”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

7/10/2023

2nd weekend of July - Makan Luar

Jumaat

Lepas kerja Didi ajak jogging. Kali ni kitorang try jalan baru siap Meru-Klebang. Pro: Lepas ni dekat gila la kami nak ke Aeon Klebang. Cons: Jalan depan rumah dah sesak gila sobss. Dari rumah aku nak ke Klebang jadi 5 minute je instead of 15 minutes before this.

Jalan belum dibuka secara rasmi tapi kau tau la kan Malaysians ni, kau letak la segala jenis cone nak halang pun, gigih la dorang alihkan. Tak faham aku dengan orang yang jenis takde common sense ni. Ada la sebab kenapa kontraktor tak bagi lalu lagi. Karang ada serpihan2 bahan binaan yang rosakkan kereta korang, tau royan. 

Rasmi 'tayar' baru. 5km. Rasa lari atas yoga mat, mat. Paduu. Tak sedar terlaju 😆

Lepas Maghrib gerak ke rumah Mama tapi singgah makan dekat Big Portion Cafe, Batu Gajah nak isi perut sebab dah lari tadinya *cover* haha. Tak sempat nak order dekat kedai Mama sebab dah lambat gerak. Ramai gila orang kedai ni sebab dia ada macam2 menu. Boleh la try, rasa dia tak wow sangat tapi tak le mehh sangat. Sesedap terimaan tekak.

Sabtu

Hari ni dah janji nak bawa Mama makan Kari Kepala Ikan. Seumur hidup Mama dia tak pernah makan sebab dia tak makan mamak haha. Nak dijadikan rezeki, ada kedai kari kepala ikan orang Melayu dekat dalam daerah rumah Mama jugak.

F1 Kanji Arab nama kedai tu terletak di Pantai Remis, Perak and dia bukak weekend je haha. 3/4 kedai dia masakan berasaskan kari.

Ikan Merah. Sedappp. Untuk rasa kari Melayu memang cukup rasa kari dia.

Telur ikan. Favourite! Ni Didi message siap2 owner dia suruh simpankan hehe. Puas hati makan. 

Alhamdulillah Mama suka, Abah pun suka. Lepas ni dah tau nak bawa Mama pergi mana kalau dia teringin kari kepala ikan hehe. 

Settle makan bawa Mama pergi tengok kebun dia pulak.


Time kitorang nak balik ternampak dua ekor babi lenggang kankung jalan dalam kebun. Benda jadi lawak sebab cara dia jalan tu memang macam owner kebun tengah ambil angin petang healing tepi tasik haha dengan besar macam babinya. Eh dah memang dia babi kan? Haha Tak sempat ambil gambar sebab kami gelak melihat keletah babi tersebut, kebabian betul cara hidup dia hahaha

Sempat singgah kedai viral, Langos, dessert dari Hungary. Owner dia orang Hungary. Service laju and sedap (makan panas2). Aku beli 4 dengan topping: sour cream cheese, chocolate leleh, kaya, paprika ayam. Sour cream cheese and chocolate sedap! Kaya biasa je, paprika ayam tak sempat rasa. Range harga dalam RM5 sekeping. Tak sempat ambil gambar sebab dapat je makan terus haha.


Malam tu berebut main benda ni dengan Didi sebelum aku masuk tidur and Didi sambung tengok rugby

Ahad

Bangun pagi aku ajak Didi pergi breakfast dekat Warung Pak Wan, Sungai Wangi. Port favourite breakfast. Ramai gila orang sebab kat sini macam2 ada. Aku order nasi lemak pattaya, Didi order nasi lemak ayam.

Aku makan separuh je sebab dah kenyang makan tepek pisang. Didi jeling aku time dia habiskan nasi aku sambil bebel 'Kau ni kan perangaaiiii macam budak2, time lapar menggelupur macam nak mati dah, makan sesuap dah kenyang, lepas tu nak makan benda lain, aku jugak yang kena habiskan' HAHHAHAHA tersakiti betul bebelan dia tu. Aku tak suruh pun dia habiskan tapi Didi memang pantang tengok makanan tak habis, membazir, kufur nikmat katanya haha.

