”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

2/10/2023

Promotion. Alhamdulillah.

Alhamdulillah, setelah 4 tahun 8 bulan kerja, hari ni Allah rezekikan aku untuk naik pangkat walaupun hanya pemangkuan dulu, lepas setahun baru confirm. Tadi sembang dengan Suami cakap macam tak percaya dah nak 5 tahun dalam perhidmatan ni. Dia pun cakap tak percaya, rasa baru je aku masuk belajar katanya hihi.

Selama 5 tahun ni aku baru pindah jabatan sebanyak sekali. Alhamdulillah aku boleh adapt dengan dua2 jabatan, aku dikelilingi orang yang helpful dan baik. Ada hanky panky sana sikit sini sikit tu biasa lah kan? Mustahil kita akan dapat environment kerja yang perfect.

Jauh lagi perjalanan kerjaya aku, lagi 27 tahun nak pencen! Haha. 5 tahun ni pun dah rasa penat dah. Aku tau ramai kecam penjawat awam, slow la, muka cemberut la, takde keje la. Aku tak deny benda tu sebab memang wujud orang2 macam tu. Tapi bagi aku itu sikap individu, kau tak boleh pukul rata semua orang sama. Ada sesetengah orang memang low mentality and ketegaq tak boleh nak dibaiki dah haha.

Kerajaan berkhidmat untuk rakyat, memang berbeza dengan swasta yang berteraskan profit gain. Orang swasta kerja keras sebab tau kalau tak perform tak dapat bonus, boleh kena buang kerja. Orang kerajaan ni kalau kau tak fikir pasal keberkatan rezeki memang akan naik lemak. Tu yang buat pejabat macam pejabat bapak dia punya. Kat sini bagi aku ada sistem's flaws which I dont want to elaborate more coz it will take my entire day to explain it.

Tapi pada hakikatnya si pembuat-pembuat dasar memang underpaid and kerja macam gila. Ramai je penjawat awam kena depression, ramai je penjawat awam kena darah tinggi sebab bebanan kerja. Yang orang nampak hanyalah apa yang di potray di kaunter (aku sendiri tak puas hati dengan perkhidmatan kaunter kerajaan, banyak perlu diperbaiki). Yang di belakangnya orang tak nampak. I'm not being defensive here tapi masuklah jadi pegawai kerajaan, korang akan tahu azabnya. Haha. 

Dah la malas nak membebel panjang, semoga aku terus dapat jalankan tanggungjawab dengan penuh amanah, dedikasi, bijaksana dan diberkati setiap sen gaji aku. Ameen.

10 comments:

  1. Alhamdulillah...tahniah Nad...

    ReplyDelete
  2. Tahniah..! Semoga terus berjaya lagi...

    ReplyDelete
  3. Naik gaji le tu.... apa lagi? Open table lah!

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, tahniah Nadia! ada je penjawat awam yang berkaliber. Cuma sebab segelintir orang, semua dipukul rata

    ReplyDelete
  5. Wahhh..tahniah nad. Nak kek takkk 🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak ! Nak! tapi taknak la free, nak bayar hehe.

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!