul 11pm, Mama pun dah tidur, Abah je atas sejadah lagi. Sampai kitorang terus tidur je sebab dah Isya' siap-siap dekat rumah. 

Teluk Batik

Pagi esoknya nak ke Teluk Batik, family aku berkelah dekat sana. Gerak dari rumah Mama pun dah 10am lebih gitu. Sebab nak lunch dekat rumah pakcik aku, kami just beli nasi goreng kampung segera dekat 7e. Beli 1 je kongsi-kongsi, saja nak rasa. Suprisingly sedap oi nasi goreng tu. Sesak-sesak memang boleh makan. Tak ingat berapa RM sebab aku ni jarang tengok harga, pakai bayar je hoho.

Coffee Table by SSF

Sebelum ke Teluk Batik kami singgah SSF nak beli coffee table. Dah ada TV dekat rumah susah pulak takde coffee table nak letak jajan. Jumpa yang kami minat, clearance sale (kononnn) haha.

Simple and nice kan? Kopi Vietnam Saigon + Nutella tu sedap gila. Ketagihhh!

Then kami meneruskan perjalanan, singgah gerai tepi jalan beli kuih sikt dan rojak buah. Alhamdulillah hari tu tak ramai orang dekat Teluk Batik, parking pun banyak. Tak mandi pun, lepak je dekat kerusi yang disewa RM3. 

Aku and Husband bawa cousins kami naik boat. RM10 untuk dewasa, RM5 untuk kanak-kanak bawah 10 tahun. Tak jauh pun dia pergi, jadi laaa.


Nak cerita kalau takde rezeki tu memang takde, kuih dan rojak yang kami beli belum sempat makan ada orang majlis kutip masuk dalam tong sampah. Dia ingat sampah, kami letak atas kerusi. 😭

Dalam 2pm lebih gerak ke rumah pakcik aku di Manjung untuk lunch. Makcik aku masak rendang ayam, ikan rebus goreng, sambal bilis tempoyak dengan ulam-ulam. Memang A. Tapi tak tambah sebab nak sambung makan dekat kedai Mama haha. Lepas Asar kami gerak pulang pergi kedai Mama untuk dinner pulak hehe.

Berkebun

Pagi Ahad Suami ajak berkebun lepas Subuh tapi takdirnya hujan pagi tu so sambung tidur adalah pilihan yang lebih tepat haha. Dalam pukul 10am lebih baru gerak. Yela nak redah hujan pun buat apa kalau tak boleh buat apa kan?

Sebelum sampai kebun, sempat singgah rumah makcik aku makan durian. Rajin eh durian berbuah sekarang ni, macam sepanjang masa je ada. 


Rezeki. Makan la sampai puas


Then kami ke kebun kejap. Bukan berkebun sangat pun, nok kan suasano je hahaha.

Breathtaking, isn't?

Lepas solat and lunch dekat rumah makcik aku kami pun balik rumah Mama. Mandi semua then gerak ke kedai Mama untuk makan sebelum balik rumah haha. Seronok ek Mertua bukak kedai makan? Order jeee 😝 Oh sebelum tu sempat singgah Padang Koba dekat Kg Gajah nak tengok tempat Mat Kilau berlakon. Mehh takde apa hahaha

Bihun goreng telur mata goyang dengan paprik ayam kicap (Suami order). Tak faham la dah paprik nak suruh letak kicap pulak. Nak apa sebenarnya? Haha

Sampai rumah dalam pukul 9pm. Layan movie kejap then tidur. Sekian. 


4 comments:

  1. Soalan: Boleh tak coffee table tapi letak teh atas tu...?

    (Uncle masih tak boleh move on dengan wall paper tu... cantik!)

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tapi kena bayar royalti sikit haha

      hehe tu sebenarnya accent wall. boleh buat sendiri uncle. Saya tengok Husband buat macam senang je. sebab tengok je kan? memang sungguh senang HAHA

      Delete
  2. berkebun merupakan aktivti yang sangat bagus...sihat dapat dan hasil pun ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul. berbudi kepada tanah orang dulu2 cakap :D

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!