”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

11/01/2022

Before approaching November

Last weekend balik rumah Mak. Hari Jumaat tu sampai pun dah pukul 11pm sebab pergi dinner kedai tomyam depan rumah. Makan siakap 3 rasa, lama tak makan makanan thai. Siakap 3 rasa dia sedap tapi tomyum kureng sikit. 

Pagi Sabtu Mak masak nasi goreng dan lunch kari kepala ikan. Nyummm sedappp! Alhamdulillah. Petang tu aku dengan husband keluar ke pekan Kuale saja nak tengok suasana sempena larian Keputeraan Sultan Perak hari Ahad. Aku dengan Husband tak masuk pun sebab ada hal lain. InshaAllah tahun depan nak masuk. Murah and race kit dia padu kot! Tengok track larian pun saujana mata memandang sebab lalu tepi Sungai Perak, sawah. Memang rare!

Tapi dengar cerita tahun depan larian ni akan buat dekat Tepen pulak, adoi jauh la pulak, nak dekat Kuale! Tanah kelahiranku, baru bangga sikit! Haha.

Petang tu hujan, kami pusing Chandan and terjumpa 1 cafe tepi bukit dengan pemandangan yang cantik. Tapi sayang, pemandangan cantik dah tapi makanan mehhh.

Husband's. Boleh la. Aku makan sesudu je, ada rasa yang tak kena dengan tekak aku

Tapi pemandangan dia A. Time ni baru lepas hujan pulak, syahduuu

Masjid Ubudiah

Then kami saja ronda jalan track larian tu, amek raso orang cakap haha.

Istana. Time kami lalu Chandan, DYMM Sultan baru sampai.

Cantik kan my hometown? 💖😻

Esoknya Mak masak nasi lemak untuk breakfast. Dalam pukul 11am kami gerak ke Penang haha. 1st stop adalah Gurney Plaza  nak cari 'mainan'. Betul la cakap Mama, aku dengan Suami tak boleh dekat mesti ada je kerja mengabiskan duit haha. Suami aku pulak cakap 'Bagi le merasa, time kecik2 tak rasa'. Kecik2 nak rasa mende, 'mainan' tu pun baru wujud lately haha.

'Mainan' tu takde ready stock, kene pre-order, inshaAllah lagi 2 minggu sampai. Aku dah warning Husband, tak main siap dia! Haha. And dia dah cakap dia taknak bagi aku pinjam 😒 Lepas tu setiap 5 minit tanya aku bila 'mainan' dia nak sampai haha tampar tau la! Dah macam budak2 tak faham bahasa haha. 

Dah settle kat sana kami ke Ikea untuk lunch and nak beli span pinggan bentuk kuda yang dipesan Mak. Laki aku gelak je dengan perangai mertua dia, span pinggan sampai ke Ikea carinya. Aku beli 4 terus untuk Mak, ha guna la setahun haha.

And beli sikit barang rumah seperti jam di ruang tamu yang sunguh aesthetic kalau budak darjah 5 mesti tak pandai baca jam tu haha. And beli bunga plastik sebagai perhiasan atas coffee table. Beli macam tu RM 200 melayang. Haihh la nilai duit sekarang.

Lunch. Meatball 4/5. Lamb ribs 4/5. Salmon 3/5. Selama ni Suami buat muka loya time aku makan meatball dengan jem tu sekali dia cubaaaa baru kau tau sedappp haha.

Lepas ke Ikea kami ke Sunway Carnival Mall Penang pulak. Mall ni dekat mainland. Best rupanya mall ni, 1st time masuk. Macam-macam ada dalam tu. Setakat nak shopping dah tak payah bersesak dekat pulau. Kedai makan pun banyak. Kawasan tu memang Sunway tapow habis la, ada hotel dia kat situ, ada hospital ada mall! Tapi sebab dah penat kami tak lama pun kat sana. Sempat ke Guardian beli barang aku sikit and ke Jaya Grocer beli air mineral hahah semata-mata. 

4 comments:

  1. Jap.... Perak ada sawah eh...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha ada la Uncle! Tapi kecil-kecilan je la. untuk makan sendiri2 je kot

      Delete
  2. Salam hari Isnin minggu baru..
    Ibu Aqil datang singgah sini..
    Semoga baik2 saja semuanya ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ameen. Thank you. Ameen. Semoga doa yang baik berbalik pada awak :)

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!