”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

3/30/2023

Basic needs for camping

Yang kami dah beli:

Khemah

Takde brand. Kain dia tak tebal sangat tak nipis sangat. Ok2 je. Berbaloi dengan harga. Kena hati2 sikit la kendalikan takut terkoyak kena pisau ke apa. Kalau gigit tak koyak haha.

Nama pun camping kan mestilah perlukan khemah. Unless kau nak ambil risiko berbasahan sebab hujan or tidur malam buka mata ternampak rambut pontianak berjuraian dari atas pokok atau tetiba terpeluk harimau yang tumpang tidur atas ground sheet kau, ha sila la tak payah beli khemah. Tidur je atas ground sheet berbumbungkan fly sheet.

Semua barang basic khemah aku beli dekat shoppee. Kitorang beli khemah yang boleh muat tidur 6 orang walapun kitorang berdua je. Biasalah Laki aku memang over, nak ada ruang yang selesa untuk tidur tak perlu berhimpit dengan bag bagai haha.

Kitorang beli khemah yang tinggi supaya senang solat dalam tu. Solat dekat luar lagi syahdu tapi kena ribut petir, pishang mat haha.

Tilam

Tilam ni penting jugak bagi aku sebab aku pernah tidur dalam khemah takde tilam seksa oi, terasa tidur atas taburan batu-batu tajam haha.

Kitorang beli tilam nipis je, tak perlu mesin pam pun, pam guna kaki je dekat side bawah tu. Easy peasy. Nipis tapi tak rasa ground. Lena jugak tidur. Leceh sebab bantal built-in, tak boleh nak alih-alih wakakakaka. Nak selesa pergi tidur hotel nunn. 

Ground sheet

Ni penting untuk lapik khemah sebelum pasang supaya nanti korang tak perlu cuci khemah. Plus dia elak khemah korang direct contact dengan batu, pasir bagai so less probability untuk khemah koyak. Pasio ke selut ke kena ground sheet je dulu. Better beli ground sheet yang besar dari khemah, lebih afdhal dan selesa begitu. Kitorang terbeli yang kecik sikit, so kena beli lain la hehe.

Fly sheet

Amat berguna kalau hujan lebat. Lagi besar lagi bagus. Actually khemah yang korang beli selalunya dah ada fly sheet tapi kalau hujan lebat tak cukup nak cover. Kalau nak tukarkan khemah kepada swimming pool, tak payah la guna fly sheet haha.

Tali

Tali penting untuk perkhemahan. Macam2 boleh buat. Tujuan utama adalah untuk buat ampaian haha. Aku syak Suami aku dulu masuk pengakap la, dia teror ikat tali, kagum sayaa haha.

Lampu

Untuk luar aku rasa nak beli yang 100w je nanti

Ni penting. Kalau boleh beli 5 letak dekat penjuru setiap khemah dan dalam khemah 1 haha. Kitorang baru beli 1 untuk dalam khemah. Pastikan fully caj sebelum pergi berkhemah. Tak guna korang bawak kalau tak boleh on haha. And lampu ni penting untuk bawak pergi kencing tengah-tengah malam bagi mengelakkan terkencing dalam sarang ular haha.

Dia ada 3 mode. Terannggg, kurang terang dan lip lap lip lap. Ringan, kecil, padu dan mudah diuruskan. 

Lampu hiasan

Cantikk takk?

Haha ni just tujuan decorate luar khemah but it helps. Cantik dan membantu serba sedikit bab pengcahayaan. Ha yang ni aku beli dekat DIY sebab last minit baru teringat nak beli tapi 4m je yang ada, tak cukup panjang. Nanti nak beli dekat Shopee yang panjang boleh balut khemah punya haha. 

Kerusi healing

Best tau duduk atas kerusi ni. Rasa duduk atas kerusi malas. Plus ringan je nak bawak, siap ada beg. Berbaloi beli

Kerusi ni sebenarnya boleh je kalau korang nak bersemayam atas lantai tapi kalau sakit lutut nak bangun pun susah beli je lahhh. Boleh ambil gambar dengan background lagu tenangggg ribut jiwaaa. Kerusi ni berbaloi beli and letak je dalam kereta. Hari tu teman Suami training rugby takde kerusi dekat padang tu, so kita keluarkan dia dan berbangga dengan penduduk setempat yang duduk atas rumput dan takde tempat untuk bersandar haha.

Powerbank

Ni penting kalau kawasan perkhemahan korang takde sediakan plug point. Bukan untuk caj handphone. Haipp kalau pergi berkhemah nak mengadap handphone baik kau pergi pejabat. Powerbank penting untuk caj lampu, kipas bagai supaya hidup lebih teratur. Ni takde la beli, guna yang sedia ada je

Yang kami belum beli tapi rasa perlu beli:

Kipas

Ni InshaAllah akan dapat soon 😍 Padu angin dia, kawan aku dah beli.

Penting jugak kipas untuk tidur yang lena. Basically tidur dalam khemah time malam memang no problem. Angin just nice, boleh lena. Tapi lain cerita untuk orang macam Laki aku yang hidup nak air cond je. Hari tu aku bawak kipas tangan yang guna bateri, dia guna tu la sementara nak lena. So memang yang ni on the way beli hehe. 

Kalau nak tidur siang dalam khemah memang menggelupur la kena panggang haha.

Alatan Memasak + Ice box + mini stove

Bagi aku ni praktikal sebab boleh lipat lepas habis guna and baca komen memang boleh tahan lama ais dalam ni. 



Wishlist. Mahalll. Kena simpan duit. 1 set almost RM400

Ni kawan dia. Satu set around RM120

Perlu kalau memang masuk betul2 hutan. Sekarang aku tengok ada tempat camping siap ada cafe, senang hidup! Haha. Aku tengah ushar 1 set alatan memasak untuk camping ni tapi tengok harga nangis oooo. So kena kumpul duit dulu sebelum beli.

Ice box untuk simpan barang basah

Glove

Penting. Duduk dalam hutan korang tak tau apa yang korang akan hadapi. Tetiba kena cantas pokok ke apa ke, hand protection penting.

Penyapu + penyodok tangan

Ni penting kalau pasir termasuk dalam khemah. Takkan korang nak bawa vacuum pulak kan? Haha. 

Lapik kaki

Hahah penting ye especially pergi tempat berpasir.

Meja kecil

Kalau aku ambil yang ada storage tu. Senang nak simpan barang 😉

Untuk memudahkan time masak dan makan.

Hammock

Actually ni dah ada tapi Husband cakap nak beli yang kain dia lebih elok dan kurang panas. Husband aku kan putera lilin haha. Layan jugak weh tidur dalam ni. 

Nak kumpul barang ni semua memang makan duit yang agak banyak bagi aku. So kena beli sikit2. Siapa suruh minat camping? Kalau minat main gasing tak ke murah je hobinya haha. 

7 comments:

  1. Fuh! Congak-congak, akaun bank punya damage pun boleh tahan ni.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu yee! kena beli sikit2 suapay tak rasa sangat damage tuu

      Delete
  2. Dah tua2 ni teringin juga nak camping. Tapi kena ada orang tolong bawak, pasang n kemas balik la..hehehehehe.

    ReplyDelete
  3. Ajak kawan2/ saudara mara yang muda2 join ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pun join glamping. semua dah tersedia, bawa baju je hehe

      Delete
  4. banyak juga modal nak dapatkan peralatan camping ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye wak, kena beli sikit2 supaya tak rasa sangat

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!