”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

12/12/2022

2nd week of December

5 Dec 2022

Pukul 9.30pm kami gerak ke KLIA untuk jemput Mama dan Abah yang baru selesai mengerjakan Umrah. Kami singgah makan dekat Simpang Pulai, dekat Imran Tomyam. Memang kedai fav kami time duduk sana dulu. Apoo makan tengah malam buta, lepas tu kau meroyan gemok haha.

Kami meneruskan perjalanan santai ikut jalan belakang sebab terbaca dekat signboard PLUS trafik slow antara Bidor-Sungkai. Memalam pun jem ke?

Sebelum masuk Tol Sungkai sempat singgah Family Mart Bidor beli aiskrim (menambahkan lemak) Haha

Sedap aiskrim dia yang brulee tu

Sampai area Rawang aku dah ngantuk gila tapi gigih temankan Husband drive. Then dia suruh tidur sebab dia kata nanti aku pulak drive. Apa lagiii terus turunkan kerusi dan ke lenaland haha.

6 Dec 2022

Aku tersedar dalam 1am lebih, perasan Suami masuk ke RnR Dengkil. Kitorang dua-dua sambung tidur dalam kereta sampai 5.30am. Then gerak ke KLIA. Sampai sana solat Subuh then terus ke arrival hall tunggu Mama dan Abah. 

Ada orang tak sabar nak jumpa parents dia, biasala 1st time kena tinggal lama haha. Siap merajuk sebab Mama tak reply message dia. Alolo manjaa dia tuuu hahaha.

Dalam 8.30am baru Abah Mama keluar. Sian dorang batuk teruk. Sesiapa nak menunaikan Umrah sila la pakai mask sebab kat sana cuaca sejuk kering and berdebu. Sampai la Abah batuk teruk lagi, dah belikan ubat nampak la ok sikit. Kalau tak sian dengar.

Kami singgah makan pagi dekat kedai Makang, Cyberjaya. Kalau Makang tu tau la kan masakan Terengganu. Kami order Nasi Dagang. Not bad cuma ikan masin sikit. 

Balik ni aku yang drive. Mama dengan Abah memang jetlagged teruk tapi orang sebelah aku yang over tidurnya, macam jetlag sama je gayanya 😒 Aku pun ngantuk sebenarnya sebab tidur dalam kereta memang tak sama macam tidur atas katil, ibarat tak tidur langsung haha. So kami tukar2 la drive. Singgah beli kopi bagai.

Then lunch berhenti dekat foodcourt Kg Gajah. Aku tak makan pun, Abah dengan Mama je makan. Dua-dua rindu masakan Malaysia leteeww haha. Mama nak laksa tapi takde. Not bad makan dekat situ, ikan bakar dia sedap, peria goreng dia pun sedap.

Kami sampai rumah Mama dalam pukul 1pm lebih then lepas Zohor kami pun balik rumah kami.

10 Dec 2022

Lepas pergi sarapan, kami ke jeti Kg Sitiawan cari seafoods fresh untuk lunch.



Dan hasilnyaaa....... trenggg teng teng

Sedapppp uiii! Makan dekat rumah Opah Husband, Ngah yang masak. Mak mak masak memang sedap kan.

Sebelum tu aku dengan Suami diarahkan cari pucuk ubi. Pucuk ubi siapa entah kitorang rembat kat kampung tu hahaha sedap ek rupanya makan pucuk ubi kebun orang hahaha

11 Dec 2022

Tengah hari pergi kenduri kahwin kawan aku punya anak. Sobbss dah tua dah aku, kawan2 ada yang dah terima menantu haha. Ni kawan ofis la, bukan kawan tempat belajar.

Tapi ada tragedi sebelum nak gerak. Dekat 30minit mengisahkan si Tuah keluar dari enjin kereta. Bila dah keluar, kita nak ambil dia, dia masuk balik enjin. Oii ingat orang ajak main ke? Berpeluh baju kenduri, tengah hari buta mengejar dia.

berTuah punya budak. Nasib comel

Malam tu Suami ajak brisk walk area taman pukul 10pm sebab dah gemok sangat rasanya dia kata hahaha tau pun!


Mama belikan aku dengan Suami jubah dari Makkah. Thank you Mama 😘 Mengekek aku gelak tengok Suami pakai jubah sebab entahlah. Kelakar. Abah dengan Mama gelak sebab aku gelak haha. Nampak macam imam tak siap pun ada Laki aku haha.

10 comments:

  1. bab last kutuk laki tu x leh tahan..penat akak gelak..akak dapat bayangkan cemana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha time tu dia pakai kopiah Abah yang kecik dari kepala dia, lagi la kelakar rupanya

      Delete
  2. Lalu? Ketam tu masak apa? Tak de pun dalam gambar? Cliffhanger betul lah...!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ketam tu sebagai hiasan je Uncle hahahah. Beli sotong, udang dengan kepala ikan jenahakk

      Delete
  3. lama juga saya tidak menulis blog seperti jurnal atau diari...bila baca blog ini baru sedar saya menulis sudah jauh tersasar daripada tujuan penulisan blog yakni diari digital hehehee

    ReplyDelete
  4. hehe boleh mulakan balik. saya memang kene rekod macam ni, kalau tak confirm lupa moment2 best dalam hidup huhu

    ReplyDelete
  5. Kalau ketam tu masak lemak cili api..ubuh belacan sket....kendian pucuk ubi rebus cicah dengan sambal belacan..perghhh..sedap..lepas tu asyik bersin..resdung..hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. uihh baca pun kecur air liurrr hahaha.

      Delete
  6. nadiaaaa, kenapa tukar url blog? baru perasan langsung tak ada update..ig mana menghilang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha lama dah tukarr. Eh ada IG lama

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!