23 Disember 2023
Baru ada masa nak update huehuehue.
Time ni balik rumah Mak tapi Mak ada kenduri. Sebab bosan aku dengan Didi decide nak ke Penang. Didi cakap nak lalu jalan hutan, memula aku ingat dia memain, sekali betul da! Haha
Kami gerak dalam pukul 11am jugak, menyelusuri jalan Kuala Kangsar - Lenggong - Sumpitan - Selama -Jawi. Lepas Jawi masuk hiway.
Sepanjang lalu Sumpitan dan Selama memang banyak berhenti dekat Lata. Laluan tu memang penuh dengan Lata. Kami sempat berhenti ambil gambar drone di Lata Titi Dua and masuk rendam kaki dekat Lata Tebing Tinggi. Air memang cantik, jernih je. Boleh la kalau nak healing ke sana walapun agak jauh ke dalam.
Keluar je Tol Jawi hah engkau jem macam hape. Puncanya ada accident dekat laluan bertentangan 😑. Dasar Malaysians, kepochi! Haha.
Pukul 5 baru sampai Penang lalu jambatan kedua. Gila pergi Penang 5 jam! Haha. Kami singgah makan seafood dia Sham Hammer Ikan Bakar Spesial sebab dah kelaparan, tak lunch lagi. Makan tomyum kung (sedapp), sotong goreng tepung 2 ekor (sedapp), udang salted egg (biasa je), total RM110. Agak mahal tapi takpelah sekali sekala.
Then kami ke Quensbay saja jalan2 buang masa. Sebelum balik aku ajak Didi pergi kedai emas sebab nak tukar rantai tangan, sebagai self reward hasil berkerja setahun 😝. Memula pergi Wah Chan tapi SA dia sombong nak mati, sakit hati. Then kami ke Tomei, dilayan baikk. Alhamdulillah jumpa design idaman hati. Tolak rantai lama, tambah dalam RM1.6k dapat yang baru. Habis terus duit tabung haha.
Balik rumah cerita dekat Mak, Mak marah sebab tak pergi beli dengan dia, dia cakap Tomei mahal, kedai biasa lagi murah. Mak aku pakar emas kau tau Haha. Betul jugak tu tapi takpela, rezeki Tomei haha. Tapi pada pandangan aku emas yang aku beli dekat kedai macam Tomei, Poh Kong, Wah Chan emas dorang lagi lama shining berbanding beli kedai biasa, cepat nampak kusam.
Settle tu kami pun gerak balik rumah Mak, Alhamdulillah sampai pukul 11pm.
24 Disember 2023
Hari ni hujan rintik je sepanjang hari, memang seronok beradu haha. Petang sikit Didi ajak teman dia terbang drone dekat kawasan sawah padi belakang rumah Mak. Nah tengok hasilnya.
syok lalu jalan dalam..mmg jauh dan lama...tp kalau kira2 dengan jem, sama je tempoh nya...hihihi
ReplyDeletehehe ye betul. sambil layan pemandangan, tengok kampung orang, tup2 dah sampai :D
DeleteKitorang baru balik penang kelmarin. Pi kejap je. Ronda² cari kari kepala ikan 😂
ReplyDeletehehe kadang2 memang tak tau nak buat apa kt penang tapi nk pergi jgk lol
DeleteWah... kategori pro pilot drone ni.... Kongsi la ilmu... (tapi tak beli drone lagi ni)
ReplyDeleteHilang berbulan2... sekali upload 2 post... huh
haha walaupun dah setahun lebih beli, masih amatur Uncle. jom explore sama2 hehe
Deletehaha datang mood rajin diaa
Susah tak belajar terbangkan drone kak? Dah lama nak beli, apalagi saya rutin traveling. Dan memang view itu cantik kalo dilihat dr atas. Mungkin itu sebab saya tergila2 dengan bungee jumping 😄.
ReplyDeleteBaguuus tadi hasilnya. Sawahnya terlihat hijau 😍. Sayang saya tak pakai tiktok. Kaka tak ada IG kah?
tak susah, mula mula akan slow sikit, dah biasa nanti akan jadi macam pro hehe. beli lah, berbaloi untuk yang rajin travelling cuma kena lebih rajin untuk bawa dan mengecaj haha.
Deleteada IG: nadiahmadroslan hihi