”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

10/23/2023

Boycotting Israel's Products

Aku tau semua orang cakna dengan apa yang tengah terjadi di Gaza. Too much. Selama ni kita tau pergolakan dekat sana yang tak sudah2 tapi kali ni wayy too much.

Untuk aku personally, aku mampu doa and bagi sumbangan dari jauh je, tak banyak tapi harap membantu. Aku sampai dah tak sanggup nak scroll Twitter, luluhnya hati tengok para syuhada especially the mini ones. Allah, memang syurga milik mereka, memang mereka dah bahagia kat sana but as a human being, rasa sedih, rasa helpless, rasa marah, rasa sakit hati tu tetap ada.

Paling sakit hati tengok orang-orang Israel mocking Palestenians. Ya Allah memang aku doa Allah tiupkan kegelisahan, rasa takut, rasa insecure yang membawa ke mental health untuk dorang semua. 

Untuk tragedi-tragedi sebelum ni memang kita giat menyeru semua orang untuk boikot produk dorang but honestly aku tak pernah boikot secara tuntas. Kejap-kejap ada la sebab aku fikir kalau boikot pasaran tu dekat Malaysia, mungkin akan beri effect dekat pekerja-pekerja kita.

Tapi for this moment, I think I must do something more than what I did before. At this very moment nak masuk kedai yang mirroring that anak setan tu pun rasa tak sampai hati terbayang apa yang tengah Palestinians lalui kat sana while we are moving freely here.

Semalam aku dengar satu video TT omputeh, dia suruh teruskan boycotting ni sebab seminggu ni memang saham2 produk ni keep jatuh.

Then aku dengar satu video TT dari orang kita jugak, dia cakap mungkin usaha kita boycot ni tak beri kesan yang banyak pun dekat syarikat2 tu, tapi usaha tu adalah salah satu cara kita tunjuk solidariti kita untuk rakyat Palestin. Semoga dengan usaha macam tu, membuatkan mereka rasa kita ada dengan mereka kat sana.

Antara produk yang aku akan cuba sebaiknya untuk tak involve dah.


Semua orang kenal logo ni. Aku suka frap vanilla dengan caramel, frap java chips, matcha lemonade and macam2 lagi. Tapi sekarang kita banyak alternatif lain. Maybe we can change to Zus Coffee even the caffeine is stronger but you can always asks for less. Tealive pun dah banyak range coffee. Banyak tau option lain, we try ok?

Ayam goreng dia memang sedap. Aku suka double cheese burger dengan spicy tomatoes sauce. Typing ni pun dah rasa lapar. Breakfast range dia pun best, the hashbrown 🤤. But as I said before, can we at least try KFC or Marrybrown instead? Hari tu aku beli Nasi Lemak Marry Brown and I love their sambal more than Mc'D punya. Siapa sama dengan aku?

Ni paling aku takde masalah sebab memang tak suka sangat. Didi dulu suka betul tapi sejak mengamalkan kehidupan yang sihat, dah banyak kurangkan dah. Banyak sangat. Sebulan sekali pun kadang2 je kot. Apa kata kita minum air masak je lepas ni? Baik untuk kesihatan! Tolak la isu boikot ni kalau taknak, tapi kita fikir kesihatan kita pulak. Kalau craving air manis pun, kita ambil 2-3 sips je. Sarsi F&N sedap jugak, dengar cerita boleh hilangkan batuk jugak. 

Kita takkan mampu untuk boikot semua, tapi buat semampu kita. Contoh, aku pengguna iphone, takde sebab aku nak bazirkan untuk beli yang lain but instead aku gunakan iphone yang sedia ada ni untuk jadikan platform membantu Palestenians.

Contoh lagi, platform2 social media, majoriti pro kepada anak setan tu but what we do? Sebab tanpa socmed kita pun akan ketinggalan isu2 ni. So melalui socmed yang sama, kita guna sebagai platform nak tunjukkan solidariti kita.

