Disebabkan aku pelupa, aku nak coretkan dekat sini semua life moments yang aku ingat dari aku lahir sampai la sekarang which I believe 70% aku dah tak ingat dah haha. Cerita ni random, tak ikut susunan haha.
Lahir dan tadika
I was born on 10th April 1990, first child of the family. I was told that I was a high demand baby teheee and fortunately my Mum is fulltime housewife.
Dulu kami duduk Taman Bunga Raya, Kuala Kangsar. Yang aku ingat my 1st puasa was there, tiap petang Ayah akan bawa ke taman kanak2 untuk bagi aku lupakan masa. Ayah akan pastikan bila sampai rumah aku boleh terus minum haha. Air tebu was my favourite. Aku puasa penuh start 6 tahun and I'm proud with myself haha.
Aku masuk tadika Kemas dekat Chandan, dekat dengan pejabat Ayah. Time tu ayah kerja dekat Pejabat Istana. Aku ingat lagi nama cikgu aku, cikgu Aini. Tengah hari Ayah akan ambil aku. Ada 1 hari Ayah lambat ambil sebab mesyuarat, pagar kunci dah. Aku risau Cikgu Aini culik aku so time dia tengah kat dapur aku panjat pagar nak ke Pejabat Ayah.
Aku pun tak tau macam mana aku boleh panjat pagar tu. Pagar curve besi kot. Aku ingat lagi momen aku nampak motor Ayah di seberang jalan menuju ke tadika aku tapi aku teruskan berjalan sambil ayah dah tertoleh-toleh tengok budak kecik mana la mak bapak biar jalan sorang2 dekat main road. Dan akhirnya dia sedar itu anak dia! Bahahhahaha.
Terus Ayah patah balik ambil aku, angkat aku masuk dalam raga motor dan menuju semula ke tadika. Aku dah pelik, kenapa nak ke sana balik? Kan dah habis waktuu. Time sampai sana aku nampak Cikgu Aini yang berbadan sasa tu tengah cemas dan berpeluh. Rupanya dia tengah cari aku haha. Rupanya Ayah nak bagitau yang aku lari dari sekolah haha. Rupanya tindakan aku tu salah. Ayah pesan, dont ever do that again, kalau Ayah ambil petang pun tunggu sampai petang. Aku mencebik sambil jeling Ayah.
Lalu aku pejabat Ayah main typewriter guna kertas recycle. Ketukk ketakk ketukk ketakk sambil berangan aku kerja. Rupanya angan2 aku jadi kenyataan. Sungguh aku kerja Kerajaan bila besar. Kenapa la time tu tak berangan jadi angkasawati ke millionare ke kan.
Ada 1 hari Ayah bawak aku ke Hospital, kami ke wad kecemasan. Aku ingat momen pintu wad kecemasan dibuka dan ditutup tanpa henti. Aku intai di celah2 pintu tu. Aku nampak dada arwah Tok aku ditekan guna mesin dan dada dia terlompat-lompat. Aku sorang time tu kat luar, Ayah ada dekat dengan Tok. Tu je aku ingat, pengebumian Tok semua takde dalam memori aku.
Sekolah Rendah
Aku masuk SK Talang. Sekolah dekat je dengan rumah, dekat pun jalan naik turun bukit. Macam biasa Ayah hantar dan ambil. Jiran aku 1 kelas dengan aku a.k.a kawan baik aku, S namanya. Time percubaan aku dipindahkan ke meja lain sebab aku dah pandai membaca, S belum. Aku memberontak sebab aku nak duduk dengan S. Aku introvert, tak reti cari kawan baru. S pun nangis sebab tak dapat duduk sebelah aku. Sebegitu kamceng kami haha.
Aku kena duduk sebelah W, seorang budak lelaki poyo yang bangga dia ada color luna 36 batang dan bapaknya buka worksyop seberang sekolah. Aku benganggg, aku sorokkan color luna dia. Dia menangis meronta-ronta sambil panggil bapak dia yang di seberang jalan yang confirm tak dengar pekikan dia dek arus trafik yang sesak.
Ada sekali tu aku nak beli kacang kuda rebus. Harga 25sen. Aku tinggal 20sen je lepas 40sen habis beli nasi lemak dan air. Then aku pow duit kawan yang aku tak ingat siapa. Bila balik rumah Mak akan tanya aku beli apa, makan apa. Bila buat kira2 aku terlebih belanja 5 sen. Aku kena siasat bagaikan penjenayah. 5 sen je kot! Ayah marah, Ayah cakap jangan pernah ambil duit orang walaupun 1 sen. Time tu aku teringat duit syiling 1 sen Ayah yang aku kutip bersepah di dalam rumah.
Esoknya aku kena pulangkan 5sen tu dan aku dapat extra belanja jadi 65sen sehari disebabkan kacang kuda rebus. Aku happy dan dari saat tu aku belajar, duit orang walaupun 1 sen jangan ambil! Pinjam duit orang pun parents aku tak bagi.
