”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

3/28/2023

A day ride to Cameron Highlands

Semalam tetiba Suami aku cakap 'Abang ni kan, hari2 la buka blog Ayang nak baca update terbaru, sekali takde, berhari-hari dah tunggu ni'

Ops 😅, tak sangka ada peminat setia haha. Ok marilah kita naikkan balik semangat nak update blog yang semakin pudar itu haha. Dah makin tua makin malas pulak nak update kehidupan. Kalau IG story tu pakai post je, takde dah nak bebel panjang2 dekat caption. Haish, dekat mana ada jual suntikan kerajinan? Haha.

Ingat tak post ni yang kitorang try motor secara random di AEON? Ha dah terbeli hahaha. Dulu Laki aku ada superbike then dia jual. Sejak tu hari2 la meratib nak beli motor. Mama tak bagi haha danke. Mama kata scooter boleh. So angan2 dia nak beli Honda XADV 750 tapi tak mampu lagi so kita beli adiknya dulu, Honda ADV160. 

So haruslah rasmi nak test power dia. On 16 Mac 2023 kitorang ambil cuti dan shoot ke CH. 

Matching pulak beg tu dengan jaket kitorang 😍

Gerak dari rumah pukul 8.30am. Singgah breakfast di Kedai Kopi Yeop, Meru. Best jugak breakfast dekat sini, santai je ambience and menunya.


Dah kenyang kami masuk Tol Jelapang and keluar Tol Simpang Pulai. Maka bermulalah kemusafiran kami. Half way nak sampai dah start sejukk. Jaket tak berapa nak membantu, Husband cakap tangan dia dah biru haha. Tangan aku, aku sorok dalam poket jaket dia haha. Bijak saya.


Ladang Teh Boh Sg Palas

Ini destinasi pertama kami. Aku tak pernah sampai sini, selalu pergi ladang lain. Walaupun hari Khamis ramai gila orang sebab cuti sekolah kan. Plus nak masuk Ramadan dah, so orang pulun la berjalan macam lepas puasa terus kiamat haha.

Jalan nak ke sini agak sempit, kereta kena ikut turn turun dan naik. Motor? Takde masyalah hehe.



Unik

Banyak desserts yang mengiurkan. Harga standard tempat eksklusif lah 

Scone sedap! Kek tu pun sedap sebab ada elemen coffee. Lupa dah nama kek tu.

Mossy Forest

Lepas lepak Suami ajak pergi Mossy Forest. Dia cakap dia pernah pergi, aku pun ikut je la kan. Dia cakap ada lalu kebun sayur orang. So memang perjalanan tu ada kebun sayur bagai tapi jalan tu scary gila, tak bertar, bukit menjunam rasa nak terbalik motor haha dengan jalan sempit. Cuak weiii. Tapi aku percaya dengan Suamiku yang tercinta haha.

Then terserempak dengan 1 4x4 yang dipenuhi Bangla. Dorang tegur, bukan, bukan, salah ni bang hahaha walaupun kitorang tak tanya apa2 pun dekat Bangla tu. Dorang bagitau jalan yang benarrr. Maka mengekek la kami gelak sepanjang patah balik dan sebakul la dia kena bahan dengan aku.

Bila dah jumpa jalan yang betul, elok je ha jalannya. Memang ada kebun sayur orang tapi yang proper bukan yang macam kitorang nampak on first route tu 😏


Singgah menyantuni kambing


Banyak tangganya, tapi ok je sebab sejukkk

RM10 tak silap harga masuk.

Siapa yang konfiden itewww? Ye budak ni haha

Turun tu terus cari lunch. Memula nak cari makan dekat Teh Tarik Place Cameron Square, rupanya permanently closed. Then pusing motor ternampak satu kedai tomyam belakang tu, sebelah dengan Cat Cafe. Tak ingat nama kedai. 

Dah turun kedai tu baru perasan ada bau hancing kencing sebab Cat Cafe sebelah tu open konsepnya. Ceittt. Tapi dah duduk, telan je la. Hilang selera huhu. Aku je makan, Husband diet haha

Sheep Sanctuary

Dah kenyang Husband ajak masuk Sheep Sanctuary. RM12/head sekali dengan sekotak kecil makanan untuk binatang, bukan untuk kau! haha.

