Sabtu lepas aku join teambuilding office dekat Escape Penang. Kitorang gerak dari Ipoh pukul 7.30am gitu. Berhenti breakfast dekat RnR Semanggol. Jalan jem sikit sebab hari PRN kan dekat Penang and Kedah. We managed to arrive there at 11am, an hour late from schedule.
Aku tak tau harga tiket sebab office bayar huehuehue. Escape ni besar, ada dua part; dry adventure and wet adventure. Buka pukul 10am, tutup game pukul 6pm, tutup Escape pukul 7pm.
Is it worth it? Yess!
Is it fun? Absolutely.
Is it extreme? Of course
Is it kid friendly? Sure, they do provide a lot of games that suit with kids.
Is it OKU (leg disability) friendly? Nope. There is a lot of stairs to cross from wet park to dry park.
Sebab kitorang lambat sejam, banyak mainan tak sempat cover. Nasib baik that was my second time, so sebab kesuntukan masa ada game yang aku pernah main, aku skip.
Aku mulakan my adventure journey of the day (gituh) dekat dry park dulu. Pukul 2pm lebih baru tukar swimming suit untuk main air sebelum mandi cuci diri dan solat jama' takhir. Environment escape sangat bersih and very back to nature, aku nampak ular kecil dan something weird animal looks like iguana but not sedang melintas jalan, baru balik beli gula yang mak pesan la tu haha.
Dekat sana ada perkhidmatan sewa baju renang, dont worry.
Tips:
- Bawa tempat letak handphone yang kalis air tu and sangkut dekat tengkuk
- Pakai topi sebab panas tapi boleh sangkut dekat tali handphone holder tu time main game.
- Pergi awal dan terus berkejaran ke chairlift (dry park) untuk naik the 1.1km zip coaster. Dont wear cap sebab cap boleh terpelanting. Dont under estimate it, coz hell it's extreme haha. Dont hold handphone in your hand, coz boleh terpelanting. Kitorang salah percaturan, sejam lebih tunggu nak naik zip coaster. Wasting time.
Chairlift. Slow menatang ni. Kalau cuaca redup memang enjoy. Kalau panas macam hari tu, pedih kulit oi haha. Dari atas boleh nampak orang beraktiviti dekat bawah. |
- Pakai kasut bertutup, at least water shoes.
Sorry aku tak banyak ambil gambar, banyak video je. Nak tengok pergi tiktok aku hahah.
Wet park dia best tapi kalau pandai berenang and tak gayat lagi best hehe. Slides dia macam Lost World je lebih kurang. Dia ada the longest water slide, in the world ke in Asia ke aku pun tak pasti. Boleh naik tube berdua or alone. Aku tak naik sebab kesuntukan masa and malas dah nak naik chairlift tu untuk ke starting point.
Time aku pergi tu ada nenek umur 75 naik the longest water tube tu wehhh! Nenek tu bukan yang jenis ranggi ke apa, memang macam nenek aku je haa. Salute gila, kitorang siap bersorak dekat nenek2 tu, anak2 dia gelak je haha. Terbaiklah!
But for me, kalau memang just nak bawak bebudak enjoy, better pergi theme park lain yang lebih banyak choices untuk bebudak. Kalau tak bawak budak kecik, u can enjoy urself here without limit. Oyeahh!
Will I repeat? Nakk! Hari tu tak puas sangat walaupun orang tak la ramai mana sebab hari PRN kan.
Jangan pergi dalam keadaan badan tak ready nak buat aktiviti sebab kalau buat semua game dia confirm esok akan sakit2 satu badan. But kalau memang dah biasa beraktiviti lasak, dah biasa jogging bagai, no worries at all!
Alah... belanja la gambar lebih sikit.....
ReplyDeletekena pergi lagi la nampak gayanya ni :P haha
Delete