Ada sekali waktu perhimpunan pengawas suruh aku angkat tangan untuk luruskan baris. Instead angkat ke bahu kawan, aku angkat tangan ke atas menunjuk langit *sengaja. Pengawas tu darjah 4, aku darjah 1. Dia bengang sebab aku main2 kan dia. Time rehat dia nampak aku dan dia tunjuk dekat kawan dia dan aku jelir lidah ke dia. Dia kejar aku, aku lari masuk tandas, dia lelaki tak boleh masuk tandas perempuan. Petang tu terserempak dekat taman kanak-kanak, lagi sekali dia kejar aku naik basikal. Nasib dulu aku drifter, aku dapat lari dari dia. Tak chill betul hal sekolah bawa ke rumah.
Ada sekali tu aku balik rumah panjat bukit belakang sekolah. Sebelum sampai rumah sempat singgah kedai runcit beli aiskrim pong. Lagi sekali kena marah sebab Ayah macam orang gila cari aku kat sekolah. Zaman dulu mana ada handphone nak bagitau aku dah sampai rumah. Lagi sekali aku kena warning jangan buat perangai macam tu sebab jalan raya sesak dan aku comel *ni aku tambah, so mungkin orang akan culik haha.
Dulu lepas sekolah kena pergi sekolah Agama Rakyat belah petang. Aku benci betul pergi sekolah tu. Dah la masuk pun lambat, orang dah berbulan masuk aku baru nak masuk. Sekolah tu dekat je dengan rumah, dalam 500m kot. Aku pergi sorang2. Beza kan zaman dulu dengan sekarang? Mak bapak tak risau sangat nak lepas anak2 berkeliaran di luar. Ada 1 hari time solat Asar aku terkencing dalam kain HAHAHA sebab rasa berdosa nak tinggalkan jemaah. Aku balik rumah sambil nangis sebab malu. Lepas tu aku dah tak pergi sekolah agama. Sempat la aku pergi 3 hari. Terima kasih sebab kencing dalam kain, tak payah pergi sekolah petang, boleh berjimbaa! Haha
Dulu petang2 aku akan ajak S masuk longkang cari berudu. Takpun aku dengan kawan2 yang semua laki akan pusing taman naik basikal. Aku dari dulu tak reti kawan dengan perempuan sangat. Haha. Aku pernah jatuh tersagat lutut time main kejar2 dengan S. Aku tak ingat aku berdrama ke memang betul tapi seminggu aku tak boleh jalan. Aku ingat lagi muka Ayah panik gila time kendong aku, darah memang banyak. S nangis sebab takut dipersalahkan padahal bukan salah dia. Haha time tu aku nangis sebab takut kaki kena potong haha.
Dulu kalau Ayah outstation mesti dia bawak aku. Paling aku ingat dia bawak aku ke Kelantan, naik pajero office dengan driver. Time tu malam tetiba pajero tu berhenti dan tutup lampu di kawasan yang amat gelap! Rupa-rupanya ada gajah di tengah jalan.
Dalam bulan 4, arwah Pah jatuh sakit dan kami banyak duduk rumah MakNyah di Taiping sebab Pah masuk Hospital Taiping. Pah meninggal di rumah MakNyah. Lepas Pah meninggal, Ayah decide pindah balik kampung untuk jaga 4 orang adik dia yang masih belajar.
Aku sedih gila nak pindah. Aku ingat lagi aku dengan S sembang belakang kereta sambil nangis dan kami berjanji nak kahwin bila besar nanti HAHAHAHAHA bahenol betul.
Beberapa tahun lepas tu Ayah jual rumah tu. Lagi aku sedih sebab aku sentiasa berharap untuk pindah sana balik.
To be continued....
Hahaha... Lek je bagi tau tarikh lahir... Setengah pompuan kemain rahsia lagi takut orang congak! Rokenroll betul la kamu ni...
ReplyDeleteApa jadi kat S? (bisik)
Haha age is just a number Uncle, we young at heart. Gituhhh kekdahnya haha
DeleteWe are both married with another person, Alhamdulillah happily HAHAHA
Sempoi kisah Nad, ada persamaan bab naik beskal keliling kampung , masuk longkang cari berudu dan bendang sawah cari ikan...mandi kat sungai...kawan2 akak semua lelaki..apa kelas main masak2 ke pengantin2 ngan ppuan kan...
ReplyDeletehehe comel kan berudu haha. Saya rasa mak ayah harapkan dapat nak laki la, saya memang tak minat main masak2 tapi nasib dah besar boleh memasak haha
DeleteTak sabar nak baca zaman sekolah menengah awak..hehehehe. Saya pernah mandi anak sungai jalan belakang Istana Iskandariah. Nama Kg apa ntah. Kakak ayah duduk situ.
ReplyDeletezaman sekolah menengah dah cerita sikit2 hari tu, yang mana ingat #longtermmemorylossproblem haha ouh tau ada kampung dekat area sana tapi tak tau pulak ada anak sungai, ingat situ ada sungai perak je hehe
Delete