Pemalas dan gemok2 weh semua sheeps kat sini. Mana tak pemalas, 12 jam orang suap makanan non stop.

Alpha

Aku rasa jadi berbaloi masuk sini sebab ada alpaca.

Comellll!

Kea Farm

Sebelum balik mestilah singgah Kea Farm nak beli ubi untuk rumah sendiri dan Mama. Kami balik ikut Tapah sebab nak singgah kedai Mama dekat Ayer Tawar. Pergh singgah macam 1 jalan je bunyinya, padahal dah detour dah tu haha.

Lata Iskandar

Dalam 6.30pm singgah kejap Lata Iskandar untuk betulkan pinggang haha dan ambil gambar sekeping dua. Then meneruskan perjalanan Tapah-Langkap-Kg Gajah-Bota-Ayer Tawar.

On the way nak ke kedai Mama hujennn pulakss, habis basah seluar. Baju aku tak basah sebab terselindung di sebalik Suami haha. Sempatla Suami aku bagi aku ride kejap antara Langkap-Kg Gajah. Lepas tu dia mintak tukar sebab dia gayat aku bawak dia duduk belakang haha.

Alhamdulillah sampai kedai Mama pukul 8.30pm. Pekena Nasi Goreng Daging Mama sedas. Perghh nikmat. Laki aku paling kebulur sebab dia tak makan lunch dengan hujan lagi kan haha nasib le, takde siapa suruh tak makan.

Dalam 9.30pm kami gerak balik rumah. Alhamdulillah sampai rumah dalam 11pm. Laju jugak Suami aku bawak, max dia pergi 110km/h. Laju tu woi kalau naik motor, kalau pakai helmet longgar mau tercabut sekali dengan kepala haha. 

So perjalanan kami hari tu around 350km haha. Keluar rumah 830am, sampai balik 11pm. Perghhh! Sakit tulang belakang aku dengan lenguh peha sebab seat belakang tu lebar boleh tahan haha. But it's worth the journey. Bawak motor ni tak boleh rush, kena santai je. Nak benti, benti, nak makan, makan.

Tips: Kitorang pakai helmet half face, so wajib pakai bandana kalau tak habis muka dikotori debu2 jalan. Muka aku habis berpasir sebab tak pakai, Husband je pakai. Selfish haha. Balik tu terus beli bandana dekat Decathlon (kawan belikan, tak le kami ke Decathlon pulak haha)

Ni kalau ada ADV750 confirm dia ajak aku pergi Thailand. Dah berangan dah tu haha. Tapi Suami aku dah warning 'Kau kalau pergi jalan jauh naik motor jangan gatai nak bawak baju tidur 2-3 pasang, baju siang lain baju petang lain. Pakai je baju yang sama, kotor hantar dobi pakai balik' hahaha tamper nakk?

InshaAllah akan ada next trip lepas raya, nantikan. Jom join konvoi? 😉

6 comments:

  1. Jommmm..hahahaa tak dapat ku bayangkan konvoi bawak 2 kenit ni.
    Ishhh, aritu konon² nak naik cameron rasmikan kereta tapi memikirkan jem, baik takyah 🤣.
    Hati² pi ride memana Nad n suami.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aajomm! haha. CH kena pergi hari biasa yang bukan cuti sekolah, baru boleh bernafas dengan lapang haha.
      TQ Jaja, inshaAllah, ameen.

      Delete
  2. Kalau tangga naik turun sayup mata memandang cam tu... no thank you... Lepak minum teh je la....

    Alpaca? Nak kena gugel lagi.... adoi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tangga dekat Ladang Boh tu ke? kalau yang tu dorang ada sediakan perkhidmatan 4x4, dengan bayaran hehe. Kalau mossy forest tu, takde haha.

      Google cepat dan bela haha

      Delete
  3. Antara tempat yang saya nak pergi...mudahan ada rezeki suatu hari nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah. Ameen. Moga dipermudahkan. Tips: jangan naik kereta kalau weekend kalau taknak menyesal haha

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!