”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

2/16/2023

Penang 3-5 Feb 2023

Dah 2 minggu dah ke Penang, baru nak update sebab baru ada sedikit ruang senggang. Aku ke Penang atas urusan kerja actually tapi sebab weekend haruslah angkut Suami sekali hehe. Hari Jumaat tu kami gerak agak lewat dalam pukul 3.30pm, hamek kau jem teruk sebelum masuk jambatan kedua and jem lepas turun jambatan kedua asbab hujan dan orang balik kerja. Kami sampai 7pm lebih.

Sempat singgah kebun sebelum bertolak, tu lambat sikit tu

Bekalan. Pedas namati. Terbakar otak rasanya. Aku bagi kawan2 aku rasa semua marah aku sebab pedas HAHA. Last sekali tak habis pun, buang je. 

Vouk Hotel Gurney


Kami checked in dekat sini. Ok la hotel dia, breakfast so-so je, swimming pool agak berkeladak huaa tapi bilik besar and selesa. Receptionists dia semua warga Indonesia, aku syak owner dia Indonesian la sebab yang check in pun ramai Indonesians.

Aku sampai bilik je baru la nak merebah badan kejap, nak mandi tetiba baca message event start 7.45pm! Time tu dah 7.30pm. Gila! Aku sempat cuci make up je and tukar baju terus shoot ke bilik kuliah. Jarak hotel aku ke hotel event dekat je, 500m tapi sebab nak cepat, Husband hantar naik kereta.

Malam tu event habis pukul 11pm macam tu. Husband jemput jalan kaki je. Sebelum balik kami supper dekat Coffee Bean sebelah hotel. 12am++ baru jalan kaki balik bilik sambil berpimpinan tangan, giteww haha.

Gemokkk !

Pagi esoknya sebelum start bengkel, pergi breakfast dulu.

Balik Pulau

Bengkel hari Sabtu half day je so petang leisure time sebelum malam ada dinner balik. Sampai je bilik aku ajak Husband jalan-jalan. Kami ke Balik Pulau konon nak cari durian. Durian takde musim sangat kat sana, buah baru nak jadi.

Kami singgah makan tengah hari dekat kedai random yang cari dalam google.


Not bad, boleh cuba

On the way balik Suami ajak lalu Teluk Bahang. Nak jadikan rezeki terjumpa port best makan durian.

2 acres





Tempat ni cantik gila! Memang best makan durian dekat sini santai2 nikmati suasana dusun durian. Banyak port bergambar. Kami merasa la makan durian musing king tapi Raub punya haha. Apo makan durian Raub dekat Balik Pulau ahaha janji sedapppp! Situ ada cafe jual coffees and cakes jugakk.

Dah kenyang bagai kami meneruskan jalan balik ke hotel dengan hati yang girang. Malam tu ada dinner santai dengan colleagues. Habis dinner Husband ajak teman dia makan pasembor Gurney. Kerlass kau jah pakai baju dinner pergi makan pasembor haha.




Pagi esok lepas breakfast aku sempat pergi swimming while Suami layan gym.

Batu Feringgi

Sebelum balik pergi lagi sekali Batu Feringghi nak layan lauttt.



Dah puas menikmati alam, kami pun gerak balik. Sebelum naik jambatan kedua singgah early dinner.


Udaang masak cili kering tu sedapp gila! Ikan masak pedas kureng sikit.

Sotong goreng tepung pun manthappp! Menyesal ambil 2 ekor je. Haha. Total 3 lauk tu tolak satay RM115. Ok la kan?


Hati senang, perut kenyang maka kami pun gerak balik dengan gembira. Alhamdulillah. 

4 comments:

  1. port 2 acres tu mmg viral port tpi IQ tak pernah lagi singgah. sekarang bukan musim la nadia, kitaorang dah round cari black torn hari tu, tak jumper komerr...dari balik pulau sampai teluk bahang round. haha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha tu la, belum luruh lagi kan? Tengok masih bergayut atas pokok. Takpe IQ, soonnnn hehe

      Delete
  2. Saja nak share informasi tak penting: "Uncle tak makan durian".

    Sekian

    ReplyDelete
    Replies
    1. halaaaa kenapa? sebab bau ke? rugi le Uncle haha

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!