”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

11/01/2023

A weekend spent @ KL

Pagi Sabtu lepas kami gerak ke Sg Buloh sebab Didi ada game rugby kat sana. Sebelum tu singgah breakfast dekat Mee Kari EJ, Chemor, tempat favourite aku makan kotiau kicap.

Kami meneruskan perjalanan, kena ada dekat sana pukul 2.30pm tapi pukul 1.30pm kami dah sampai. Nasib dalam arena tu ada masjid bagai so settle kan yang wajib dulu. Sementara tunggu 2.30pm kami lepak tengok tournament frisbee dekat padang sebelah.

Tetiba hujan, selebat-lebatnya. Aku lepak dengan Didi dalam kereta, Didi bersiap dan aku nap haha. Sedapp oo tidur dalam suasana tengah hujan tu hehe.

Alhamdulillah dalam 4pm lebih hujan pun dah reda and dorang pun start game. Dalam 6.30pm game selesai, team Didi kalah kakaka.

Cuaca masih sejuk, duduk pulak atas kerusi healing, memang selesa betul aku menikmati game tu walaupun tak berapa nak faham haha. Dah 6 tahun Didi bawak aku teman dia tengok game rugby, baru 10% je kot yang aku faham haha

Hotel Stay with Bintang, Bukit Bintang

Then kami checked-in hotel. Aku yang ajak Didi stay area sini sebab aku nak makan shawarma haha. Best hotel ni, parking per entry RM5, harga semalam around RM200 gitu. Bilik selesa dan bersih. Yang slack nya takde iron, kena mintak. Iron nya tak best and iron board dah patah baginya 😑 Yang best nak request tu melalui whatsapp je, tak payah call *bonus point for introverts haha

Shawarma Halab Gate & Al Hamra

Lepas mandi semua kami jalan kaki cari shawarma dalam hujan. Dekat je tempat jual shawarma dari hotel kami, dalam 500m je.

Kami try 2 kedai shawarma, Halab Gate dengan Al Hamra. Damascus yang tengah viral tu kami dah pernah rasa dulu2 sebelum dia viral. 

Taste wise, Halab Gate sama je rasanya dengan Damascus, baik korang pergi situ sebab less crowded. Al Hambra a bit smokey and salty, Didi suka yang ni, aku  suka Halab lagi sebab aku memang tak kuat masin.

Kami makan dalam bilik sambil menikmati suasana Bukit Bintang dari aras 17.







Pagi esoknya kami checked out dalam pukul 11.30pm. Perut dah lapar. Aku ajak Didi makan dekat kedai favourite kami dekat kawasan bilik yang aku sewa dulu. Sekali tutup daaa. Takde rezeki.

Rumah sewa lama. Syok duduk sini sebab bawah ada mall, kondo ada swimming pool and walking distance to LRT. Yang tak best, bilik besar keranda!

Then kami pergi makan dekat kedai favourite kami jugak area AU2.



Ikan Hiasan Pasar Pudu

Perut dah diisi, Didi ajak pergi 'tengok' ikan hiasan dekat Pasar Pudu. 1st time kami ke sana, dalam kepala otak kami dua2 bayangkan Pasar Chow Kit then pelik kenapa jalan yang lalu macam tak familiar sebab dulu memang beli barang basah kat Pasar Chow. Bila dah sampai dua2 macam ooooooo lainn rupanya hahaha.

Best shopping ikan dekat sini. Murahh dah macam2 jenis. Kami tak beli ikan sangat pun, Didi banyak beli plantss. Murah gila, aku tengok dia beli plants dah macam beli sayur nak masak kenduri. Sebenarnya kitorang cari tank CO2 tapi takde jual kat situ.

Kami beli 2 ekor ikan comel, green spotted puffers fish. Muka comel tapi ganas nak mampus woiii! Habis dihambatnya semua ikan lain. Terpaksa asingkan dia duduk dalam tuppeware haha. Aduhh. Kalau hidup lama kena beli tank lain untuk dia. 

