”Ceritera ini dibintangi oleh: Penulis sebagai Aku/ Suami Penulis sebagai Didi/ Ibu Penulis sebagai Mak/ Bapa Penulis sebagai Ayah/ Ibu Mertua Penulis sebagai Mama/ Bapa Mertua Penulis sebagai Abah”

1/04/2024

Year End Shopping 2023

Dah jadi tradisi family aku hujung tahun je pergi menaburi duit dekat KL. Fav hotel family aku adalah Premiera Hotel, Menara MARA, KL sebab boleh pergi SOGO jalan kaki haha. Hotel ni dah upgrade, tahun lepas pergi macam sendu, tahun ni dah makin bersih, furnitures semua lengkap dan baru ⭐⭐⭐⭐⭐

29 Dis 2023

Kami gerak dalam 8.30am dari Kuala Kangsar. Kali ni Ayah request nak lalu WCE, nak merasa. Kami berhenti makan di Menora dulu. Then terus masuk WCE dekat Beruas. Mak dengan Ayah nak tengok jambatan baru Bagan Datuk tapi time lalu jambatan tu dua-dua tidur hahaha apadaa, nak kejut tak sampai hati so aku tengok la sorang2 haha

Laman Choco

Kami berhenti dekat Laman Choco di Sg Besar, Selangor. Cantik tempatnya. Boleh custom made choco jar, RM10/ jar. Then kami makan kudap2 dekat cafe sebelah tu, keropok lekor dia sedap tapi air dia manis sangat. 


HOMST, Shah Alam

Kami terus menuju Shah Alam untuk lunch dekat restoran ini, hidangkanan chinese muslim cuisines. Sedapp.

Not in picture: Ikan steam tomyum. Recommended 👍👍👍. A standard price for this kind of restaurant. Meals for five around RM220 

Then terus menuju ke KL untuk check-in hotel. Sampai hotel berehat semua terus keluar ke Sogo haha tak beredan-redan. Jalan kaki je walaupun hujan tetap ku gagahi haha.

Aku cari kasut kerja untuk pakai harian, kasut pergi meeting dah ada tapi kene repair sebab tapak cabut haha. Then tak sengaja terbeli 1 kemeja. Tak sengaja sangat 😏

Jumpa idaman hati and ada size, terus rembat sebab tinggal last pair

Dah penat balik hotel, tidur. Ya Allah bilik tu sejuk gila, kitorang on aircond 30°c pun menggil dengan 2 lapis selimut. Aircond baru service agaknya.

30 Dis 2023

Pagi dimulakan dengan pergi MyTown. Memang tema percutian kali ni shopping kan? Haha. Aku beli sepasang baju kerja dekat sana. 

Sg Wang Plaza

Mak ajak ke sini sebab nak buat spek, dah aku pun terjebak sama haha. Ni semua hasil racun tiktok cakap buat spek kat sini murah. Bagi aku tak la murah mana, boleh la. Kalau ambil lens biasa untuk lens je range dalam RM70 tak termasuk frame.

Aku ambil lens jenama Kodak sebab ingat sambil tengok sambil boleh ambil gambar haha. Rupanya tak lol. So aku buat hari tu sekali dengan frame harga lebih kurang je dengan buat sebelum2 ni. Mak aku cakap dia punya murah sikit, selalu seribu lebih, yang ni 900++ je. So okay la kan sebab dah alang2 kat sana. Kalau datang dari jauh semata nak buat tak payah pun takpe haha.

Yang lagi best sebab boleh siap hari yang sama tapi kalau buat untuk rabun jauh and dekat sekali tak boleh siap hari sama.

Kedai viral katako. Teka aku pilih bingkai mana? hehe

Then kami balik hotel, park kereta and naik LRT pergi Sunway Putra Mall, Mak nak makan Bananabro. Oh btw hotel ni sekali masuk parking RM5.

Dah sampai SPM aku pun google restoran tu dekat mana, tengok Aras LG. So pergi la tapi pusing2 tak jumpa then Adik aku tanya orang, rupanya dekat Tingkat 3. Aku ingat dah pindah rupanya yang aku google Sunway Pyramidd! Hahahahah. Saya salah tuannn haha.

Aku suka je tapi Ayah aku tak suka sangat, Didi pun tak suka sangat. 

