”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

10/06/2022

Diarrhea and vomit 2.0

Hari Khamis lepas aku pergi kerja macam biasa, 7.30am dah sampai ofis, cemerlang as always hahaha. Buat kerja itu ini dalam 8.30am aku rasa perut tak sedap, tak sedap yang aku tahu bakal membinasakan diri.

Memula ingat boleh bertahan tapi dalam pukul 9.00am aku decide nak ke klinik. Time ni dah berkali diarrhea dah. Sampai klinik sebelum jumpa Dr pun sempat ke toilet dulu. Badan makin lembik sebab banyak air keluar.

Aku masuk jumpa Dr, Dr cek semua dia cakap usus aku bunyi teruk haha. 1st time aku cek diarrhea Dr letak stetoskop dekat perut, selama ni Dr percaya je kalau aku cakap aku kena diarrhea, terus bagi ubat je. Dr bagi aku MC sehari and kalau makan ubat pun tak jalan dia suruh datang balik untuk drip.

Aku pun balik rumah. Aku tidur dekat sofa living hall je sebab tak larat nak naik atas. Sampai je rumah aku dah start muntah pulak. Seksa gila, habis tarik 1 badan. Aku tak stop diarrhea and muntah, minum seteguk pun keluar balik.

Aku tak makan ubat lagi time tu sebab perut kosong, aku ada gatsrik so taknak menambah kombo penyakit. Paling tak boleh bla aku boleh termuntah time tidur. Time tidur wehhh! Tetiba tersembur je, nasib sempat tahan dengan tangan. Pelik2 je badan aku ni berfungsi haha.

Zohor aku gagahkan jugak naik atas nak solat semua. Aku solat duduk statik je sebab nak rukuk pun rasa nak muntah. Then aku sambung tidur dekat atas. Kebetulan Suami aku balik awal, aku minta tolong dia belikan porridge Marrybrown.

Tapi nak makan pun tak selera. Aku tengok Suami aku bukan main selera makan dari satu menu ke satu menu pun aku rasa nak muntah. Elok je baru makan berapa suap porridge, aku keluarkan balik. Suami aku sampai takut dengar aku muntah. Memang aku lembik betul dah time tu.

Aku gigihkan jugak makan ubat. Then aku tidur je sampai esoknya. Tak makan tak apa tapi Alhamdulillah ubat tu membantu, dengan izin Allah. 

Esok aku pergi kerja macam biasa tapi tak makan sebab fobia haha. Time tu biasa perut ada lagi tapi better. Maybe aku jangkit dari Suami sebab sebelum tu dia pun diarrhea tapi tak sampai muntah. And menambah perisa malam sebelum tu aku makan nasi ayam geprek dekat Ipoh Night Market. Makan pulak dengan benda berangin macam terung dengan kobis haha. Cari pasal kau tanggung lah!

Hari Jumaat, Sabtu perut aku ngam bagi kerjasama. Sabtu aku pergi makan Kerabu Maggi hahaha bengong ye seorang Nadia ni, tak reti ambil pengajaran hidup. Tup Ahad aku kena diarrhea balik tapi tak lama and tak muntah. Isnin sihat seperti sedia kala. Alhamdulillah. 

2 kali kena tahun ni bhaiii. Allah nak ampunkan dosa la tuuu. 

4 comments:

  1. ammi pun kena camni last month.. makan muntah, minum pun muntah sampai dah xde apa keluar. bila baring rasa berpusing dunia semua

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seksa kan? Memang lembik 1 badan, huhu

      Delete
  2. 7.30am dah kat opis? Uncle masih malas2 lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi walaupun boleh masuk pukul 9am tapi memang peel saya dari mula kerja datang awal.

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!