”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

5/08/2023

2 malam di Scarletz Suites KLCC

Lepas hantar family menunaikan Umrah kami decide nak stay dekat KL sampai Sabtu. Bilik ni aku booking lama dah lepas tertengok video dekat tiktok haha. Hotel ni betul2 tengah bandar, swimming pool memang view KLCC and KL Tower. Bilik cantik, swimming pool cantik cuma parking je limited and sempit. Parking fee RM5 per entry. So kalau sehari 3-4 kali keluar kopak jugak la bayar parking. So rancang perjalanan anda sebaiknya haha.

Bilik ni best gila. Tak pernah la kami tidur hotel tak on aircond. Bilik ni pakai kipas je dah sejuk yang mendinginkan pundak. Memang nice, tidur pun lena. Suami cakap sebab depan ada bangunan so dia jadi laluan angin. Kitorang bukak tingkap pulak. Fresh betul guna angin luar instead angin aircond. 

Best berendam dengan air suam dalam bath tub sambil tengok jem dekat bawah melalui lubang2 itu haha

Bilik ni lengkap dengan peti ais, sink dan dapur. Ada water dispenser siap so tak payah kisah nak beli air minum. Cuma yang tak best masa stay sini aku demam so pergi je melawat swimming pool, tak mandi pun. Sobsss.

Kami memang tak beraktiviti apa pun, konon nak pergi beraya rumah kawan2 semua tak jadi sebab aku demam and kawan2 pun masih ada di kampung masing2. Sebab hotel ni dekat dengan MyTown, so ke sana je la kami buang masa.

Kitorang kan suka buat benda impromptu haha, percutian hari tu kami decide nak buat sedikit investment. Sedih jugak tengok akaun bank merosot tapi tau benda tu tak rugi pun malah inshAllah dalam beberapa  tahun akan dapat pulangan. Ameen.

Lepak malam2 dekat sini dengan adik beradik Ayah aku dan sepupu2 semua, yang sama2 hantar family kitorang ke KLIA semalamnya.

Upin dan Ipin

Lunch di Serai. 3/5

Biasa2 je kalau nak dibandingkan dengan harga. Time makan baju terkena sambal. Baju putih pulak tu, terpaksa beli baju baru haha. Suami suruh beli baju putih jugak untuk matching dengan dia hehe

Hari Sabtu sebelum balik kami singgah OU sebab rindu tempat dating dulu2 hehe.

Kami singgah Skechers, saja2 cuci mata. Sementara tunggu Husband belek kasut aku main lego dekat 1 dinding ni. Bagus la Skechers ni, thoughtful, ada la jugak aktviti sementara tunggu orang lain shopping ye dak? Time ni aku tak perasan Husband dah habis membelek, rupanya dia senyap2 ambil video. Bila tengok balik video tu macam cacat je aku duduk situ bila kerusi lain dihuni oleh kanak2 hahaha.

Nak pergi Korea makan white strawberry entah bila, so kita beli dekat Jaya Grocer. Manis! Aku memang suka berries. Aku makan semua kot, aku suap Laki aku 3 bijik je haha. 

Aku suka crepes berbanding cakes tapi yang ni tak berapa umphh sangat walaupun kedai dia nampak premium.

Dah penat kami pun gerak balik, memula hari Ahad ingat nak bawa Mama beraya rumah abang dia dekat Penang tapi Mama ada hal lain and aku pun demam lagi so kami tak jadi balik rumah Mama, balik rumah sendiri je. Lagipun taknak Mama dengan Abah berjangkit demam.

Kami berdua ada beli akuarium sebelum puasa lagi so lepas raya baru mulakan operasi, setelah melepasi tempoh bertenang. Memang mula dari zero sebab dua2 tak tahu apa2 pasal aqua living tapi sibukla nak membela haha.

Rupanya minggu pertama kena stabilkan ph air and biak bakteria baik dulu. So fasa tu la kami tengah lalui. Beratus jugak habis dah untuk permulaan. Tak sabar nak ada aquascape and bela aquaman dalam tu HAHAHA.

Beli ni pun dekat RM100 hahaha. Suami aku cakap kutip dalam hutan je lepas ni. Boekkk bosss. Nanti kalau dah cantik aku tunjuk. Kalau tak cantik aku tengok sendiri haha. Walaupun baru ada kayu2 je, plants belum ada, aku dah ralit tengok benda tu. Nak buat akuarium ni kena rajin la, rajin tukar air hehe


8 comments:

  1. Akuarium la pulak.... Uncle rekues post khas topik akarium ya... Termasuk dengan berapa damage dia sekali... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi inshaAllah Uncle. doakan kami semua hidup sejahtera dan panjang umur hahha

      Delete
  2. kalau parking bayar mcm tu, sesuai ke mana2 naik grab...lagi mudah rasanya.

    by the way, crepe dia nampak tebal. tak nipis. dan rindunya nak makan crepe! masa kerja dekat KL dulu jer ofismate suka makan crepe cake mcm ni. arghhh! rindu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe betul2, naik grab tak payah bayar duit parking dekat mall

      aah tebal sikit, lagi nipis lagi ngamm. kena cari tu dah rindu hehe

      Delete
  3. Guna kipas dan tanpa ekon...memang rare...tapi bagus sebab angin lebih nyam,an kalau nak tidur malam

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul. nyaman. tapi angin sekarang berbahangg

      Delete
  4. I don't like Serai.. harga dia macam tak berbaloi dengan rasa dia yang biasa2 je tu.. haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha tepat sekali! saja nak try sebab ramai cakap sedap. biasa2 je la. rasa macam tu boleh dapat dengan harga yang jaug lebih murah. jadi la merasa sekali seumur hidup haha

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!