Pergh lama tak update kehidupan kat sini. Last week busy gila dengan kerja sampai Ahad pun kena kerja. Semalam baru selesai perkara yang di busy kan. Alhamdulillah went well. Apa yang mendatang pun tak pasti, so kita enjoy masa yang terluang sikit ni.
Isnin hari tu Suami aku cuti then kitorang pergi lunch sama2 dekat Rahmatha, Cherry Park, Ipoh. 1st time try. Yang buat sedap sebab ayam dia dapat yang panas2, memang dia akan goreng time datang. Rangup ayam dia cuma hari tu masin sikit. Semalamnya aku makan Nasi Kandar Dato' Sagor, Ipoh. Tu pun sedappp! Rating Nasi Kandar Ipoh bagi aku Majeedia 1st, 2nd Dato' Sagor.
Dato' Sagor, depan Ipoh Padang. Nasi dia sikit sesuai untuk portion perempuan. Kalau laki kena mintak extra. Kuah dia pedasss, kalau nak order untuk budak tak sesuai ambil kuah dia. |
Ok kembali cerita hari Isnin. Aku balik kerja awal jugak hari tu, dari site visit terus balik rumah. Lepas menunaikan segala tanggungjawab tetiba Suami aku bersiap. Time tu dah 630pm. Aku tanya nak ke mana? Dia ajak pergi main drone dekat Maps Ipoh yang dah tutup tu. Aikk? Bila masa dia ajak? Haha. Aku pun terus bersiap and ajak terus dia teman aku pergi site visit untuk event esoknya.
Sedihnya ye tengok keadaan Maps tu. Sayangnya berjuta habis sekali projek terbengkalai macam tu je. Kos nak re-operation dia balik buat masa ni tak berbaloi. Aduii jadi tempat jin bawak anak2 main je la tu nanti.
Lepas tu kami solat Maghrib di Masjid Gurap, Ipoh. Alhamdulillah rezeki sempat ikut berjemaah. Rindu suasana jemaah dalam masjid/surau, teringat kenangan time duduk asrama dulu walaupun selalu ponteng haha.
Habis solat kami pun nak ke tapak event tapi Suami aku ajak stop dekat kedai bundle kejap memandangkan hari awal lagi. Bawah kedai bundle tu ada kedai gaming. Suami aku cakap 'masukla, mainan yang Ayang nak beli tu ada jual dekat sini, jom kita TENGOK-TENGOK'. Excited la aku terus masuk.
Husband tak berapa setuju sebenarnya aku nak beli benda tu tapi dia support je la. Lepas tanya itu ini Husband cakap 'kita balik dulu la, kita study dulu pasal game ni sebelum beli'. Aku pun okay je. Then kami pusing2 kedai tu cuci mata.
Then Husband ternampak 1 game baru masuk Malaysia. Dia cuba, aku cuba main. Bestttt! Besst gilaa! Hahaha. Tengah ada promo Krismas pulak tu. Lepas berdolak dalik itu ini, sedar2 kami dah dekat cashier untuk bayar game tu! Hahahaha. Aku dengan Husband memang tak boleh 'tengok-tengok' mesti terbeli! Huaaa takde dalam list pun game tu. So aku terpaksa lupakan idaman aku. Tapi takpe, yang kami beli ni memang best!
Balik tu terus main. Berbaloiii! Sekarang hari2 tak sabar nak balik rumah sebab nak main haha. Dia boleh main sorang je tapi boleh cast dekat TV tengok apa si pemain tengah main. Boleh berpeluh ohh main benda tu, so 2in1, having fun and exercise! Justified! Hehe.
Semalam sementara Husband tengah main, aku tengok dia main kejap dekat screen TV then aku layan Netflix.
Semalam kami berdua tertidur atas sofa dekat living hall! Penat sangat ke main? Haha
kat KL ni nasi kandaq mana yg sedap pun ntahlah...mcm tak kena je kari dia dgn tekak
ReplyDeletehehe kat KL yg pernah try dekat dengan Sogo tu. Nasi kandar Kudu pun viral tapi yang tu tak kena sangat dengan tekak saya.
DeleteAduiiii.... Cerita game, tunjuk la gambar game tu... Ini gambar nasik la pulak....! Stres betul....! (sambil tarik rambut sendiri)
ReplyDeleteSaja nak bagii plot twist. Kalau uncle ada tiktok search isterisiburger. Kat situ ada bagitau hehe
DeleteOooo ye ke? Nanti uncle cari... Eh lupa... takde akaun tiktok...
Deletebuat la 1 Uncle. layan jugakk benda tu haha
DeleteHantu game nihhh..hahaha.
ReplyDeleteMaps tu memang dayang betul kan. Pernah pegi masa belum beranak dulu. Not bad la. Konon nak repeat bila dah ada anak. Tuptup, tutup dahhh ha. Tak sempat repeat.
aah sama la pernah pergi sekali je time promo pembukaan. sayang gila, hope nanti ada la establish company yang take over.
Delete