”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

1/12/2023

Long Drive to Nilai

Aku dah lama tak drive jauh sorang-sorang sejak duduk dekat dengan Laki ni. Isnin lepas terpaksa drive sorang atas urusan kerja, bukanlah jauh mana pun, pergi Nilai je wakakaka.

Penat memang penat tapi layan je la kan. Sebelum gerak aku singgah Zus beli bekalan caffeine untuk elak mengantuk. Aku order Iced Spanish Lattee, Oatly Milk and less sugar. Memang kebabomm rasa dia dan pergi dia tapi asyik la rasa nak terkencing haha. 2x aku berhenti dekat Perhentian Ladang Bikam dengan Sg. Buloh. Sebab kebosanan dalam kereta memang aku karok je la kalau ada Laki aku, baru je nak tarik high pitch sikit dia dah suruh stop 'Yang, lagi afdhol kita dengar ceramah, cukup2 la melagho' 😒 padahal dia dah mengkarok 24 lagu dahh. 

Then terus pick up kawan baik aku dekat PJ sebagai peneman. Dah ambil dia terus shoot ke Movenpick Hotel KLIA, 1 malam around RM270.00. Pilihan yang tepat duduk situ sebab hotel dia besttt! Cantik gila ambience, bersih je. Bilik air lawa, katil empuk, toiletries (lotion included) dia bagi segedabak besar terus macam kat rumah, picit la kau sepuas hati. Besttt! Yang tak best line celcom langsung takde. Suami aku called pun tak lepas, kena guna whatsapp call. Ceitt nasib baik ada wifi yang padu. And lokasi dia dekat je dengan tempat aku nak pergi. Cari hotel area Nilai semua sendu bahaha. 

Lepas Maghrib kami ke Bagan Lalang nak makan seafood. Order sotong goreng tepung, ikan bakar dan udang masak pedas. Tak puas makan, nak repeattt! Konon nak ke Mitsui tapi tak jadi. Bila dah tua ni, rehat lebih penting dari window shopping.

Dah lama tak spend masa dengan bff sorang tuu. Memang tak berhenti la bergossip. Jadi la dapat jumpa 24jam. Dah kahwin ni tak boleh buat perangai macam bujang dulu2, sekali sekala dapat 'pelepasan' kita guna sehabis baik 😈. Sebab jalan dengan orang bujang, kita pun dapat tempiasnya sekali sampai aku kena ngorat la  hahaha bengang je Laki aku haha.

Esoknya dalam pukul 11am kami check out dan uruskan urusan kerja aku. Settle bab tu terus cari lunch, lapar weiii tak makan pagi. Kawan aku bawak makan masakan Padang dekat PJ. Kawan aku walaupun Malaysian tapi jiwa Indonesia sebab dia pernah belajar kat sana. Sedap kedai tuu, kenyang la perut.

Then aku hantar dia balik, aku pun teruskan perjalanan pulang ke pangkal jalan. Singgah di Restoran Jejantas Sg Buloh untuk solat sekaligus beli bekalan caffeine untuk memastikan tak perlu nak pacakkan mancis tepi mata. Sebab dekat sana takde Zus, aku beli Iced Caramel Machiato Starbucks.

Alhamdulillah selamat sampai rumah pukul 6pm ditemani sekejap hujan sekejap tak. Seronok juga sekali sekala long drive ni. Lagi seronok kalau berteman la. Ajomm roadtrip!

8 comments:

  1. Amboiii! Hihihi kena ngorat dia ye. Hihihihi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha biasalah jalan dengan orang bujang hehe

      Delete
  2. Kena ngorat tu stended..maknanya apaaaaaa....maknanya kita lakuuuuuuuuu..ehhhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah tak reti nak react macam mana (buat bodo ke jeling ke tunjuk penumbuk ke) sebab dah lama sebenarnya tak kene ngorat haha

      Delete
  3. Boleh perincikan tak apa maksud ikon ni... ----> 😈..?

    Hamboi, mahalnya hotel... uncle kalau takde logo OYO tak berani nak masuk....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous1/16/2023

      hihi tu maksudnya, nakal tapi masih beringat haha

      psst, boleh claim Uncle haha

      Delete
  4. best kan klu long drive sorang2 ni, tapi tu la, naseb xde dah lepas duduk ipoh dlu.

    bestnye meronggeng eh lepak dengan bff...syokkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe sekali sekala best. selalu penat jugak long drive ni kan.

      hehe tuu la, me time gituu. Plus lama dah tak jumpa bila duduk negeri lain2 ni

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!