”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

10/11/2022

Sehari menjadi suri rumah sepenuh masa

Alhamdulillah untuk cuti Isnin (semalam) sempena Maulidur Rasul. Jangan pernah lupa selawat pada Nabi kesayangan kita ye, tak kira la hari apa pun. Patutnya semua keputeraan 25 Rasul kena bagi cuti la wahahaha. 

Weekend @ KL

Semalam hanya duduk di rumah, kemas rumah. Sabtu dan Ahad aku ke KL, konon nak melawat sepupu baru tapi Mak tak berani nak pergi sebab dia selsema takut jangkit ke baby so instead kami ke Kenanga dengan Sogo HAHAHA aku rasa aku kena scam la dengan Mak.

Oh dekat Kenanga aku dipaksa beli baju sebab nak cukupkan kuota 'borong' supaya dapat sale 20%. Aku beli sepasang baju kerja dan pagi tadi Husband puji baju tu cantik. Berbaloi beli, boleh beli lagi! Haha. 

Kemas Rumah

Hari Isnin dimulakan dengan bangun pagi, kemas katil, buka langsir dan tingkap bilik. Oh segarnyaa suasana pagi bila ada angin luar masuk. Jarang dapat suasana macam ni sebab selalunya matahari belum menyinar dah keluar rumah untuk bertebaran mencari rezeki.

Then aku masukkan baju dalam mesin. Vacuum dan mop rumah aku dah buat hari yang sebelum sebelumnya. 

Aku turun bawah buka langsir sliding door dan bukak sliding door bagi udara segar masuk. Aku on TV, on sound bar, bukak youtube cari lagu Hollywood tahun aku masih remaja yang boleh buat layan. Contoh: Shakira, Rihanna, Beyonce, Ed Sheran, Snoop Dogg, Eminem dan seangkatan dengannya. Bila la kau nak bukak alunan al Quran 😑

Kari Kambing

Then diffuse essential oil bau citrus. Segarrrr. Lalu aku ke dapur nak sediakan bahan memasak. Semalam aku decide nak masak kari kambing daging korban yang dapat dulu. Lama oi tak masak kari, but Alhamdulillah menjadi cuma memula terlebih santan tapi berjaya di alter. Hehe. Then aku goreng papadom, makan dengan nasi panas letak kicap. Bommm! Kebabom pergi dia haha.


Cerita Hantu Debunk

Dah kenyang kami pun terbaring kekanyangan sambil layan cerita Debunk dekat Youtube. Cerita hantu lawak bodoh lakonan Sharifah Sakinah dengan Wan Cai. Aku yang ajak Suami layan sebab tengok video cerita tu dekat tiktok macam kelakar tapi sayangnya bila tengok cerita full tak kelakar mana pun. Slow Ceritanya. So tak sampai separuh pun kami layan. 

Rak Buku

Sempena aku acah-acah minat membaca ni dan amount buku yang meningkat di atas kepala katil, aku pun beli rak buku di Shopee tapi yang pasangnya mestilah Suami aku haha. Sambil dia pasang aku tidur. Sungguh harmoni rumah tangga kami hahaha. Bagus rak buku ni, berat dan kukuh. Harga reasonable. 

Thank you sayangg for your effort. Dia dah bagi greenlight untuk beli perhiasan hihi. 

Riadah petang

Dalam 5.30pm Suami ajak berpeluh. Kami pun jogging 2.3km + brisk walk dalam 2km sambil sembang perancangan masa hadapan dengan Suami. Love moment like this 💞. Lama sebenarnya aku tak berpeluh, Suami je konsisten sebab dia nak bina badan sampai ada roti bun dekat perut katanya haha. Aku sentiasa support dia *sambil makan roti bun inti kaya.

Jadi la hehe. Suami terpaksa la ikut pace aku. Aku lah orang yang selalu menjahanamkan diet dia hahaha. 

Saloma Steamboat dan Grill

Malamnya dengan senang hati pergi dinner dengan parents and adik aku dekat Saloma sebab dah bakar kalori siap-siap petang tu haha apa punya fesyen la hidup kau ni haha.







Harga dewasa RM29/person. Reccommended ! Perapan dia semua sedap. Makanan dia pun sedap. Tomyam dia ceroi sikit tapi ada paste tomyam dorang sediakan untuk alter. Ada nasi goreng, laksa, ABC, spageti, aiskrim, fries, bihun singapore etc. Semua berasa. Kedai ni dekat Tg. Rambutan, Perak. 

Sekian hidup aku sebagai housewife seharian. Seronok rupanya hidup macam tu sekali sekala. Untuk jadi full time housewife masih belum terlintas di sanubari ku. I love being a successful career woman. Gituhh haha. Pagi tadi bangun panaskan kari kambing, bakar roti canai segera untuk bekal ke office maka itulah tanda bermulanya kembali rutin seperti hari-hari biasa. Kbye. 

2 comments:

  1. Ehem... cantik la walpaper purple tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi Thank you Uncle. Credit to my husband

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!