”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

12/05/2023

eMadani dan harga tiket yang mahal

Semalam aku sampai ofis awal, sebelum 8.00am. Tetiba teringat pasal claim eMadani. Terus aku buka apps TnG ewallet, dari 759am aku tenung je tab eMadani tu. Tepat2 pukul 8.00am terus aku tekan tanpa syak wasangka. 

Memula dia cakap line busy, aku refresh keluar form isi details. Aku isi and submit. Tak sampai 5 minit, taraa ada lebihan RM100 dalam akaun aku. Alhamdulillahh. Begitu mudah dan tangkas, ada orang sampai la ni tak dapat2 lagi.

Ada jugak yang kena reject rupanya sebab tak buat e fliling and tak pernah dapat bantuan lain kerajaan, so takde rekod dorang. Haha danke orang dah berapa kali cakap buat je efiling untuk declare, takut sangat kena potong cukai. Bantuan kerajaan nak, cukai nak lari. Podaci!


Walaupun banyak syarat nak gunanya tapi banyak jugak tempat yang boleh guna. 

So malam semalam sebab hujan and tak boleh nak jog *alasan*, aku ajak Didi pergi MR DIY, aku nak beli bag letak makeup yang dah koyak. Aku ajak pergi yang tepi jalan je tapi alang2 dah keluar, Didi ajak pergi yang dalam mall. Ajommm guna duit eMadani. Aku jarang sebenarnya guna TnG ewallet ni selain topup TnG. 

So menuju la kami ke mall tersebut, terus ke MR DIY. Aku pun cari beg yang aku nak, jumpa! Then round dalam tu cari keychain sebab keychain kunci rumah aku dah berderai, then ternampak jajan beli la sikit. Yang bukan-bukan aje yang kami beli.

Haha comel tak keychain baru aku?

Dah bayar guna duit eMadani, Didi cakap lapar, kami pun pergi makan. 


Alhamdulillah sedap, portion besar

Dah kenyang kami pun balik. Time tu approaching 10pm dah, mall dah nak tutup. Sampai kereta baru perasan tiket parking hilang, disyaki tercicir. Huaaaa! Tetiba rasa nak marah dekat mall yang masih tak buat epayment, erghhh!

So ke security office dulu, isi borang, dapat tiket kena bayar RM20. Tak pepasal melayang RM20. Haishhh. Takpelah, malas fikir janji selamat keluar tak kena tidur dekat dalam mall haha.

14 comments:

  1. Itulah.. pelik jugak ada yg x dpt rupanya x declare e-filing.. mula cerita tu puas hati sbb boleh guna terus emadani tu tp last² terbang rm20 pulak tiket parking hilang

    ReplyDelete
  2. kita lah salah sorang yang x dpt tu...sebab x isi e fililing ke???hahaha...nanti tanya husband dia dpt ke tak, sebab dia isi e filling...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe tp tu la ada jugak yg isi e filing tak dapat, tu mesti pendapatn lebih 100k setahun tu hihi

      Delete
  3. Haaa kan! Dah kena podaci setepek!! 🤣🤣🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha takde la Uncle, kadang2 manusia ni banyak komplen padahal takde tindakan dari diri sendiri.

      Delete
  4. Belum claim lagi e-madani tuu 😅.
    Masuk Diy, dengan masuk Eco, sama je seram dia. Sebelum pegi niat nak beli 1 barang je. Bila keluar..pening sendiri. Hahahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe pergi claim cepat, boleh masuk eco or Mr DIY dengan senang hati haha

      Delete
  5. tahniah kerana sudah belanja e-madani..saya belum lagi dan masih belum terfikir mahu beli apa

    ReplyDelete
  6. Hahahahah tiket parkir itu memang laah was-was kalo hilang 😂. Terkadang denda nya lebih besar daripada nominal parkir kita kan 😅. Suami pernah, di mall yg mahal pula. Jadi denda dia pun besar 😂.

    Sejak itu betul hati2 menyimpan tiket parkir nih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha ye betul, dendanya selalu around RM20-RM50 -_-. Lebih mudah kalau guna cashless payment. memang jadi pengajaran, lepas ni tiket parkir kena simpan dalam wallet, lebih selamat dari terjatuh.

      Delete
  7. laju betul nadia dpt rm100 tu, iq dpt sebelah petang. Alhamdulillah rezeki budak2, dapat lanje dorang. heeeeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe Alhamdulillah kan. bila dpt RM100 ni rasa banyak pulak benda boleh beli. Kalau duit sendiri mcm sikit je haha

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!