”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

4/18/2023

Last weekend of Ramadhan - makan luar je

Jumaat lepas Laki aku cuti nak servise motor bagai, then dia ajak pergi berbuka kat Jawi, Penang. Penangan tengok orang review dekat tiktok haha. Korang tau tak area Utara Perak sampai ke Penang ada jual makanan bercangkerang yang special untuk bulan Ramadhan je? Aku pun Suami yang bagitau, dah 3 tahun berturut-turut kami pergi. Husband la suka, aku biasa2 je.

So kali ni kami try yang dekat Jawi punya, tahun2 sebelum ni pergi dekat Kerian je. Gerak dari Ipoh dalam 5.30pm, lepas aku balik kerja. Kali ni kami ke Wanis Char Kuetiau, tengok review not bad. Alhamdulillah sampai betul2 time berbuka. Disebabkan musafir takde la terkejar nak cari masjid bagai. Kita isi perut dulu! haha


Pinggan merah RM35. Belangkas ikut size, kami punya RM12

Kami order ni dengan Char Kuetiau Udang 2 and bungkus Kuetiau Goreng 2 untuk Ayah dan kerabat di rumah. Char Kuetiau dia kureng sikit sebab kuat gila bau belacan. Tak tau la kot hari tu je macam tu. Kalau kurang bau and rasa belacan tu memang sedap Char Kuetiau tu. Kuetiau Goreng dia sedap, family aku suka.

Aku 1st time makan telur belangkas. Rasa dia pelik haha. Memula macam masin tapi end taste dia rasa kacang haha. Cukup la sekali rasa. Makanan bercangkerang dia terbaik, tak hanyir tu yang paling penting. And ni antara kedai rare sebab sediakan air asam. Aku bukan orang Utagha, tak reti nak makan menatang tu dengan kuah kacang. 

Gravy dia sos thai, air asam, kuah kacang. Terbaikkk. Satay dia pun not bad. Overall kedai ni aku bagi 8/10. Dah 3 kedai aku pergi, kedai ni rasa paling sedap. Pekerja dia pun friendly.

Dalam 830pm kami gerak balik, sampai rumah Mak dalam 1030. Perut aku dah meragam time tu, terus makan ubat Alhamdulillah ok, tinggal sengal2 je.

Malam tu main game dengan Suami sampai 230am haha. Lepas tu bangun sahur mamai haha.


Esoknya dalam 1130am gerak pergi rumah Mama pulak, nak berbuka dengan Mama and Abah. Sebelum tu pergi pick up kuih raya dari kawan. Tahun ni Mak tak buat cookies sangat, so ada yang beli je. Aku beli untuk makan sendiri bukan nak hidang kat orang haha.

Nutella Drop tu sedapp!

Sebelum sampai rumah Mama sempat singgah kedai aksesori motor. Orang Perak kalau nak cari barang motor boleh pergi Watali, Ayer Tawar. Suami aku cakap kedai tu popular and murah and banyak pilihan. Tapi barang untuk motor kitorang takde sangat, lepas raya baru masuk. Hari tu beli side mirror je. 

Petang tu pergi Bazar Romdan dekat Manjung. Beli itu ini tak sedar RM100 habis haha. Kitorang beli nasi kerabu 2, nasi dagang 2, nasi ayam 1, laksa 1, ayam goreng 2, cendawan enoki goreng, begedil, rojak buah, kuih keria, murtabak. Haha makan berempat je ha. Apehal sampai RM100 ekk? Hmm. Nasib la kami ni memang jarang gila ke bazar. Ni pun beli sebab taknak susahkan Mama beli lauk masak bagai sebab Mama selalu berbuka dekat Masjid je. 

Esoknya Suami ajak balik awal, tak sabar nak pasang side mirror la tu haha. Sampai rumah aku mengisahkan hal baju, gosok baju kerja, lipat baju etc. Musim sekarang panas betul ye? Menitik peluh kalau tak on aircond siang2. 

Dah nak berbuka kami pun ride ke AEON nak berbuka dekat sana sebab aku malas nak beli lauk bagai, lauk habis licin, kita kasi can dapur rest hehe. Setengah jalan tetiba nampak dekat depan hujan lebat hahaha. Laju kami patah balik lari dari hujan. Then tukar naik kereta. Haha merajukk. Baru feeling2 nak naik motor.

Sampai AEON dah nak berbuka. Kami minum dulu, order makan, then solat. Lepas solat baru ada seat kosong. Kitorang memang suka solat dulu supaya tak rush.




Cuba teka kitorang makan kat mana? hehe. Dah setel makan pergi round2 mall kejap. Aku tak beli apa pun, Husband je beli seluar 2 helai. Seronok member dah kurus banyak. Dah berbulan Husband jaga makan and workout. Memang nampak dah kesannya. Bila peluk dah rasa peluk orang lain hahaha.

Disebabkan dah kurus, so sebelum balik kitorang reward kan diri dengan sebiji Burger King kongsi berdua haha.

Next weekend dah raya. So di kesempatan ni *wish siap2*. Selamat Hari Raya! Moga semua ibadah kita sepanjang Romdan diterimaNya. Moga tahun ni kita dapat raya dengan yang tersayang dengan penuh keberkatan. Aku mohon maaf atas segala salah silap aku yang mengguris perasaan sesiapa. Semoga korang dapat maafkan aku seikhlas hati.

4 comments:

  1. Selamat hari raya Nad. Maaf juga kalau ada terkasar bahasa selama kita berbalas komen 😊

    ReplyDelete
  2. Selamat hari raya!

    Inai kat ibu jari tu dah tahap kritikal!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha tak sempat nak topup lagiiii. i try my best sebelum raya haha

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!