Sabtu lepas Mak ajak pergi Padang Besar naik komuter, was my 1st time and her 2nd time. Ayah suka naik train, thats why haha.
Tiket dan Masa Train
Jadual perjalanan Komuter Utara korang boleh semak dekat link yang aku bagi tu untuk rancang perjalanan. Komuter Utara ni bermula dari Padang Rengas, Perak dan berakhir di Padang Besar, Perlis.
Harga tiket, return, dewasa. Untuk warga emas, OKU, pesara dan kanak-kanak harga lain. |
Perjalanan
Perjalanan ambil masa dalam 4 jam termasuk pertukaran train. Train dari PR hanya sampai ke Butterworth je and kena tukar train lain untuk ke PB. Sampai Bukit Mertajam akan ada announcement untuk tukar train tapi kami tak turun dekat situ sebab ramai orang. Kami turun dekat Bukit Tengah lebih aman dan damai dan senang dapat seat. *tips*
Waiting time tak lama sangat tapi sempat la makan sepinggan nasi dan ke tandas haha. Oh Komuter ni free seating ye, nasib la kalau kena diri. Suami aku sebagai orang yang budiman, dekat 2 jam jugak dia diri sebab bagi duduk dekat warga emas. Hihi. Nak tukar train kena tukar platform, kena mendaki tangga yang tinggi, tak semua train station ada lif yang berfungsi. Apooo? Sian orang-orang tua la yang sakit lutut bagai tu.
Secenery sepanjang perjalanan memang cantik, hijau je, saujana mata memandang. Lalu gunung-ganang, tasik. Malas pulak aku nak upload video, korang pergi merasa sendiri la. Haha. Tapi kalau kena diri 2 jam dah tak menarik jadinya. Haha.
Padang Besar
Sampai je Padang Besar kau kena ambil Grab / kereta sapu untuk ke Arked. Jangan percaya google maps yang cakap 1km sampai Padang Besar, itu Padang Besar Thailand haha. Nak ke Arked dalam 4km. Berkicap oi kalau nak jalan, sampai-sampai je kena patah balik untuk naik train balik pulak haha. Harga 1 kereta dengan 4 penumpang RM10 sehala. Kalau naik Alza etc RM15 sehala. Kaya deme nohhh. Sehari boleh dapat beratus haha rezeki mereka.
Ikutkan dulu ada laluan jalan kaki dalam 1km dari stesyen ke Arked tapi KTM tutup sebab ada kes penyeludupan PATI time tu lalu short cut. Tapi nak bukak balik tahun depan katanya.
Orang punya la ramai weh tapi rezeki kami pergi cuaca redup. Alhamdulillah. Aku dengan husband terus pergi kedai makan. Kami makan dekat kedai No 9 sebab daging bakar dia seakan-akan memanggil-manggil untuk dijamah.
Memang sedappp ui daging bakar kedai tu. Serius sedapp gila! Kami makan 2 pinggan. 1 pinggan RM10, kuantitinya dikit tapi rasanya padu. Aku order Kerabu Maggi pun sedap. Suami order Nasi Ayam Thai, Ayam dia sedap, nasi dia rasa herba. Ayah order Nasi Paprik, biasa-biasa je. Tapi kalau korang pergi kedai no. 9 sila order daging bakar.
Dah kenyang kami pun pusing Arked.
Murah oi lagi murah dari Terengganu. Aku beli untuk buat baju pejabat tapi kain Husband yang pilihkan hihi |
Beli jersey tiruan untuk pakai harian. Sejuk kainnya. Suami suka aku pakai jersey, entah kenapa haha |
Then kami beli beberapa benda lagi sebelum cari tempat duduk untuk rehat semantara tunggu Mak aku habiskan urusan shopping dia. Sambil menunggu sambil makan lokching haha. Makan je kerjanya nasib perut tak meragam.
Kami ambil train balik pukul 3.30pm dan sampai PR balik dalam pukul 7pm.
Kalau korang nak merasa ke PB naik train boleh la cuba naik Komuter Utara ni sebab tiket ETS mahalll! Tapi naik kereta lebih convenience bagi aku hihi.
No comments:
Post a Comment
Thank you for your time reading my experiences and thoughts.
If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com
Awesome!