Aqua Nature Aqua Scaping KL

Sebab tak puas hati nak jugak cari tank CO2 kami try google area KL juga kedai aqua scaping. Best kedai ni, cantik gila and neat. Tapi malangnya tank nya ada, yang takde gas nya pulak. Aduii. So just beli soil je, beli yang premium sikit.

So kami pun balik dengan hampa. 1st time pergi KL tak pergi shopping mall, pergi cari ikan je haha.

Aquatics Plant Aquarium Ipoh

Dah sampai Ipoh Didi ajak singgah kedai ni. Alhamdulillah ada rezeki beli CO2 dekat sini. Memang akan jadi kedai favourite kami la lepas ni.

Kalau korang nak tengok hasil aqua scaping kami, boleh tekan link ni. hihi. Thanks a lot to Didi yang bertungkus lumus siapkan. Aku tukang tengok je sebab Didi lagi creative bab ni haha. Oh lagi satu sumbangan aku, set kan timer hahaha. 

Seronok weh tengok aqua scaping ni hari2, tak pernah jemu, healing time. Kadang2 dekat office rasa rindu dekat budak2 nakal dalam aquarium tu. 😅

10 comments:

  1. Itu M3 Residency kan?

    (Nak kena gugel aquascaping la pulak.... Haih....)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah. situ ada kedai sup sedap. Uncle tau?

      Sila google, jangan terpengaruh pulak hihi

      Delete
    2. Sup? Tak tau lak....

      Baru sedar link tu pegi ke tiktok.. selama ni ingatkan orang yg takde akaun tiktok tak boleh tengok tiktok... hahahha! Nice!

      Delete
    3. nanti try Uncle, dia depan flat warna kelabu hehe.

      thank you uncle. ada rasa nak terjebak tak? hehe

      Delete
  2. Jadi nak shawarma pula 😄😄.

    Kemarin2 kalo baca Malaysia dah mulai hujan, Medan dah mulai hujan, sementara jakarta berbulan2 kering kerontang, saya sempat envy. Tapi Alhamdulillah Skr nih dah mulai lah hujan dikit2 tapi hanya sekejab2 saja 😅. Semoga nanti bisa lebih deras, tapi jangan banjir pulak 🤣

    Baguuus aquascape nya kak ❤️👍. Saya sebenarnya bukan penyuka aquarium dan isinya. Tapi kalau lihat punya teman2 yg bagus, besar, ramai ikan, memang menarik yaaa. Tapi tak bisa lah buat sendiri. Krn saya tak terlalu telaten untuk urusan begini. Apalagi ada kucing pula 4 ekor, yg lincah dan selalu ingin tahu 🤣🤣. Takut pula mereka mengganggu ikan2 tuh nanti 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha di indonesia mesti ada juga shawarma kan?

      Malaysia sudah masuk musim Monsun Timur Laut, dijangka hujan lebat hingga Disember, kami sedang siap sedia hadapi banjir. Harap baik2 saje, di Indonesia jua.

      Jangan terjebak sebab once terjebak akan terus addict dan duit pun mengalir haha. Tapi balik kerja lihat ikan dan aquascape memang bisa bikin hati tenang. Kalau ada kucing, harus difikir semula, risau balik kerja sudah hilang ikannya haha. Kucing comell tapi tiada kekuatan nak bela sebab malas nak uruskan haha

      Delete
  3. Kalau Halab Gate dengan Al Hamra buka pukul 9 pagi, boleh terjah..Damascus dah pernah makan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sure dorang bukak pukul berapa tapi rasanya kalau weekdays tak crowded kot.

      Delete
  4. membaca tulisan ini....terdetik hati untuk ke KL ..jala-jalan dan ambil angin

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe sila2, jangan pergi time cuti sekolah / cuti panjang je sebab weekend biasa pun crowded

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!