”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

8/08/2023

Camping Jeram Anjang, Hulu Langat #2

Kami sampai area campsite dalam pukul 2.15pm. RV dekat Masjid Al-Amin, solat jama' siap2. Dari masjid tu tak sampai 1km dah jumpa simpan ke campsite. Jalannya berbukit curam jugak, so drive safely k?
Pishang mat nak angkut semua ni panjat bukit, wagon tak beli lagi pulak tu haha 

Didi decide nak bawak kereta naik atas. Memang kena hati2 sebab bukit berbatu, tayar boleh berpusing and body boleh kena hentakan batu2 besar. Kalau 4x4 no hal, kami kereta sedan je. Lepas memang lepas tapi risky la. Malas nak angkut punya pasal, redah je la. Alhamdulillah selamat. Kena beli wagon jugak ni huehuehue.

Tandas with no flush. Air laju dan sejuk tapi keadaan tandas so-so je la. Jangan la harap tandas premium haha

Dah settle angkut barang terus setup khemah di bawah terik matahari. Berkicapppp baii haha. 

Ni dah siap. Pasang fly sheet untuk standby jadi dining area kalau hujan

Premium Deluxe. Kipas tu sangat membantu ye, bukan saja bagi keselesaan semasa tidur malah membantu menyalakan arang haha

Dah berlemuih bagai, apa lageyyy? Terus terjun ke lubuk waterfall.

Massage, massage. Air laju, mesti berlekuk-lekuk otak aku haha.

Campsite ni bersih, privasi sebab 10 khemah je yang boleh masuk and safety sebab berpagar and ada orang jaga. Air terjun dia best, sejuk. Jeram dia berkeladak la sebab ada air terjun kan tapi kid friendly sebab tak dalam. Cuma kena hati2 sebab ada batu2 tajam jugak tapi tak banyak.

6.30pm kami naik nak prepare dinner. Aku dengan Didi incaj kambing bakar. Kawan aku incaj bab nasi dan lain2. 

Pak Mat Western

Our dinner. Aku beli coeslow KFC siap2 haha. Sedap weh makan macam ni. Simple tapi sedap dan mengenyangkan.

Malam tu sembang sambil healing tengok bintang sampai 12am. 

Mestilah ditemani maggi cup, menu wajib campers.

Then semua masuk tidur, badan dah penat. Pukul 4.30am aku dengan Didi terjaga sebab hujann. Sekali khemah kami bocor daaaaa. Air menitik. Bukan bocor apa, antara penyambung tu ada ruang untuk air mengalir masuk. Aku ajak Didi pergi bukak flysheet yang kami pasang untuk port lepak tu and pasang atas khemah. Apa lagi, terpaksa redah hujan. Lepas ni aku nak standby poncho la. Alhamdulillah settle dalam keadaan kuyup. Then sambung tidur sampai Subuh haha. 

Aku bangun aku dengar bunyi air lagi, aku ingat masih hujan rupanya tu bunyi waterfall. Lupa tidur sebelah waterfall.

Then kami siapkan breakfast. Didi masak nasi goreng wooo, sedapp wooo hahaha. Then grill kambing atas pan, kambing ada extra 1 peket.

Terbaik tak presentation? Haha. Didi la dia pergi kutip daun pisang tepi hutan tu haha. Ahh memang sedap dan kenyangg amat. Alhamdulillah. 

Dah setel makan kami slowly kemas2 barang. Dah nak setel kemas pergi terjun tiruk lagi sekalii sebelum balik. Nak kemas pun berkicap jugak sebab matahari dah start naik. Kitorang siap basuh groundsheets dalam sungai haha.

Dalam 1230pm kami check out dan menuju ke Bangi nak lunch di Restoran Mak Kimbong.

Besar baq hangg. Puas makan. Sedap masakan dia. Orang ramai gila tapi servis lajuu. Recommended. 

Then Didi ajak jalan2 dalam mall, nak cari surau katanya hahahah alasannn sangatt, padahal sampai sana tak solat pun, berhenti RnR jugak solat. Walaupun badan dah penat, kita layankan je la pergi IOI Putrajaya. Tak beli apa pun, memang literally berjalan dan makan aiskrim je, then balik haha takde keje sunggh la 2 ekor ni. Padahal sampai rumah banyak lagi benda nak settle kan haha.

ALhamdulillah sampai rumah pukul 9.30pm. Unloading barang dari bonet kereta, basuh baju, sidai baju bagai. Pukul 12pm baru settle semua, baru boleh tidur dalam keadaan sakit2 badan haha.

Berkhemah ni best, suasana dia best. Sekali sekala tidur bertemankan simfoni alam, lena dalam kedinginan malam, bermesra dengan alam, hidup dengan keadaan paling minimal memang seronok, dapat melahirkan rasa penghambaan dalam jiwa. Yang tak seronok nak set up khemah bagai and nak kemas balik. Sampai rumah nak kering2 kan semua barang pulak haha.

Tapi ianya tak mematahkan semangat kami untuk repeat. Where next? Huahauhua. 

8 comments:

  1. Betul, camping memang best tapi penat bila packing unpacking tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha kannnn. time berkemas rasa menyesal. bila dah rest, rindu nak camping lagiii haha

      Delete
  2. Kannnn. Nak healing² sambil bercamping memang syok. Yang tak syoknye nak pasang n bukak khemah, nak kemas². Sampai rumah jadi makin penat. Tapi makin ketagih. Camne tuuu 😂😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha yee tepat sekali. penat tapi addicted haha. acanoooo. suasana tu yg buat addicted kot ek.

      Delete
  3. Macam2 makanan... tapi tak lengkap dengan megi cup jugak kan? hahaha

    ReplyDelete
  4. Bab tandas tu yg tk best tu... kadang2 takut gak kalau ada ulau melingkau.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye tak ye, tak terfikir pun pasal ular hahhaa. masuk tempat2 camni memang kena banyak doa mohon perlindungan dari sebarang kecelakaan hehe

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!