Ni dulu sebab ni paling common. We start slow ok? Susah memang susah, aku pun tak janjikan aku mampu but we try our best ok? 

12 comments:

  1. Kita bantu sedaya kita kan. Walaupun hanya doa kan. Semoga kemenangan milik Palestin & Islam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betul. Doa kan senjata orang mukmin. Ameen

      Delete
  2. Kali ni memang rasa geram meluap-luap kan?

    Kadang2 terpaksa scroll laju2 kat twitter sebab tak sanggup tengok video orang share....

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul Uncle. Memang scroll laju2 sebab tak sanggup nak tengok, terlampau meruntun hati

      Delete
  3. syukur alhamdulilah dan terima kasih protes kepada golongan jahanam tersebut.....moga Alllah lihat usaha ini walaupun kecil dapat reda dari Allah SWT

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah moga Allah angkat dan makbulkan semua usaha dan doa kita. Ameen. Moga Allah laknat tentera2 Israel dan sekutunya.

      Delete
  4. KFC bukannya juga sokong yaa? Rata2 brand Amerika ini penyokong mereka kan. Saya pun mulai pelan2 kak. Memang tak bisa semua rasanya. Tapi brand yg memang bisa saya hindari, saya hindarilah.

    Kopi strbx itu pun dari dulu saya tak suka. Pernah minum, hanya utk meet up dengan teman. Bukan Krn suka dengan kopi mereka. Kopi lokal di sini pun jauuh lebih enak rasanya. Kopi asia itu LBH berasa drpd kopi mereka.

    Kalo McD, sejak beberapa usaha kecil menengah di Indonesia membuat ayam crispy, saya lebih suka beli dengan mereka. Bahkan beberapa ada yg lebih enak drpd KFC dan MC d 😄. JD memang tak ada alasan utk beli McD lagi. Burger dia dari dulu tak sedap. McD Indonesia yaa. Kalo mc d Malaysia burgernya masih lumayan.

    Apalagi Skr ni banyak burger lokal macam flip, lawless, dan bossman yg burgernya jauuuh lebih premium dan enak 😄. Makanya saya tak masalah utk boikot McD , strbx, Krn pengganti lokalnya masih banyak yg lebih bagus dr mereka.

    Baik kita sokong usaha lokal kan drpd franchise yg mendukung anak setan itu 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. KFC aku tak pasti, nanti akan semak semula. Ye betul, kita hindar semampu kita sebab ada benda memang dah jadi sebahagian hidup kita. The efforts that count, even the smallest one.

      Betul, kalau pandai barista nya, memang banyak kopi local yang lebih enak dan lumayan.

      Inilah masanya untuk kita support produk lokal. Harap pengusaha lokal tak ambil kesempatan untuk naikkan harga hehe.

      Delete
  5. Betul..sikit2 kita kurangkan..local produk much way better..cuma sekarang ni nak shiftkan Abang Gebu (AG) dari minum Milo...(sebelum ni dekat 10 tahun minum green tea..dah cemuh tu yang minum milo...) kena la rajin jerang kopi kampung balik untuk bagi AG. Hehehehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe cuba hot choc Aik Cheong pun okayy. Kopi Che Nah pun sedapp! Hehe. Suruh AG minum air coway je la kak haha

      Delete
  6. Allahuakbar...Linda pun x mampu nk scroll...nk share2 video...sedih n sebak sangat...tp, kita mmg tahu jalan cerita nya begitu..pengakhiran kita pun x lama lagi...Allahuakbar...semoga sekecil2 apa pun yang kita lakukan, mendapat keberkatan daripada ALLAH...tak mampu utk berjuang bersama umat ISlam Palestin...doa dan kiriman2 yassin je yang mampu Linda lakukan...

    btw, salam kenal ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, dunia dah makin dekat dengan pengakhirannya. Dalam Quran pun ada mention perkara ni. Ameen, may all our efforts count

      Salam Kenal :)

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!