”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

6/27/2023

Impromptu Plan: Betong to Hatyai by car

Last week aku ada meeting dekat Pengkalan Hulu dan lawatan kerja ke Betong, Thailand. Aku ajak Didi untuk teman a.k.a jadi driver free untuk aku haha. Time bincang nak ke sana tetiba dia come out with idea, 'jom pergi Hatyai terus. Nak tak Yang?' Aku jom ajeee haha. Memula aku ingat dia memain, rupanya betul haha. Bak kata Mama 'hangpa ni tengah duk berdua, ada aje kerjanya' Haha

Sabtu pagi dah settle urusan rasmi aku kat sana. Tapi kitorang kena patah balik ke border sebab semalamnya bawak masuk kereta guna diplomatic clearance je, so tak declare kereta properly dalam sistem. Nasib la Betong ke border dalam 15km je.

Sampai Pengkalan Hulu pergi isi minyak kasi full dulu haha. Dengan lafaz bismillah, kami mulakan perjalanan. 

Border Malaysia (Pengkalan Hulu)

Dekat border Malaysia senang je, kau drive thru je kereta untuk cop passport. Orang pun tak ramai masuk ikut sini. Kastam tak cek apa2. Patutnya cek la kan, kot aku bawak budak dalam bonet ke nak jual kat sana haha.

Border Thailand (Betong)



Masuk je border Betong korang kena park kereta and masuk immigration dorang. Kalau bawak kereta kena isi 2 borang kastam untuk kereta and whitecard untuk setiap individu. Syarat bawak kereta kena ada gran asal dan beli insurans. Kalau takde gran asal boleh bawak salinan tapi kena disahkan oleh balai polis sebelum masuk border. Kalau bawa kereta orang kena ada authorisation letter. Kalau bawak kereta curi kau langgar je semua, dah alang2 jadi penjenayah kan? Buat kerja biar habis haha.

Dekat kaunter imigresen kena cop 10 jari guna mesin. Time kitorang masuk tu awal pagi, so tak la beratur lama. Ada service express kena bayar RM30, sebab tak tau legal ke tak, kami tak berani nak guna, beratur je la, bukan lama pun.

Insurans kereta aku beli online je dekat gothai. Mudah sangat urusannya. Aku ambil pakej compulsory + 3rd party insurance, mahal sikit tapi lebih terjamin. RM178 hari tu aku bayar untuk insurans tu. Baru aku perasan, sibuk beli insurans kereta aku lupa beli personal travel insurance. Haha. Personal Travel Insurance ni cover sakit macam Covid ke demam ke apa, yang aku beli tu cover kemalangan jalan raya. Alhamdulillah nothing bad happened during our short vacation.

Kaunter isi borang white card + borang kastam untuk kereta. Upah: RM10

Dah settle dekat Imigresen kau ke customs house pulak nak endorse dokumen2 kereta. Kat sini kena 'sedekah' duit sikit. RM3 fix, bukan pakai konsep ikhlas haha. Bagi je la sebagai upah memudahkan urusan. Kau bayangkan 1 kereta RM3, kalau weekend beratus kereta masuk, pergh boleh makan tomyum free hari2.

Kejap je urusan kat sini, time aku pergi ramai rider yang masuk Betong, kereta tak banyak sangat.


Betong-Hatyai

Pekan Betong ni kecik je, pergi 3 jam pun cukup. Takde apa sangat pun. Pergi 7e borong burger je la haha. Plus duit Malaysia jatuh teruk sangat jadi semua harga bila convert jadi lebih kurang je beli kat Malaysia pun. Kita amek suasano je lah, tengok tempat orang.

Oh ni dinner dekat Betong time urusan rasmi tu. Nama kedai: Hantana. Sedapp. Yang best ikan tu semua dah siap potong. Kengsom terbaikk, pedas namati sampai ada staff cirit birit haha.

