”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

5/05/2023

Hantar Kesayangan Menunaikan Umrah

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, parents, Adik perempuan dan beberapa ahli keluarga aku yang lain dah dijemput Allah untuk menunaikan Umrah. Dorang bertolak 6 Syawal yang lepas. 8 orang semuanya. Sedih sebab takde rezeki aku kali ni nak pergi 😢 InshaAllah, next time. Ameen.

Kitorang gerak hari Rabu pagi, dua kereta. Kereta  Adik laki aku bawa beg2 je, kami bawa orang. Family aku punya bag macam nak pergi Haji! Haha. Singgah Ipoh untuk breakfast tapi kedai banyak yang tutup lagi sebab raya kan and kedai yang bukak orang beratur sampai lunch pun belum tentu dapat makan lagi. So penyelamatnya adalah kedai mamak.

Then meneruskan perjalanan. Wajib singgah RNR Tapah sebab Adik aku mesti nak beli A&W kalau lalu situ, apa tabiatnya ntah, macam takde A&W dekat tempat lain. 

Alang2 dah singgah, kita pun kena beli air favourite 

Trafik slow sikit tapi tak la sampai kereta stop

Pit stop pertama beraya dekat rumah Pakcik aku di Denai Alam. Settlekan solat semua dulu sebelum ke destinasi seterusnya.

Out of sudden Suami aku berkata 'hitamnya Abang'. Huahuahua tak tau nak gelak ke nak pura-pura menafikan. Takpe Bang, hitam itu menawan kakaka

Then kami ke MidValley nak tukar duit. Dasar family last minit, esok nak pergi hari ni baru terkedek-kedek nak tukar duit. Tapi tukar duit kat sana memang dapat tinggi sikit berbanding tempat lain. Aku nak tukar USD aku tapi malangnya tak terima sebab ada conteng. Aku pun tak perasan terima duit conteng, mesti time beli kat aiport hari tu. Lesson learned, lepas ni kena cek betul2. And duit USD tak boleh lipat ye, dorang tak terima jugak. Huaa. Ada balance USD 28 dekat aku, dekat RM100 tu. Nak buat macam mana, kena la pergi US untuk habiskan HAHAHA.

Kitorang pergi makan dekat Sepiring. Aku first time makan situ. Sedapp gila Nasi Ulam dia. Memula ambil setalam, konon nak share2, sekali tambah lagi 2 nasi sahaja. Ayam dia besarrr.

Hot Choc. Sedappp!

Sedap gila!

Selesai kat sana kami pun menuju ke homestay. Ehsan Residence Condominium, sempadan Sepang-Nilai, 20 minutes to KLIA. Tak tahu adik aku booking dekat mana tapi rumah tu ada 3 bilik, besar dan selesa. Lupa nak ambil gambar. Dinner malam tu kami Grab je.

Esoknya lepas breakfast, dalam pukul 12pm kami gerak ke KLIA. Flight pukul 5pm tapi nak briefing, nak uruskan luggage bagai kena la datang awal.

Kesayangannn sangat 💓 Dorang dah selesai Umrah, Alhamdulillah. Semalam baru sampai Medina, InshaAllah Selasa ni sampai KLIA. Rindu.

Sesi taklimat
Budak ni nak tengok kapal yang terbang tapi tak nampak dari menara tinjau ni, punya dia marah kenapa kapal tu tak terbang2 HAHA.

Dalam pukul 3pm dorang dah masuk boarding gate. Time salam peluk cium huaaa sedih gilaaaa. Berjurai air mata aku, aku nampak Suami pun nangis tapi dia cover kakaka. Nape ek hantar orang pergi Makkah ni sedih yakmat? Kalau nak hantar orang pergi Paris ke apa biasa je perasaan dia. 

Dah lambai-lambai semua, kami pun gerak keluar dari KLIA. Semoga semuanya selamat. Ameen. Semalam balik rumah Mak, alahai sunyinya rumah tu kalau takde orang tua, hilang seri.

Semoga Allah jemput aku dengan Suami pulak lepas ni untuk menunaikan Umrah. Ameen. 

6 comments:

  1. Cakap kat encik suami... "Black is the new white..."

    ReplyDelete
  2. wah...untungnya dapat pergi umrah...moga ada rezeki untuk pergi umrah dan haji

    ReplyDelete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!