”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

1/11/2023

Life Recap #2

Berpindah

Kami pindah balik kampung Ayah, dalam daerah yang sama jugak. Aku pun pindah sekolah, sekolah kampung yang dekat dengan rumah. Punya dekat kalau bunyi loceng tu boleh la dengar sampai rumah. Dekat-dekat pun tetap Ayah ambil dan hantar. Ayah aku ni over concern orangnya hehe.

Kat sekolah tu aku antara pelajar harapan, sekolah kecik kan, 1 darjah 1 kelas je pun haha. Muka aku antara muka wajib naik pentas ambil hadiah. Pesaing aku time tu 3 orang budak laki, nama A, M dan J. Kami rotate nombor periksa antara kami je la. Then ada sorang budak perempuan nama T masuk sekolah tu, dia baru pindah dari England. So dia jadi kawan baik aku a.k.a pesaing sihat aku time exam hehe.

Time dekat sekolah ni aku ada kawan baik, W (P). W ni ganas macam aku jugak, dia suka tengok WWF and praktikkan dekat sekolah. Aku pernah jadi saksi dia terajang sorang budak laki ni sambil terbang and buat aksi stone cold dekat mana2 budak yang kacau kitorang HAHA. W ni aktif sukan, lari lajuu gila. Bola jaring, hoki semua dia main. Aku pulak tak minat sukan. 

Dulu hari Rabu ada hari kokorikulum belah petang. Ada 1 hari aku dengan W ponteng, kami menyelusuri sungai sampai la jumpa kedai laksa dekat kampung sebelah, jauh jugak la lalu sungai tu, dalam 2km. Air paling tinggi paras pinggang kami je. Fikir2 balik, berani betul ye dulu haha. Balik tak lalu dalam sungai dah sebab nak keringkan baju. Karang aku nak jawab apa dengan Mak kalau balik baju basah separuh je kat bawah haha.

J pulak nakal gila budaknya, dia suka gila kacau aku. Dulu kan suka ejek nama bapak, dia ejek nama Ayah aku, Lan Lan Lan botak, Lan makan taik katak 😒. Ada satu hari tu aku tengah panjat tangga dekat dalam library untuk susun buku, time tu aku pengawas library. Time tengah dekat tangga paling atas, aku nampak dia lalu tepi koridor sekolah, aku jerit panggil dia SUZUKIIII (ejek nama bapak dia). Dia nampak aku, dia terus lari masuk library, dia tegakkan tangga yang tengah sandar dekat rak buku tu weh! Aku ada kat tangga paling atas! Binawe betul anak suzuki tu 😒 tapi time darjah 6 dia confess suka kat aku WAHAHAHA bodo ye.

Dulu habis sekolah mesti main tuju kasut. Kasut sekolah J tapak dia tebal nak mampus and dia akan lempar sekuat hati. Gedebukkk sekali kalau kena tengah belakang. Aku rasa salah 1 tulang belakang aku bengkok la kena kasut dia tu. Dulu time sekolahh memang pakai track suit dalam kain, senang nak main cop tiang dengan tuju kasut, nak kejar orang, nak panjat pokok.

Ada satu hari aku ada atas pokok, aku tak nampak Ayah datang ambil aku. Ayah pun tak nampak aku atas pokok. Aku tak tau kenapa aku lepak atas pokok rambutan yang tak berbuah, sorang2 pulak tu. Then Ayah balik rumah, ingat aku dah balik. Tengok2 takde, Ayah patah balik ke sekolah. Kali kedua datang, pakcik kantin bagitau Ayah aku ada atas pokok. HAHA. Ayah tak marah pun. Ayah dengan Mak, Mak lagi garang. Ayah akan marah bila melibatkan keselamatan dan kesihatan je, Mak akan marah melibatkan pendidikan. 

Ada satu masa tu, kawasan tepi sekolah yang berbukit merah dorang tarah sebab nak buat pre-school. Time tu syok gila weh main gelongsor tanah merah. Jenuh kena marah dengan Mak sebab habis seluar baju semua kotor but being me, marah la macam mana pun, aku buat jugak sampai aku puas haha. Elehh setakat kena marah, dengar je laaa HAHAHA.

Dekat rumah pulak aku kawan dengan anak jiran. Jiran aku tu anak ramai, 6-7 orang, sorang je perempuan. Anak dia semua nama huruf S. Aku kawan dengan S2 and S3, laki. Adik perempuan aku kawan baik dengan satu2nya adik beradik perempuan dorang. Aku tak suka kawan dengan perempuan yang lemah lembut, bosan haha. Walaupun S yang perempuan tu dia sorang je perempuan tapi lembut je orangnya.

Aku paling kamceng dengan S3 sebab dia nakal. Kami lumba basikal sama2. S2 tua dari kami, dia baik macam abang2. Dia join kami tapi tengok je and tegur kalau kami melampaui batas haha. S2 pengawas dekat sekolah, so dekat sekolah pun dia jaga aku. Merasa la ada abang, tumpang abang orang haha. Start darjah 4 aku pun jadi pengawas, darjah 6 aku Penolong Ketua Pengawas weiii. Pengawas yang tak boleh pakai.

