”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

10/19/2022

Happy 3rd Anniversary Husband


Sempena ulang tahun yang ketiga, meh la aku cerita sikit pasal Laki aku ni. Appreciation post? Nahh. Just random thingy. This post might be long *warning*

Allah has blessed us for 3 years with no child, yet. Yes, I truly believed that no child is also a blessing coz Allah knows best. Alhamdulillah ala kulli haal.  We did our best and still doing, yet we're really enjoying our moments together. Tak pernah puas spend masa bersama. Always looking forward to do various of activities together. 😍

Mesti ada yang cakap elehhh baru 3 tahun nak kecoh, tunggu la lagi 2-3 tahun tengok macam mana pergi dia. Jangan begitu makcik pakcik sekalian. Bukan nak kecoh tapi nak appreciate every moments. Tak kisah la setahun ke 2 tahun ke, it's still called moments to be grateful to. Takkan dah basi baru nak appreciate kan? And please don't let it rotten. Sparks your relationship. Aku bersyukur Laki aku ni pak lawak, never a dull moment with him and aku pun kadang2 kepala masuk air jugak. So eloklah bergabong meletop.

Doakan yang baik-baik je ye?

Aku ingat lagi 1st time aku jumpa Laki aku atas urusan kerja. Aku tertarik time tu dengan dia sebab nampak poyo dan berkarisma (berbeza betul dengan dia yang sebenar haha) Acah eh kau Suami? Haha. Laki poyo kau suka ek Beron? Aah aku suka laki sombong dari yang menggeletis. Haha. Aku susah tau nak tertarik dengan orang, he was the 2nd man that attracts me, giteww. Selalunya orang yang tertarik dengan aku HAHAHA rasa nak humban dalam loji pembentungan statement kau ni. Aku pulak orang yang ke berapa yang menarik untuk dia? Entohhh lahhh rokiahhh 😒 but hopefully, the last one. 

Tapi perasaan menarik tertarik kau memang da bomb tu terhenti dekat situ. Aku meneruskan hidup dengan skandal-skandal sedia ada HAHAHA. Then we met for 2nd time, time tu pun atas urusan kerja. Tapi time tu aku lari-lari dari dia, tak tau kenapa. Dia cakap dia bengang dengan aku time tu, dia nak sembang dengan aku tapi aku lari.

Then we met for 3rd time. Time ni atas kerja jugak tapi aku attached dengan dia selama 2 hari, the longest among all, previos was 2 hours at most. Dia jadi some sort LO untuk aku. Wahhh LO. Memang ditugaskan ke or memang dia nak menyendeng kat aku ke entahlah 😏

Time bertugas tu aku ada mintak dia tolong pegangkan barang aku kejap sebab aku nak buat something. Rupanya that moment yang buat hati dia berbunga-bunga haha entah apa2 je, pegang barang je pun. Tapi dia cakap tu simbolik yang aku trust dia. Gitu pulak. Aku tak terfikir pun benda tu, bersahaja je aku pass barang tu kat dia time tu sebab dia LO aku kann 😝

Lepas habis kerja tu kami off, macam takde apa-apa berlaku. Sehingga la beberapa hari selepas tu, tiba-tiba dia message aku forward gambar kami tengah bertugas yang diambil oleh fotografer profesional. And never did I know that was the day we started message till now! Never one day off unless one of us unavailable because of work etc.

Kami tak declare tak apa tapi dia start caring (buat kerja dalam senyap dia ni), dia start 'jaga' aku macam dia punya 😏, sentiasa ada untuk aku. Memula aku pelik, dah kenapa dia ni? Haha. Walaupun begitu aku tetaplah keluar dengan beberapa orang kawan lelaki ke sana sini, dengan pengetahuan dia. Dia tak halang (he had no reason to deny that at that time) tapi aku dapat rasa dia tak suka but peduli apa aku. Haha. Kawan je kot and kami takde apa-apa pun time tu. 

As time goes by, aku tak sedar bila that mutual feeling become stronger and we become more attached. Ups and downs, Oktober 2019, we tied the knot. Alhamdulillah. He's still the man I knew since we first talked informally.

I thank Allah pinjamkan dia untuk aku. Macam2 kami lalui bersama, macam2 kami lalui secara individu but for sure we always support each other. Aku ingat lagi dia pernah cakap aku kelakar sebab tu dia suka kat aku then dia tak bagi aku jadi kelakar dengan orang lain hahah wakluu, ingat kelakar ni boleh control ke? Dari dulu dia takut aku jatuh cinta dekat orang lain. LOL

Dia jarang gila marah tapi sekali dia marah dia tak tinggikan suara pun, dia tengok je aku, takuittttt hahhaha. Dia selalu tanya kalau dia mati, aku kahwin lain tak? Being a rational me, aku takkan taburkan janji2 manis sebab jodoh ni rahsia Allah. Mula la dia merajuk kalau aku cakap macam tu hahaha.

Dia manja, sebab dia anak tunggal kot, nak kena ada je dengan dia selalu. Aku brutal tapi dengan dia aku jadi manja 😻 aku punya manja kau saja boleh rasa, bak kata Fynn Jamal haha. Dia banyak cakap, more than me. Aku banyak dengar je cerita dia. Kitorang selalu lepak luar sebab nak bersembang, ada je topik, mostly created by him. Aku memang dilahirkan untuk jadi pendengar setia rasanya hehe.

Dia penyabar, tak cerewet bab makan, senang dijaga haha. Aku masak apa pun dia bedal je, Alhamdulillah. Tak pernah aku masak dia tak habiskan hehe. Dia tak pernah merungut rumah bersepah ke apa sebab ada masa hari tu aku penat sangat, aku tak lipat baju sehari dua. Bila aku mintak tolong dia buat.

Abang, 

Kita tak tahu apa akan jadi masa akan datang. Mungkin kita diuji dengan pemergian salah sorang dari kita, secara hidup atau secara mati. Mungkin kita diuji dengan berubahnya karakter salah sorang dari kita. Mungkin diuji dari faktor luar, mungkin juga diuji dengan kemewahan. Unexpected.

But please know that whatever happens, for the time that Allah lends you to me, I'm beyond grateful. Regret is never in our life's dictionary. Thank you for accept me for who I'm. Thank you for trying your best for us. I know I always test your patience 😗 haha but I know you love me nevertheless haha. I love you too.

May Allah bless our marriage till jannah. Jom kurus balik sama-sama hahahhaa. Doakan yang baik baik untuk kami ye. Thanks. Ameen. 

2 comments:

  1. Suwittttt.. happy anniversary nadia n suami. Dont worry kalau belum ade rezeki anak.. saya dulu pun lambat jugak nak dapat Ahnaff. I feel u. 😊
    Moga ikatan perkahwinan korang kekal bahagia till jannah.
    Ahnaff n Sofea sending uolls virtual hugssss. 😘

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe Tq mummy Ahnaff and Sofea. Ameen2 *hugs*

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!