15 Jan 2023 (Sesi 1)
Resolution tahun 2023 adalah love yourself more! Ahh gituu. Maka, marilah menganjalkan apa yang dah mula kendur, glow kan apa yang dah mula kusam, biasalah umur makin meningkat kann 😅
Actually aku pergi nak buat facial biasa je RM55 + basuh rambut. Tapi tu la dia tuuu. Memula mestilah nak scan muka bagai.
Terkejut I nyahhh dengan keadaan muka akuu! Horror! Muka aku dari dulu memang takde masalah jerawat, ada masalah jeragat je.
Lepas scan rupanya lebih dari itu. Aku combination skin, so berminyak dekat T zone and dry dekat U zone. Paling horor adalah liang pori aku terbuka. So bila terbuka banyak bendasing (make up/ skincare/ habuk) yang tersumbat dalam tu. Bila tersumbat makanya aku pakai skincare apa pun tak boleh serap ke dermis, setakat epidermis je. Beli la skincare mahal macama mana pun, gitulah je lah keadaannya.
Then jeragat aku mashaAllah! Sekarang memang dah ada tapi tepek foundation dia jadi less obvious la. Rupa-rupanya, akar jeragat tu penuh okay dekat kawasan pipi akuu! Geli gila tengok. Akar tu kalau tak matikan memang akan muncul la di kulit pipiku yang mulus ini haha 🙄
Aku memang ada niat nak pergi hilangkan jeragat ni sebab aku tau serum ke apa ke takkan boleh heal benda tu. By the way, jeragat aku ni keturunan + aku lambat dapat kesedaran untuk pakai sunscreen. Sobss.
So aku pun setuju nak ambil pakej (mudah terpedaya) dengan Hannan ni. Aku ambil pakej paling murah, nak tengok progress. Kalau mehhh aku nak ke Dr. KO teruss hah gituuu! Haha. Pakej aku ambil ni, 1 sesi kos dia dalam RM111, 2 minggu sekali. Erkkk! *harus pow Husband, cantik untuk dia, cenggituu haha.
Kalau ambil sesi satu satu rugi sebab per session RM250-RM350. Walaupun aku tau tu semua marketing tapi tetaplah aku husnuzon hahaha.
Maka semalam bermula la sesi 1.
1. Cuci muka + urut muka, banyak kali jugak, 2-3 kali.
2. Wap muka dalam 10 minit untuk buka pori.
3. Remove segala black head dekat muka.
4. Treatment silk peel. Yang ni memang nak buang kotoran yang tersumbat dekat muka. Habis je treatment ni dia tunjuk aku lendiran yang dia sedut guna mesin. Memang eyekkk. Benda tu ada kat muka aku selama ni?? Aigooo.
5. Pakai LED mask untuk remove kuman + bakteria.
6. Pakai sunscreen.
Dekat 2 jam jugak treatment tu. Lepas treatment memang puas hati, muka rasa ringan dan fresh. Paling best bila pegang muka aduhaiii licin and lembut gilaa. Tu letak tisu mau melurut jatuh tu haha
Bad side is, dekat pipi aku ada burn sikit sebab peeling proses tu. Pedih oiii! Aku dah whatsapp dorang nak saman haha tak la, aku tanya kenapa situ je burn bla3, dia cakap 2-3 hari akan heal. So we'll see. Memang pagi tadi dah kurang pedih tapi kalau tinggal parut awasss kamoo!
So markah untuk sesi 1
Good 1 : Bad 1
Hanan Medispa ni ade bnyk branch kan. Kat sini pun ade tapi tu lah, nak pi kene fikir banyak kali. Kalau treatment smpai berejam, ade pulak yg buat facial sambil bf anak 🤣🤣🤣
ReplyDeleteaah dia banyak melata di seluruh Malaysia haha. Hehe tunggu Sofia besar sikit, pergi sama2 haha or dah boleh me time time tu hehe
DeleteKat Seremban pun ada Hannan, eh..nak pi la dapatkan rawatan muka sebelum jadi perantin ni...
ReplyDeleteHanan ni 1 Malaysia rasanya SA. Cuba la sebab dorang memang ada pakej pengantin hehe
Delete*terkebil-kebil.... (buat-buat faham)
ReplyDeletehaha biar tak faham Uncle, nanti habis duit :P
Deletewahh, pergi scan kulit muka...memang terus night mare yer. lamanya tak manjakan diri. terus rasa nak booking buat facial muka...agitchewww
ReplyDeletekenapa ek da update link blog nadia kat blog list still dalam list xkluar. terus xdapat update terkini nadia...mencik!!
sila buattt. manjahhkan diriii. hehe
DeleteAla kenapa begituuu?
dah tua2 ni teman tepek bedak sejuk jer...
ReplyDeletehihi tu pun memang mujarab
Deletewahh Cuya dah lama tak pergi spa...best kan bila buat treatment.
ReplyDeletedulu2 selalu juga cuya panggil mobile spa kat rumah...syok je muka rasa bersih
ada rezeki lagi, Cuya pon nak bermanjaahh diri juga...heheh
wah best gila mobile spa! jom manjakan diri jom hehe
Delete