Aku kenyang sebab aku dah makan benda ni sekeping. Resah aku time beratur nak order sebab aku lupa nama kuih ni. Sampai turn aku 'Kak, saya nak pisang yang petak tu' hahaha. Malu weh tak tau nama kuih. Dah kenyang baru aku tau orang panggil tepek/lempeng pisang. Orang Kedah panggil peknga pisang. Aku panggil pisang petak 😂 My favourite, susah nak jumpa, kalau jumpa confirm beli.

Lepas makan Didi ajak lepak bawah jambatan.

Ramai gila orang dekat setiap platform tu, memancing. Aku ajak Didi tapi dia macam taknak layan aku dah hahaha.

Time ni sebenarnya perut aku meragam dari pukul 5pagi. Syak sebab ter over dose kari haha. Then cakap dekat Didi nak ke toilet, Didi ajak ke toilet AEON, kemain diaa 😏

Kami pun jalan2 dalam AEON. Hampir nak beli sesuatu tapi setelah ditimbang tara sambil makan aiskrim, kami decide nak hold dulu keputusan membeli tu. Kita kumpul duit khas lain untuk tujuan tu 😉

Sedapppp! Kongsi berdua

Sebelum balik sempat singgah beli ikan, nak tambahkan populasi dalam aquarium 😍. Balik kali ni tak sempat nak merasa nasi goreng Mama sebab Sabtu Mama tutup kedai and Ahad pulak kami nak balik awal sikit.

So lepas Zohor, kami pun balik rumah. Sebelum sampai rumah perut aku lapar, aku ajak Didi teman aku makan laksa. Aku order laksa sarang, sekali Didi order nasi goreng sotong. Siapa teman siapa ni? Hahaha. Lepas tu salahkan aku bila dia rasa dia gemok haha. Laksa ni pun aku makan tak habis, kena jeling lagi dengan Didi sebab dia yang kena habiskan 😂

Sedap laksa dia. Kalau datang Ipoh and nak makan laksa, boleh datang sini. 

8 comments:

  1. F1 Kanji Arab dengan Langos tu memang nak try. Tapi takde la pulak site visit belah2 sana. Tapi kalau ofis kat Ipoh dah lama pergi tempat2 tersebut. hehehehe....Boleh la cucuk2 boss besar suruh bukak branch. Tak Ipoh, buka kat Kampar..hehehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. meh la datang, saya boleh jadi tourist guide haha.

      ha apa lagi, cucuk cepatt. hehe

      Delete
  2. 1- (Orang melayu) Tak baik panggil babi... panggil khinzir..!
    Padahal sama je maksud dia... tak kurang pun! Hahahaha

    2- Kari kepala ikan? I'll stick with mamak... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. haha kan. tapi babi lebih puas disebut hahah

      2. try nordin kari kepala ikan bidor Uncle. Terangkat!

      Delete
  3. Abah iolls pun suka kari kepala ikan. Boleh try nihh. Yang kat Bidor tu pun dah masuk list. Hahaha
    Cer bagitau sikit apa nama kedai mama tu, kot lalu situ tersinggah keeeee. Hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe sila pergi dua2.

      ala kedai Mama kita takde nama sebab warung tepi jalan je. Dia betul2 sebaris dengan ABC Sheikh Ayer Tawar, tapi kedai kedua hujung.

      Delete
  4. Sampai sekarang cuba brain kat mana kesedapan Kari Kepala Ikan tu. Rasa mcm lebih baik aku makan badan dia.. haha takpe, sanggup di panggil kufur nikmat asalkan tak de kaitan dengan babi yang berjalan dalam kebun tu. #tiber.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha dekat kepala dia pun ada part badan dia. Gue pun tak makan bahagian kepalanya, makan isi badan dia jugak HAHAHA

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!