Time tu aku pergi 2 sekolah agama, dua2 aku tak suka sebab petang should be a free time! So dua2 aku sekolah tak lebih sebulan rasanya. Kenangan yang aku ingat time sekolah 1, ada sorang budak laki suka duduk bawah meja aku sebab dia suka kat aku hahaha ajenyee gila. Aku memang la comel HAHAHA tapi comot kot. Menda la Darjah 3 dah pandai suka kat orang.

Then aku pindah sekolah 2. Kat sekolah tu 1 benda aku suka, lepas solat Asar aku akan berlari beli laksa dalam plastik, makan guna straw, gigit plastik belah bawah untuk hirup kuah. Haha siapa punya idea la jual laksa dalam plastik. 

Darjah 5 aku ambil UPKK tapi guna nama orang lain sebab aku tak cukup syarat kedatangan. Yela aku datang ikut suka hati aku je. Rasa nak main datang, rasa nak tidur memang aku buat keras atas katil walaupun Mak dah ready hanger dekat tangan, but I dont care. Aku keras kepala ye waktu kecil (ke sampai sekarang?), kalau aku taknak tu memang tak la aku buat haha. Perangai macam tu pun Alhamdulillah UPKK dapat 7A. Atas sijil nama aku sebab UPKK sekolah yang keluarkan sijil.

Alhamdulillah UPSR pun aku dapat straight A. Math aku tak pernah dapat bawah 100. Time hari bertemu ibubapa, cikgu Math cakap dekat Mak aku, kalau UPSR aku tak dapat Math A, dia akan nangis haha.

Time tu subjek agama pun ada penilaian, tu pun aku dapat straight A, Alhamdulillah. So ustazah sponsor ambil ujian nak masuk sekolah asrama agama yang famous. Aku pergi je la. Sekaliii dalam ujian penilaian tu ada subjek Arab wehhhh! Hahaha. Time UPKK mana ada Arab (zaman aku). Memang seronok la aku hentam. Result penilaian keluar, akademik A, agama A, Bahasa Arab D huahuahauahua bye2 sekolah agama.

Then aku diterima masuk ke MRSM, Alhamdulillah. And start daripada masuk asrama, aku makin renggang dengan kawan2 sekolah rendah. Oh J dengan M masuk MRSM sekali dengan aku tapi time Form 2 J dinasihatkan keluar sebab buat hal. Kan aku cakap dia nakal.

Dengan M aku baik sampai la sebelum aku kahwin. Aku selalu lunch dengan dia time kami sama2 kerja dekat Ipoh. Kawan aku semua suruh kahwin dengan dia. Idok le weiii, aku dengan M dah macam adik beradikkk, rasa sumbang mahram pulak kalau kahwin hahaha.

Dengan W pun aku dah tak serapat dulu, ada la jumpa beberapa kali je tapi still keep in touch through social media sampai sekarang. W anak 3 dah sekarang 😊

Dah tu je yang aku ingat, cerita dekat MRSM aku dah cerita sikit2 sebelum ni. Bila kenang balik, aku ni baik budaknya, nakal sikit2 je tu biasalahhh kann BAHHAHAHHAA. 

8 comments:

  1. Hahahaa..baca sambil membayangkan betapa nakalnye kamu kecik² dulu yeee..🤣🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha mana ada nakal. biasa la budak2 kan. Jaja pun dulu macam tu kan? elele malu nak ngaku la tuu hehe

      Delete
  2. Betul..kawan dengan budak lelaki best..dengan budak pompuan ni sensitif jer memanjang..apa kelasss main masak2...saya pernah panjat pokok jambu batu setinggi 3 tingkat sampai pucuk (takut hantu kum-kum punya pasal)..lepas tu main senggayut kaki kepala ke bawah kat dahan pokok rambutan. Maklumlah adik beradik dan sepupu ramai lelaki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous1/16/2023

      Haha kan. sikit2nak sentap, nak merajuk, tak nak kawan. Heran pulak kita dia nak kawan ke tak haha.

      uiii tingginyaaa! tak pernah dengar hantu kum2 tapi bukan hantu suka bertenggek dekat pokok ke haha.

      Delete
  3. Perangai Nad ngan akak sama masa sekolah rendah dan sekolah menengah.,..ntah pesal plak dah tua ni jadi lemah lembut bagai...dulu elok je jadi lasak...tapi sampai skrg kawan2 akak ramai lelaki la dari perempuan..tu x leh ubah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous1/16/2023

      haha masa merubah kitaa. saya sekarang pulak tak kawan dengan orang dah hahahha

      Delete
  4. Aduh... pening la baca hikayat kamu ni... boleh buat dalam bentuk mind mapping tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anonymous1/16/2023

      tak reti, takut lagi sesat nanti haha

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!