Tetiba rasa nak kongsi kisah mistik yang tak berapa mistik yang pernah aku lalui. Tak banyak sangat pun (syukurrr) and tak pernah la benda tu jelmakan diri depan2 (nauzubillahminzalik)
Dulu aku study nunnn di hujung Malaysia tempat jin berdondang sayang. Family aku semua cakap aku pemberani, takde perasaan, hantu yang takut dengan aku padahal aku ni penakut kau tau! Tapi aku orang yang kurang reaksi dan 'pemalas' so orang ingat aku berani.
Ada 1 sem ni aku duduk dengan rommate baru, junior. Okay je la. Zaman belajar memang tak la nak tidur pukul 10pm, dulu kelas aku ada habis pukul 11pm sebab lawyer yang datang mengajar so pukul 12am baru boleh duduk dengan tenang atas katil dan layan movie sampai pukul 2 pagi. Esok kalau ngantuk tak payah pergi kelas. Haha sungguh mudah hidup kau.
Kehadiran ke kelas kena 80% ke atas tak silap aku kalau nak lulus, setiap awal sem aku dan kawan2 akan kira berapa kelas dalam 1 sem yang kami boleh ponteng tak termasuk kelas yang kawan tolong sign attendance HAHAHA jahanam betul perangai. Nasib semua grad on time dengan jayanya.
So time tu aku tengok movie aku rasa, ke buat assignment eh? (cubaan menipu korang bahawa aku baik) haha. Ah tak kira la tengah buat apa tapi tengah mengadap laptop. Meja study aku dulu betul2 dekat tepi tingkap. Kadang2 aku tengok movie pun atas meja study acah2 tengah study, bukan junior tu tahu aku tengah buat apa pun kan sebab laptop tu membelakangi dia. Biarlah dia ingat aku study dan cuba meneladani aku haha.
Time tu dia pun berjaga lagi. Dekat luar hujan, oh lupa nak bagitau bilik kami aras 3. Kau bayangkan aku tengah dengar earphones tapi dalam masa yang sama aku dengar orang nyanyii mendayu-dayu dan paling sycho aku ikut dia nyanyi dalam hati macam aku tau lagu tu padahal aku tak tau. Lagu dia berirama tradisional.
Ikutkan logik kan, mana la datang suara tu, aku tingkat 3 kot kalau nak dengar orang dekat bawah nyanyi. Dia bukan nyanyi pakai microfon pun. Then siapa gila nyanyi tengah hujan and it was freaking midnight! Aku tak sedap hati aku terus siap nak tidur. Aku tekup telinga aku dengan bantal nak cancel kan bunyi nyanyi tu tapiiii tetap la jelas dekat telinga aku. Aku baca ayat Qursi tersasul sasul sebab aku keep ikut dia nyanyi dalam hati.
Aku tak sedar bila aku terlena. Aku terjaga bila kelas pertama pagi tu dah pun berakhir dalam erti kata lain aku ponteng hahaha dan time tu roomate pun dah keluar ke kelas. So aku pun terlupa hal semalam dan meneruskan hari acah2 terpaling student.
Malam tu sembang dengan roomate aku, aku tanya dia,
'Semalam sebelum tidur ada pasang radio ke?'
Then dia terus tanya aku balik 'Akak pun ada dengar ke orang nyanyi?'
'Aah'
'Saya pun dengar! Saya dengar dari atas locker saya, saya ingat Akak yang pasang lagu tapi lepas Akak tidur ada lagi nyanyi tu'
Ah sudahhhhhhhhh! Lagi seram versi dia ni sebab dengar dari dalam bilik. Aku tak tidur pun dek non oi. Aku cakap la aku dengar dari arah luar. Kitorang dua2 diam tak tahu nak respon apa dan telan je la cerita tu sebagai pengalaman hidup. Haha
Lepas tu cuti sem. Bahagia la kami tak perlu ke kelas dan boleh balik kampung makan masakan Mak. Balik je cuti sem aku jumpa note atas meja aku, rupanya dari roomate aku.
'Akak sorry, saya keluar bilik, tumpang bilik kawan, saya tak berani duduk dalam bilik tu'.
Ala cibeng. Aku tengok locker dia semua kosong. Tu bukan tumpang dek non, tu namanya pindah! Hangguk betul. Aku cerita dekat Mak aku, Mak aku tau cerita orang nyanyi tu jugak then Mak aku pun suruh aku pindah or tumpang bilik kawan.
Memang tak la 1 sebab aku malas nak pergi pejabat buat urusan pindah nak pack barang bagai, 2 takkan la aku nak tumpang menyempit dekat bilik orang selama beberapa bulan. Ish menyusahkan orang walaupun ada je kawan aku offer. Maleh aku.
Sebab tu orang cakap aku berani, duduk sorang2, bilik jauh dari orang. Oh lupa nak cerita bilik aku tu besar sebab dia corner lot and ada beranda. Depan beranda ada 1 pokok besar yang ditanam dari zaman komunis aku rasa haha.
Ok to be continued...
Hujung Malaysia, tempat jin bertendang..ermmm, UUM ke tewww. Hahahaha. Kalau UUM, pastu kolej Bukit Kachi plak..memang best seramnye 🤣
ReplyDeletehaha tepat sekali. tapi kena ni bukan dekat BK. Kat dpp dalam hehe. Jaja UUM jugak ke?
DeleteYaaaa.. alumni UUM juga. Hihihi. Fakulti Pengurusan Teknologi
Deletehaha yey jumpa alumni dekat sini. Saya dari COLGIS. Abang kepada colgate
Deletebest2, nak sambungan heheh
ReplyDeletehehe tungguuuu. tapi tak best pun sambungan nya.
DeleteAku baca ni sambil makan chips malam2 sebab lapar .. Meja tepi tingkap jugak ni. Ahhh sudah. Jangan malam ni ada pulak org nyanyi lagu "Aku ada type, Kalau aku like aku like kalau tak aku swipe..swipe!" seram aku nanti. #tiber
ReplyDeleteHahaha kalau lagu tu rasanya terbangun menari sekali.
DeleteEh, ada bahagian pertama la pulak....
ReplyDeletemesti adaaa hee
DeleteKalau akak kan...memang dah pengsan bangun pengsan bangun..rela akak pi tumpang tido bilik kawan...apa agaknya sebab kawan nad tu pindah erk...nak la tau...dia takde citer ke
ReplyDeletesebab yang kes dengar nyanyi tu la hehe
Delete