Ayuh mulakan roadtrip! Bismillah. Kalau ikut Malaysia, 248km tu dalam 2jam lebih je tapi sebab Thai ni jalan kampung and hiway pun takde tol, dia jadi 4 jam. 

We really enjoyed the journey. 100km pertama memang lalu jalan kampung, tepi tasik. Jalan macam nak ke Balik Pulau pun ada, berbukit dan berpusing-pusing. 100km seterusnya lalu persisiran pantai pulak then dah mula masuk kawasan pekan sampailah ke Hatyai.

Tak rasa sangat masa berlalu mungkin sebab bukan aku yang drive huahuahua. Aku ada offer nak drive tapi Didi tak bagi. Haha thank you Sayam *sambung tidur* Haha.

Tasik. Ban Lang tak silap namanya. Besar gila ok tasik ni and cantik gila. Siap ada 2 viewpoints disediakan.

Terjumpa pasar pagi dekat Daerah Ayerweng. 3 apam balik besar, 5 kecil baru 25 baht! Murah gila noksss. Sedap pulak tu, selembut sutera setiap gigitan tu. Rugi tak beli ikan dia *tiberr

Berhenti kejap sebab time ni video call Abah and dia tak percaya anak dan menantu dia tengah buat kerja gila haha

Sepanjang perjalanan after dah melepasi Daerah Betong, aku rasa kereta kami satu2nya kereta Malaysia kat situ. Kami je kot buat gila masuk Hatyai ikut Betong haha.

Ni berhenti tepi Pantai Sakom beli kudapan. Ni rasa keropok ikan kita jugak tapi versi lembut. Lepas tu beli asam 2 pek, aku terbuang 1 pek setengah sebab aku ingat sampah hahaha. 


Alhamdulillah dalam 2pm sampai Hatyai.


Kami book TK Thongrak Apartment. Dekat je dengan Central Festival. Bilik besar dan bersih. Tapi kelemahan dia takde lif! Haha. Rezeki kami dapat bilik GF. Murah gila, RM105 je 1 malam. Berbaloiii dan puas hati. Sorry takde gambar sebab sampai2 aku nampak katil tu ibarat terlampau rindukan aku, so aku berebah terus, handphone ke mana apa ke mana. Aku punya penat macam aku yang drive *jeling Didi, gelak, then tidur haha

Seronok roadtrip ni, enjoy the journey and scenery. Pergi pulak dengan kesayangan hehe. Rinduu nak roadtrip lagi. Didi dah ajak ke sana sini dah tapi ajak ride pulak. Aku ok je janji bawak motor BMW huahuaua. 

Aktiviti dekat Hatyai aku sambung next entry.

6 comments:

  1. Wow, bestnya drive ke Hatyai. Kalau akak tak boleh pergi berdua dgn AG sahaja kalau cross country. Mesti ada follower (maksudnya ada orang lain yang boleh saling berkerjasama didalam memastikan semua document lengkap, destinasi, route, penginapan etc). Nak harap Abang Gebu, memang takde la (termengumpat laki pulak..hehehehehe).

    ReplyDelete
  2. Kamu ni banyak berjalan... ada je cerita menarik... buat vlog la... please...

    Cerita pasal imigeresen... last week juga unlce kena tahan kat imigeresen negara jiran.... lucu ceritanya, tapi pengajaran untuk diri sendiri... Tak pandai la nak cerita panjang2. Tapi nak bagitau tu je.... bai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha tak reti Uncle buat vlog

      ala cerita la, macam menarik je tuuu! haha

      Delete
  3. Anonymous7/26/2024

    Nk tnya untuk minyak nk isi..macam mana ya..kalau kita kan nk pakai ron 95..kita pakai perodua je jdnya kena la pakai ron 95..x silap sy dekat betong 1 pattani 1 stesen ada jual ron95..dekat hatnyai ada ke ron 95?

    ReplyDelete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!