”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

7/20/2023

Cuti Awal Muharram

Hari Selasa hari tu aku cuti sebab kononnya nak teman Didi lawan bola tapi dia demam so off main tapi kami tetap pergi sokong team dia nun di Hulu Perak. Aku gigih nak ikut sebab ada sorang kawan baik gue duduk sana hehe.

Mission Impossible - Dead Reckoning Part I

Malam Isnin kami sempat pergi tengok MI. Cerita favourite Didi and aku jugak. Tapi aku tak la ulang tengok cerita yang sama walaupun minat. Didi dia suka ulang tengok cerita yang sama. Tak faham aku haha.

Sebelum masuk wayang pukul 845pm sempat la pusing2 Aeon dulu.


Labradorite

1st time nak try. Hope serasi


Tak sabar nak baca. Semoga bermanfaat

Rezeki hari tu dapat tiket 1 free, so bayar 1 je. Memang best cerita ni! Korang kena pergi tengok. Tak sabar nak tunggu part II.

Free 1 tiket 😚

Macam sewa 1 panggung ooo haha

Pagi esoknya sebelum gerak ke Hulu Perak sempat masakkan brunch Nasi Goreng Sotong.

Didi kalau sotong semua sedappp bagi dia haha Alhamdulillah

Lepas Zohor kami gerak ke Hulu Perak. Sampai dah nak dekat Asar, lepas solat baru gerak ke padang.

Menang gung kekalahan haha

Walaupun kalah, makan kena kasi winn! Haha. Kawan aku bawa makan sini, IGR Cafe. Not bad, tapi sebab dah pernah pekena kengsom Betong, kalah la yang ni haha

Dah kenyang kamipun balik. Sepanjang perjalanan sembang dengan Didi. Walaupun dia demam, tetaplah aku jadi penumpang haha. Macam-macam topik kami sembangkan, random je

Orang luar dalam konflik perkahwinan

Kami dua2 setuju kalau dalam perkahwinan ada isu/ konflik, orang luar tak perlu sibuk nak masuk campur even parents kita sendiri. Kita sebagai anak cuba elakkan dari bercerita masalah rumah tangga dengan 'orang luar'. 

Ada yang nyatakan, bila kahwin bermaksud kita kahwin dengan keluarga dia juga. Betul tapi untuk happy moments je. Bila ada isu, perkahwinan memang hanya wujud suami dan isteri, even anak2 pun tak perlu tahu yang kita tengah ada konflik. 

Kalau dah tak boleh nak setelkan berdua, rujuk pada yang pakar sebab kalau cerita dekat parents, emosi akan involve sekali, rasional dah ke laut antartik perginya.

Parenting

Aku cakap dekat Didi, dunia dah berubah. Dulu anak kau berjaya jadi top student, tak dapat apa2 reward pun, zaman kita pulak, nak reward mesti datang dengan kejayaan, dan zaman sekarang, anak tak perform dekat sekolah pun semua boleh dapat dengan senang. Name it, laptop, ipad, handphone, ps, nintendo, etc.

Tak salah kalau berkemampuan. Tapi dalam masa yang sama kena balance kan, kena jugak ajar anak 'erti hidup'. Jangan jadi enabler untuk anak. Jangan fikir anak kau je betul, anak orang salah. Kalau ye pun anak orang salah, lantakkan dia, tu anak dia. Kau fokus untuk didik anak kau supaya tak jadi macam anak dia. 

Tak sihat bila kau back up anak kau dan menunding jari dekat orang lain. Walaupun anak kau betul, tapi bukan hak kau nak alihkan fokus kesalahan tu pada anak orang lain. Terangkan situasi sebenar kepada anak. Jangan ingat anak tu budak kecil dia tak faham, sembang dengan dorang secara matang sesuai dengan umur, fahamkan konsep, do and dont, cause and effect.

Harta Faraid

Wasiat hanya boleh dilaksanakan ke atas 1/3 harta dan hanya kepada yang bukan waris. Contoh, kepada anak angkat, kawan baik, anak jiran.

Senang cerita kalau untuk waris memang wajib faraid unless semua waris setuju dengan wasiat tu tapi perlu melalui cara faraid dan tolak bahagian kemudiannya. And wasiat kepada semua waris tak valid kalau ada melibatkan anak bawah umur dan waris OKU walaupun dorang dah cakap persetujuan mereka. Persetujuan mereka tu tak valid sebab akal dorang belum dikira sebagai 'sane mind'

Random kan topik perbincangan kami selama perjalanan 2 jam tu? Haha. Salah satu sebab Didi adalah my best friend sebab wavelength mind kitorang mostly sekata haha.


Esoknya cuti Awal Muharram. Konon nak pergi hiking tapi bangun pagi hujan pulak and Didi pun tak berapa sihat lagi. So aku just masak brunch.

Udang Butter Milk

Plan nak mandi sungai pun tergendala so kami mandi hujan instead. Haha. 

Seronok ek kalau tiap minggu cuti hari Rabu haha,


10 comments:

  1. Kengsom tu nampak sedap yeee. Tak pernah cuba lagi.
    Part anak² tu kan, memang benar bagai dikata. Lagi bila anak dah sekolah. Walau baru tadika, banyak benda dah memikir 😅.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kene try kengsom, asam pedas thailand. hehe. pedasss and masam2 manis skit

      mencabar kan membesarkan anak zaman skrg. Semoga semua anak2 dapat dibentuk menjadi manusia yang diberkati Allah hidupnya. Aameen

      Delete
  2. Plan apa pun akan jadi tergendala kalau hujan turun. Tido lagi sedap. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha tepat sekaliii! Cuaca sejuk, redup, bunyi hujan memang best combo untuk tarik selimut.

      Delete
  3. Lah... uncle pun suka ulang tengok cerita best... boleh fokus lain2 tempat... mula2 fokus cerita, fokus, warna, fokus angle, boleh jumpa easter egg tau... nak2 cerita yg sambung2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha the same reasons with Didi. hahaha jumpa easter egg tu kelakar.

      Delete
  4. Cuya belum berpengalaman kahwin lagi...nnti ada anak sendiri, mesti merasa cabaran membesarkan anak zaman terkini ni. *telan air liur*

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul. dunia sekarang very challenging, even untuk besarkan diri sendiri haha

      Delete
  5. cuti memang seronok, nak plan macam2 tapi sampai hari kejadian mesti plan kelaut dalam. haahah!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha betul. kalau melayan malas badan tu memang melepek je laaa haha

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!