Dah kenyang balik bilik rest kejap sebab aku ada plan nak jumpa kawan baik aku dekat KL East Mall. Sebelum ke KL East Mall aku singgah Sg Wang Plaza nak collect spek. Ya Allah jem dia macam *!**!!. 

Jarak dari hotel ke sana less than 5km tapi aku sampai sejam setengah selepas bertolak. Ajenye gila! Boleh sampai PD.


Kalau berjalan lagi laju

Patut janji nak lepak pukul 7.30pm, pukul 8.30pm baru aku sampai 😒

Kedai dah tutup baru kami bersurai haha. Rindu kawan2 lama dekat Kementerian lama. Sobss. Dapat jumpa kejap pun jadii. 

31 Dis 2023

Check out dalam pukul 11am gitu. Then terus ke KWC Fashion Wholesale. Kat sini rembat 2 denim skirts dengan sepasang baju kerja lagi.

Tak lama pun then kami gerak balik. On the way balik Makcik aku cakap kereta dia rosak tepi hiway so kena towing sampai ke Perak. Insurans cover 50km je, selebihnya kena bayar sendiri. Sg Buloh KL - Sg Buloh Perak lebih kurang RM600 hangus. Sian Makcik aku, hilang mood dia nak shopping.

Kami ambil 2 orang anak dia naik kereta kami sebab sian la nak naik towing tu. Bayangkan aku duduk berdua dengan budak 7 tahun dekat depan, tak boleh sandar, sakit belakang aku haha.

Kami singgah lucnh dekat Nasi Buluh Sungkai then terus hantar bebudak tu dekat rumah Opah aku dulu. Alhamdulillah selamat sampai rumah Mak around 7pm.

Sekarang masa nak kumpul duit balik untuk YES 2024 pulak! Haha. 

10 comments:

  1. gigih dari Kuala ikot jalan dalam..hihihi..lepas tu pusing Bagan Datuk pulak..hebat lah..Linda pun x pernah naik jambatan tu lagi, sebab malas nk memusing2 nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha ye tak tau dari mana datang kegigihan tersebut. Nanti 1 hari nak merasa pulak naik jambatan baru tu hihi

      Delete
  2. Wehhh..nak pi Laman Choco tu mesti lalu rumah kiteeee 😂. LC dengan rumah kampung dalam 10 minit je jarak dia. Tak pernah pi lagi LC tu 🤭. Jambatan Bagan Datuk pun tak naik lagi. Laluuu je selalunya 😂.
    Memang betul² shopping ehh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaa kalau tau boleh order kekkk! Huaaa. Tkpe dah tau nanti Nad roger. Nombor dh lama simpan hiihi.

      Orang sana memang tak kisah la kot LC tu, selalunya org luar yg jakun haha

      Delete
  3. Sg Wang tu tempat uncle belajar2 dating tuuuu...

    Bingkai spek yg bawah kiri kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. uihhh maknanya legend la mall tu? hikhikhik

      salahh. bawah kanan hehe

      Delete
  4. Laa..ada jer kedai spek murah (for me affordable) kat campbell compleks..sepelaung jer dengan hotel yang nad duduk..uncle and auntie yang run kedai spek ni (Campbell Optik nama kedai tu..mmg regular customer la kami satu family)....saya buat dalam RM500 jer..dgn power kiri kanan tak balance..silau..multi-focal lense..bingkai boleh lipat...tambah dengan spek mata hitam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh murahhhnya. adoi lepas ni memang kena tanya orang local berbanding tiktok hiihi. Hujung tahun depan boleh try sana pulak. Eh? hehe

      Delete
  5. Kalo macet parah begitu, memang laaah better sambung jalan kaki saja 🤣🤣. Lagi cepat.

    Akhir tahun banyak shopping ya kak 😄. Tapi tak apa, demi THN 2024 lebih glowing dan stylish kita kan 😘🤭.

    Nanti 2024, tabung banyak lagi, buat dipakai akhir tahun 🤣.

    Saya begitu soalnya. Nabung banyak , lalu akhir tahun biasa saya habiskan untuk traveling 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha hujung tahun banyak sale maka duitnya pun banyak habis haha. Ameen for always glowing and stylish gitu haha

      tu la, sudah start menabung untuk dihabiskan hujung tahin 2024 haha

      Delete

Thank you for your time reading my experiences and thoughts.

If you have any inquiries that need urgent reply, kindly email to nadiaroslan261@gmail.com

Awesome!